Jom Belajar Memasak Bakso Ala Indonesia!

Bakso

Bahan-bahannya:
*Resepi untuk 7 hingga 8 orang makan.

  • 1/2 bungkus bihun dicelur hingga lembut dan disejatkan
  • 1 bungkus mee kuning dicuci 3 kali, dicelur dan disejatkan
  • 50 sen taugeh
  • 1/4 buku kobis dihiris halus
  • Daun sup diracik halus
  • Daun bawang diracik halus
  • 3 sudu makan lada sulah atau lada putih biji dikisar kering hingga halus

Bahan untuk membuat kuah Bakso :

  • 1 kg tulang lembu
  • 1 bungkus rempah sup tulang jenama ADABI
  • 1 bungkus rempah sup bunjut jenama ADABI
  • 2 batang serai dititik
  • 2 helai daun salam
  • 10 ulas bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 5 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah (dikisar)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Bahan untuk bebola daging :

  • 500 g daging cincang
  • 3 biji bawang merah diracik halus
  • 2 ulas bawang putih diracik halus
  • 50 g tepung ubi / tepung jagung
  • 1 biji putih telur
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit garam

Cara-caranya memasak:

  1. Gaulkan semua bahan untuk bebola hingga sebati.
  2. Bentukkan adunan daging seperti bebola.
  3. Simpan lebih kurang sejam dalam peti ais.

Cara-cara menyediakan kuah Bakso :

  1. Rebus tulang lembu, rempah sup tulang dan rempah sup bunjut sehingga daging pada tulang menjadi empuk.
  2. Tumbuk sehingga lumat halia, buah keras, bawang merah dan bawang putih.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan serbuk lada sulah sehingga wangi.
  4. Masukkan ke dalam periuk sup dan rebus sehingga mendidih.
  5. Masukkan bebola daging tadi. Biarkan ia masak sehingga bebola daging timbul.
  6. Masukkan garam dan serbuk perasa.
  7. Masukkan sedikit daun sup dan daun bawang.
  8. Padamkan api dan hidangkan

Bahan untuk sambal kicap :

  • 25 biji cili api
  • 2 hingga 3 ulas bawang putih
  • Kicap pekat manis

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan semua cili dan bawang putih. Tutup segera kuali anda.
  2. Bila sudah tiada lagi letupan dalam kuali, alihkan tudung kuali dan kacau cili supaya masak rata.
  3. Bila semua cili dah layu, angkat dan ke tepikan.
  4. Masukkan cili goreng tadi ke dalam lesung dan tumbuk hingga lumat.
  5. Masukkan cili tumbuk ke dalam mangkuk dan curahkan kicap manis. Kacau rata.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Loading...

Tags: #bakso #bakso sedap #cara buat bakso #cara buat bebola bakso #cara masak bakso #masak kuah bakso #resepi bakso

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,