Resipi Pembuka Selera Air Asam Berkerisik

Air Asam Berkerisik

Bahan-bahannya :

  • 3 biji cili merah*
  • 15 cili api*
  • 1 sudu makan belacan bakar*
  • 2 sudu teh garam*
  • 2 sudu teh gula*
  • 2 biji tomato yang dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar yang dibelah dua dan dihiris nipis
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 biji cili merah yang dihiris bulat nipis
  • 2 atau 3 biji limau kasturi yang diambil jusnya. Kulitnya dihiris-hiris.
  • 2 sudu makan asam jawa ditambah dengan 1 cawan air masak. Digaul dan diasingkan bijinya.

Cara menyediakannya :

  1. Di dalam lesung, tumbuk bahan-bahan bertanda ( * ) di atas sehingga lumat.
  2. Masukkan cili merah hiris dan lenyek-lenyekkan.
  3. Masukkan bawang besar dan tumbuk secara perlahan-lahan (jangan terlalu hancur).
  4. Masukkan buah tomato dan lenyek-lenyekkan sehingga lumat.
  5. Masukkan kerisik ke dalam air asam. Kemudian, kacau rata.
  6. Masukkan bahan tumbuk dan gaul rata.
  7. Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang sudah dihiris. Gaulkan sehingga sekata.
  8. Campurkan kesemua bahan tadi. Hidangan tersedia untuk dinikmati.

Air asam boleh dikira sebagai hidangan pembuka selera seperti sambal belacan, budu, cencaluk, dan seangkatan dengannya. Ia sangat sedap dimakan bersama ikan bakar, daging bakar, ikan kukus atau apa sahaja masakan sebagai penambah selera.

Loading...

Tags: #air asam kerisik #masakan tradisional #pembuka selera #penambah selera #resipi air asam berkerisik

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,