Resipi Mee Bandung Untuk Hidangan Petang

Mee Bandung

Bahan-bahan :

  • 500g Mee kuning dicelur
  • 200g Tulang lembu atau ayam direbus (untuk jadikan stok)
  • 100g Udang hidup atau Sotong
  • 100g Sawi
  • 7 cawan Air
  • ½ cawan Sos tomato
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar perencah pati ayam
  • Secukup Garam
  • Secukup Gula
  • Secukup Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar :

  • ½ cawan Udang kering
  • 20 tangkai Cili kering
  • 10 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
  • 2 batang Serai, dititik
  • 1 biji Keledek, direbus dan dikisar

Cara memasak :

  1. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan tumis (seperti di atas) hingga wangi kecuali keledek.
  2. Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
  3. Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam serta keledek. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
  4. Biarkan ia mendidih seketika dan kemudian, masukkan sawi yang dipotong bersama telur.
  5. Setelah selesai, hidangkan bahan tadi dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan perahan air limau nipis.
Loading...

Tags: #mee bandung sedap #menu makan petang #resipi mee #Resipi Mee Bandung #resipi mee bandung sedap

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,