Resipi Telur Berawan (Cloud Egg) Yang Sedang Tular Sekarang

Cloud Eggs Yang Lazat

Telur berawan atau dikenali dengan cloud egg kini sedang tular. Selain rasa yang enak, tekstur dan bentuknya yang menarik membuatkan selera kita terbuka bila menu telur berawan ini dihidangkan di depan mata. Pada pos kali ini, penulis ingin berkongsi resepi untuk menyediakan telur berawan ini. Berikut ialah bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak telur berawan.

Bahan-bahan :

  1. Telur ayam
  2. Garam
  3. Serbuk lada putih
  4. Serbuk lada hitam
  5. Keju hancur
  6. Daging cincang
  7. Bawang besar cincang

Cara-cara penyediaan :

  1. Pisahkan kuning telur dan putih telur.
  2. Kocok putih telur dengan mixer kira-kira 2 hingga 3 minit sehingga menjadi gebu.
  3. Tambahkan garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam secukupnya.
  4. Tambahkan keju hancur, daging cincang dan bawang besar cincang. Toping di atasnya sesuai dengan selera anda, boleh juga gunakan pepperoni, jejari ketam, daun sup, dan sebagainya mengikut kreativiti dan selera.
  5. Kemudian masukkan putih telur ke loyang dan buat sedikit lubang di tengahnya.
  6. Panggang dalam ketuhar dengan suhu kira-kira 200°C selama 2 hingga 5 minit sesuai dengan selera anda.
  7. Keluarkan dan masukkan kuning telur di tengah.
  8. Panggang lagi di dalam ketuhar selama 2 minit.
  9. Keluarkan dan hidangkan. Telur berawan telah pun siap dan boleh dimakan.

Carian Berkaitan

resepi sarapan pagi
Loading...

Tags: #cara masak cloud egg #cara masak telur yang sedap #cloud eggs #idea sarapan pagi mudah #menu breakfast pantas #resepi telur #resepi telur berawan #resipi telur #telur berawan

Resipi Tradisional Kuih Rempeyek Kacang Tanah Ikan Bilis
Bahan-bahan : 600 gram tepung beras 500 gram kacang tanah 1 biji kelapa
Cara Memasak Ikan Talang Dengan Mudah Dan Sedap
Ikan Talang adalah jenis ikan laut yang popular dalam kalangan pemancing. Ikan laut
3 Cara Memasak Ikan Pekasam Paling Mudah
Resipi 1 Bahan-bahan: 1 ekor ikan pekasam 2-3 biji cili padi 1 biji
Cara Buat Pisang Goreng Yang Rangup Lagi Crispy!
Bila bercerita tentang pisang goreng, kebanyakan orang menyukai pisang goreng. Dengan peredaran zaman,