Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng

Chicken Chop Sedap Restoran #KitakanGeng

Terletak di Bandar Tun Hussein Onn di Cheras, kedai makan yang diberi nama #KitakanGeng menjadi popular dan menjadi tempat persinggahan ramai pelanggan.

Apa yang menariknya di sini, terdapat pelbagai menu menyelerakan dan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Antara menu yang sangat popular di sini ialah chicken chop yang hanya dijual dengan harga RM3.90 sepinggan.

Bagi penulis yang pernah berkunjung ke kedai makan ini, harga untuk chicken chop ini boleh dikatakan terlalu murah dengan saiz hidangan yang banyak dan mengenyangkan.

Rasa chicken chop ini boleh tahan sedap dengan sos black peper yang enak, tidak terlalu cair dan panas. Setakat ini, inilah harga termurah chicken chop yang dijual di mana-mana kedai, kerana biasanya terdapat juga kedai makan dan gerai makan lain di sekitar Lembah Klang yang menjual chicken chop dengan harga semurah RM5 atau RM6.

Terdapat banyak menu yang dijual dalam set bersama dengan air. Pada bulan Ramadhan ini, terdapat pelbagai menu pilihan dan set berbuka puasa di kedai makan ini.

Semua harga yang ditetapkan untuk menu termasuk GST. Jadi anda tidak perlu risau kerana tiada cukai lain yang dikenakan apabila membuat bayaran.

Servis dan layanan yang diberikan juga baik. Tidak terlalu lambat bagi kedai makan yang sibuk dan penuh dengan pelanggan.

Bagi mereka yang ingin berkunjung, datanglah seawal mungkin atau membuat tempahan meja terlebih dahulu jika tidak mahu menunggu.

Selain berkunjung dan menjamu selera di kedai yang terletak berdekatan Lake Valley ini, antara servis lain yang disediakan di kedai makan ini ialah katering, jamuan, parti dan mengambil tempahan.

Antara menu lain yang terdapat di kedai makan #KitakanGeng antaranya ialah lontong Johor sambal kacang, lontong Johor sambal sotong, mee bandung udang galah, mee bandung ketam, maggi asam pedas ikan sekor, pelbagai jenis pembasuh mulut yang enak dan menarik, serta pelbagai pilihan air dengan harga yang berpatutan.

Jadi, bagi seseiapa yang ingin berkunjung dan menikmati pelbagai hidangan termasuklah chicken chop yang murah ini boleh la berkunjung ke kedai makan #KitakanGeng di alamat seperti di bawah :

No. 47A, Jalan Suarasa 8/3, Townpark 1,

Bandar Tun Hussein Onn, Cheras,

Selangor darul Ehsan.

Telefon :  011-1062 4052

Untuk mendapatkan lebih informasi tentang kedai makan #KitakanGeng, bolehlah melawati laman facebook Kedai Makan #KitakanGeng atau mengikuti instagram @kitakangeng.

gambar-chicken-chop-sedap-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGengkerabu-maggi-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng lontong-johor-sambal-sotong-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng maggi-asam-pedas-ikan-sekor-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng makan-best-di-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng makan-di-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng mee-bandung-ketam-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng mee-bandung-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng mee-bandung-udang-galah-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng menu-chicken-chop-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng set-menu-makan-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng set-menu-minuman-Restoran-KitakanGeng-300x300 Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng

Loading...

Tags: #chicken chop #chicken chop murah #kedai makan #kitakangeng #kedai makan chicken chop #kedai makan murah #kitakan geng #KitakanGeng #Ramadan 2017 #restoran makan sedap Terletak di Bandar Tun Hussein Onn Cheras #western food

Lokasi Mendaki Sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya. Jom Semak 8 Lokasi Terbaik Ini!
Berikut adalah lokasi tempat yang terbaik untuk aktiviti pendakian di sekitar Kuala Lumpur,
Senarai 10 Bangunan Baru Tertinggi Di Dunia. No.7 Jangan Terkejut!
Jika pada masa ini, bangunan Burj al-Khalifa merupakan bangunan tertinggi di dunia terletak
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Tips Pergi Melancong. Ini Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan
Panduan Perlu Anda Tahu Sebelum Memilih Pakej Pelancongan Melancong adalah aktiviti yang merehatkan

Leave a reply "Chicken Chop Sedap Hanya RM3.90 Sahaja Di Restoran #KitakanGeng"