Hafeez Mikail, Dari Pramugara Ke Arena Lakonan & Nyanyian

Hafeez Mikail, Dari Pramugara Ke Arena Lakonan & Nyanyian

Sejak dikenali menerusi drama berantai popular iaitu Hati Perempuan, nama pelakon Hafeez Mikail mula menjadi sebutan dan digilai ramai.

Sejak itu, dunia anak wayang menjadi periuk nasi buat anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Jika dahulu wajahnya dilihat hanya mengisi watak-watak sampingan namun kini aktor kacak ini menjadi salah satu hero pujuan malaya.

Buah tangan terbaharunya iaitu Busker The Movie bergandingan Daiyan Trisha, Lia Natasya dan Mas Khan bakal menjengah pawagan berdekatan anda mulai 11 Januari 2018 nanti.

Menerusi filem berkenaan, pemilik nama lengkap Muhammad Hafiz Muhammad Zaki ini menubuhkan satu kumpulan nyanyian bernama Simfoni Dalam Poket yang turut dianggotai Anas Ridzuan dan Bulan.

Sekadar info, figura berbintang Leo ini pernah berkhidmat sebagai pramugara selama tiga tahun di Malaysia Airlines (MAS) selama tiga tahun sebelum terjun ke pentas lakonan.

Apakata tunggu lagi, marilah intip biodata dan trivia menarik anak sulung daripada dua beradik ini. Take a look!

Biodata Ringkas Hafeez Mikail

Nama Penuh: Muhammad Hafiz Muhammad Zaki
Nama Pentas: Hafeez Mikail
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 Ogos 1992
Zodiak: Leo
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak pertama daripada dua beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Karier: Pelakon, Penyanyi, Jurulatih & Model

Drama/Telefilem: Hati Perempuan, Dia Semanis Honey, Cinta Di Langit Cardiff, Kesempatan Kedua, Blogger Boy, Vila Ghazara, Kerana Terpaksa Aku Relakan, Lara Terindah, Kenyalang I In Love, Banglo Seksyen 2, Puteri Bukan Nama Sebenar, Samudera Rindu, Cinta Suci Jadi Saksi, Misah Tarzan Hajar Runcit, Ride, Korban Kasih, Sekali Ku Lafazkan Cinta, Satu Cinta dan banyak lagi.

Filem: Busker The Movie.

Laman Media Sosial Hafeez Mikail

Trivia Menarik Tentang Hafeez Mikail

  • Memiliki darah campuran Johor-Kelantan.
  • Pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik & Multimedia dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Blogger Boy yang ditayang di TV8 beberapa tahun lalu adalah drama lakonan pertama beliau dimana memperkenalkan namanya di persada seni hiburan tanah air.
  • Jika ada masa terluang, Hafeez suka memasak dan menonton rancangan masakan.
  • Bukan sahaja aktif di pentas lakonan, figura kacak ini juga turut muncul dalam beberapa iklan komersil seperti Nespray, Petronas dan Coke.
  • Bukan itu sahaja, jejaka ini merupakan seorang jurulatih di Seni Silat Helang Buana dimana mengajar silat dan martial art.
  • Media tempatan melaporkan bahawa Hafeez kini sedang rapat dengan pelakon dan penyanyi berbakat, Daiyan Trisha.
  • Mengimpikan untuk mendapatkan watak aksi dan psiko di masa depan.
  • Suka melancong dan mengembara ke luar negara.
  • Berkawan baik dengan beberapa selebriti popular tempatan seperti Aedy Ashraf, Ben Ali, Ikmal Amry dan Ahya Rosli.
  • Hafeez Mikail FC adalah nama kelab peminat aktor muda ini.
  • Mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Hafeez Mikail

Hafeez-Mikail-body-300x300 Hafeez Mikail, Dari Pramugara Ke Arena Lakonan & Nyanyian Hafeez-Mikail-images-300x300 Hafeez Mikail, Dari Pramugara Ke Arena Lakonan & Nyanyian

azlan-150x150 Hafeez Mikail, Dari Pramugara Ke Arena Lakonan & Nyanyian

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Hafeez Mikail #Busker The Movie #gambar hafeez mikail dan kekasih #Hafeez Mikail #hafeez mikail birthday #hafeez mikail instagram #hafeez mikail pengacara #hafeez mikail perang bibir #hafeez mikail tarikh lahir #hafeez mikail ziela jalil #Images for Hafeez Mikail #keluarga hafeez mikail #Kenali Hafeez Mikail #Pelakon Drama Hati Perempuan #Profil Hafeez Mikail #Trivia Menarik Hafeez Mikail

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.