Fimie Don, Pelakon Drama Oh My English Level Up

Fimie Don, Pelakon Drama Oh My English Level Up

Masihkan anda ingat tentang pelakon kanak-kanak bernama Fimie Don yang popular menerusi drama Hikayat Putera Shazlan dan Bong satu masa dahulu?

Pastinya, generasi yang lahir pada 80-an dan 90-an masih mengingati kehebatan lakonan anak seni berusia 19 tahun ini.

Bukan sahaja handal dalam bidang lakonan, anak bongsu daripada tiga beradik ini juga berbakat besar dalam bidang pengacaraan dimana beliau pernah mengemudikan program seperti Nasi Lemak Kopi O, Adik Di 9, Kids On 2 dan Lantai Cilik.

Kini, aktor berbakat ini muncul dengan drama bersiri komedi berjudul Oh My English: Level Up yang sedang rancak ditayangkan di Astro TVIQ 610 dan Astro Maya HD 135 setiap Ahad mulai jam 6.30 petang.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan dengan pelantun lagu Bila Ku Dimercu serta Untuk Mama & Papa ini.

Biodata Ringkas Fimie Don

Nama Penuh: Shafimie Saedon
Nama Komersil: Fimie Don
Umur: 19 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 13 Februari 1998
Zodiak: Aquarius
Asal: Sungai Petani, Kedah
Menetap: Cyberjaya, Selangor
Adik Beradik: Anak bongsu daripada tiga beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Penyanyi

Drama/Telefilem: Oh My English: Level Up, Mata Hari Cerah Lagi, Dodol Dodol Cinta, Juvana, Mat Salehlah Sangat, Imamkan Aku, Hikayat Putera Shazlan, Bong, Bila Mama Pakai Celana, Surat Kepada Tuhan, Lemang Buluh Perindu, Kem Pink, Kuih Goyang Seha, Gabra, Rumah Kembar 4, Balapan, Duit Raya, Setahun Sekali, Kasut, Bola Saka, Aku Bukan Konan, Cucu Seorang Primadona, Layang-Layang, 7 Lagu, Sekilas Kalbu, Asrama, Kudrat, Pelarian Nebula, Syurgaku, Angelina Oh Angelina, Mencari Sinar Lailatulqadar, Malam Tujuh Likur, Ayahku Anakku, Surat Untuk Amin, Ramadan Ke-30, Seharum Kasturi, Masyitah dan banyak lagi.

Filem: SAM (Saya Amat Mencintaimu), Senario Asam Garam, 8 Jam, Cinta, Magika, Seramm, CE1, Disleksia, Kabhi Kushi Kabhi Igam, Anak, Balistik, Impian Terindah, Gila Baby dan banyak lagi.

Hos TV: Nasi Lemak Kopi O, Berita Adik, Lantai Cilik (Musim Kedua), Adik Di 9, Ole-Ole Chef Zam, Cutipidia, Kids On 2, Suarasa dan Single Craft.

Lagu/Single: Untuk Mama & Papa, Kata Kau, Bintang Bintang dan Bila Ku Dimercu.

Laman Media Sosial Fimie Don

Trivia Menarik Tentang Fimie Don

  • Fimie pernah menganggotai satu kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai The BeeSings yang turut disertai Haqiem Rusli, Didi Astillah dan Azzam Sham.
  • Pernah dinobatkan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 menerusi filem Magika dan Pengacara Terbaik Kanak-Kanak di Kids Awads TV3 2011.
  • Bukan sahaja berlakon drama, telefilem dan filem, wajah Fimie juga muncul dalam pelbagai iklan komersil seperti KFC, Cadbury, Pizza, Pakaian Hari-Hari, Solivite, Panasonic dan Petronas.
  • Iklan pertama lakonannya adalah iklan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertajuk Tengok Kiri Tengok Kanan yang dilakonkannya ketika berusia 9 tahun.
  • Merupakan jurucakap termuda kepada Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dimana berkongsi tentang kepentingan bintang daripada pupus.
  • Kakak dan sepupunya iaitu Finie Don dan Nik Adruce turut aktif sebagai pelakon ketika masih kanak-kanak.
  • Fimie Don Squad adalah nama kelab peminat pelakon muda ini.
  • Lagunya yang berjudul Untuk Mama & Papa dijadikan lagu tema sempena sambutan Hari Ibu 1Malaysia dan memasuki carta Muzik-Muzik 25.
  • Fimie merupakan kanak-kanak pertama menjadi pengacara rancangan bual bicara, Nasi Lemak Kopi O selama tiga tahun.
  • Memiliki seramai 139,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Fimie Don

Fimie-Don-300x300 Fimie Don, Pelakon Drama Oh My English Level Up Shafimie-Saedon-300x300 Fimie Don, Pelakon Drama Oh My English Level Up

azlan-150x150 Fimie Don, Pelakon Drama Oh My English Level Up

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Fimie Don #Drama Komedi Oh My English Level Up #Fimie Don #fimie don dan keluarga #fimie don dan sweet #fimie don finie don #fimie don ig #fimie don images #fimie don oh my english #Fimie Don Squad #fimie don Untuk Mama & Papa #finie don #keluarga fimie don #Kenali Fimie Don #Pelakon Oh My English: Level Up #Profil Fimie Don #shafimie saedon 2017 #Trivia Menarik Fimie Don

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.