Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

Doria Rachel Jolly Biodata

Doria Rachel kini dilihat semakin ligat mengorak langkah dalam menawan industri seni lakon tempatan.

Namanya mula dikenali para peminat tanah air selepas membintangi drama rantaian Isteri Tuan Ihsan dan Papa Ricky yang telah ditayang tidak lama dahulu.

Meskipun masih hijau di pentas lakonan, wanita berkulit cerah ini tetap optimis untuk mencipta namanya sebagai anak wayang.

Terkini, anak kelahiran Miri, Sarawak ini kembali dengan buah tangan terbaharu menerusi drama lakonannya berjudul Syurga Yang Kedua yang bakal disiarkan di Astro Prima 105 dan Astro Maya HD 135 tidak lama lagi.

Drama adaptasi dari sinetron Indonesia ini turut dibintangi oleh Zarul Umbrella, Elizad Sharifudin, Fasha Sandha dan Nur Qistina Raisah.

Sebelum menerpa nama sebagai anak wayang, si cantik manis ini pernah menyertai program Ikon Siarawan (IS) 2016 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menerusi rancangan itu, pemilik nama sebenar Doria Rachel Jolly ini dinobatkan di tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Selain rancangan Twit-Twit, figura berbintang Capricorn ini pernah mengendalikan program Laporan Harian Sukan Olimpik Rio 2016.

Jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik mengenai Doria Rachel ini.

Biodata Ringkas Doria Rachel Jolly

Nama Penuh: Doria Rachel Jolly
Nama Komersil: Doria Rachel
Umur: 29 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 15 Januari 1988
Zodiak: Capricorn
Asal: Miri, Sarawak
Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Agama: Kristian
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Pengacara & Model

Drama/Telefilem: Syurga Yang Kedua, Papa Ricky, Isteri Tuan Ihsan, Ku Kirim Cinta, Ketika Daun Berzikir, Yes Sir Nak Ke Mana dan Seharum Kasih.

Hos TV: Twit Twit dan Laporan Harian Sukan Olimpik Rio 2016.

Laman Media Sosial Doria Rachel

Trivia Menarik Tentang Doria Rachel Jolly

  • Graduan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Hertfordshire, London.
  • Turut dinobatkan sebagai Ikon Prestij menerusi program Ikon Siarawan 2016.
  • Pernah bekerja sebagai pengurus akuan sebelum terjun ke dunia seni hiburan tempan.
  • Doria kini bernaung dibawah label pengurusan MindOrder Sdn Bhd.
  • Nama kelab peminatnya dikenali sebagai Doria Lovers.
  • Figura ini juga merupakan bekas penyampai radio berbahasa Inggeris, Traxx.FM.
  • Beliau juga pernah menghadiri ujibakat X-Factor UK 2011.
  • Sehingga artikel ini ditulis, wanita cantik ini memiliki lebih 20,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Doria Rachel Jolly

biodata-Doria-Rachel-Jolly-300x300 Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua Doria-Rachel-Jolly-comel-300x300 Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua Doria-Rachel-Jolly-IMAGES-300x300 Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua foto-comel-Doria-Rachel-Jolly-300x300 Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

azlan-150x150 Doria Rachel Jolly, Pelakon Drama Syurga Yang Kedua

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #@doriaracheljolly #Biodata Doria Rachel #Doria Rachel #Doria Rachel Ikon Siarawan 2006 #Doria Rachel Jolly #Doria Rachel Jolly ig #doria rachel jolly race #Doria Rachel Pelakon Syurga Yang Kedua #Ikon Siarawan 2016 #isteri tuan ihsan pelakon wanita #Kenali Doria Rachel #pelakon isteri tuan ihsan #Pelakon Syurga Yang Kedua #Profil Doria Rachel

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.