Ini Buah Tarap, Bukan Buah Durian Kunyit

Tarap

Buah tarap merupakan buah yang terkenal di negeri Sabah khususnya di Kota Kinabalu dan Papar. Pokok tarap biasanya tumbuh di kawasan beriklim tropika. Pokok ini jarang ditanam dan biasanya ia hidup liar di kawasan hutan.

Buah tarap mempunyai rasa yang sedap, manis dan struktur isinya sangat lembut apabila dikunyah. Apabila masak, ia mengeluarkan bau yang kuat. Bentuk buah ini seakan-akan buah sukun, nangka dan cempedak biasanya akan mengelirukan orang ramai.

Kebiasaannya buah tarap dipetik semasa masih keras, kemudian ia diperam sehingga struktur buah menjadi lembut. Apabila masak, ia akan mengeluarkan bau manis. Oleh kerana ia jarang terdapat di semenanjung Malaysia, ramai yang tidak mengenali buah tarap ini, apatah lagi merasa makan buah tarap ini. Walapun demikian, buah tarap ini dikenalpasti mempunyai khasiat tersendiri dengan hanya memakannya secara terus atau menjadikan isinya sebagai bahan membuat kuih.

Antara khasiat utama buah tarap ialah :

  • Mereka yang memakan buah ini secara terus akan mendapat manfaat dari segi kemampuan seks bersama pasangan.
  • Buah tarap mempunyai kandungan karbohidrat yang rendah tetapi buah ini mampu menghasilkan tenaga seperti anda memakan nasi. Seterusnya meningkatkan stamina badan.
  • Rasa yang lembut dan manis pada buah terap menjadikan ia salah satu buah kegemaran masyarakat Sabah kerana ia mampu mengelakkan perut kembung dan melancarkan proses membuang air besar, seterusnya mengelakkan penyakit buasir.
  • Dipercayai nutrisi dalam buah tarap ini mampu menguatkan tulang dan mencegah penyakit reput tulang.
  • Wanita di kawasan kepulauan Borneo dan Indonesia banyak menggunakan buah terap sebagai rawatan untuk mencerahkan kulit wajah mereka. Isi buah terap masak diasingkan ke dalam satu bekas dan dilenyekkan, kemudian ia disapu pada bahagian kulit dan dibiarkan selama 30 minit. Apabila selesai, bilas dengan air bersih. Fungsinya ialah membuang kulit mati dan mengecilkan ruang roma pada kulit serta menyegarkan wajah.

Buah-tarap-yang-dipetik-150x150 Ini Buah Tarap, Bukan Buah Durian Kunyit

Buah-tarap-150x150 Ini Buah Tarap, Bukan Buah Durian Kunyit

Isi-buah-tarap-atau-marang-150x150 Ini Buah Tarap, Bukan Buah Durian Kunyit

Loading...

Tags: #buah eksotik malaysia #buah marang #buah tarap #bukan buah cempedak #bukan buah durian #bukan buah nangka #bukan buah sukun #gambar buah tarap #kenali buah tropika #khasiat buah tarap

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Ini Buah Tarap, Bukan Buah Durian Kunyit"