4 Tips Pakaian Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size!

4 Tips Pakaian Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size!

Mencari sesuatu pakaian yang tepat, selesa dan menarik untuk pelbagai saiz memerlukan masa yang panjang lebih-lebih lagi buat seseorang berbadan besar dan gempal terutamanya bagi golongan wanita.

Tidak seperti wanita kurus, kebanyakan pakaian untuk wanita plus size sangat terhad dari segi rekaan, warna dan fabrik di pasaran tempatan berbanding antarabangsa. Oleh itu, menyuaipadankan pakaian menjadi alternatif terbaik buat wanita berbadan ‘comel’.

Tips Pakaian Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size

Dipetik dari laman Wolipop Indonesia, berikut 4 pakaian yang wajib dimiliki oleh wanita berbadan plus size! Keep scrolling!

1. T-shirt Hitam/Gelap

Tahukah anda, terdapat pelbagai gaya yang boleh dilakukan apabila memakai t-shirt berwarna hitam atau gelap termasuklah buat wanita berbadan plus size. Fakta yang menarik mengenai t-shirt berwarna hitam adalah mampu memberi ilusi ramping buat si pemakainya serta boleh disuaipadankan dengan apa jua warna pakaian yang hendak dipakai.

Anda boleh kelihatan kasual dengan padanan t-shirt hitam bersama seluar jeans kegemaran atau tampil dengan t-shirt hitam dengan perincian yang unik bersama blazet atau kot untuk acara semi formal.

2. Kardingan

Pada masa kini, ramai golongan Hawa di luar sana memilih untuk menggenakan kardingan sebagai salah satu item wajib ketika berfesyen termasuklah wanita berbadan gempal. Tidak dinafikan bahawa kardingan diperbuat dari fabrik yang lazimnya lebih nipis daripada jaket sehingga membuatkan anda kelihatan selesa memakainya di mana-mana program sama ada di acara formal atau kasual.

Buat wanita yang berbadan plus size, anda disyorkan untuk memilih kardingan yang berona neutral supaya boleh disuaipadan dengan koleksi pakaian di rumah.

3. Jeans Warna Gelap

Sedar atau tidak, fesyen berorientasikan jeans atau denim masih lagi menjadi pilihan orang ramai dan sentiasa relevan meskipun mengalami perubahan zaman. Sama ada lelaki atau wanita, sekurang-kurangnya memiliki lebih daripada satu pakaian berasaskan jeans sebagai koleksi peribadi untuk di pakai sehari-hari.

Berita baik buat wanita berbadan ‘comel’, anda disarankan untuk memilih jeans model straight-cut atau boot-cut berwarna hitam atau biru gelap kerana ianya boleh memberikan ilusi ramping kepada sesiapa yang memakainya. Untuk kelihatan lebih dramatik, jangan lupa gayakan jeans anda bersama-sama jaket atau blazet.

4. Gaun Hitam

Di samping t-shirt hitam, kardingan dan jeans berona gelap, gaun berwarna hitam juga sangat penting buat wanita berbadan gempal. Model A-line dan H-line adalah potongan yang sesuai buat anda sekiranya hendak membeli gaun di kedai pakaian atau pusat membeli-belah.

Dengan sedikit perincian seperti renda di tangan, menambahkan lagi aura elegan buat si pemakai. Paling penting, gaun hitam boleh dikenakan dalam pelbagai acara sama ada majlis korporat mahupun program santai.

azlan-150x150 4 Tips Pakaian Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #4 Tips Pakaian Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size! #cara pilih baju #Fesyen Wanita Berbadan Gempal #Pakaian Untuk Wanita Berbadan Gempal #Pakaian Untuk Wanita Berbadan Plus Size #pakaian Wanita Berbadan Plus Size #Pakaian Yang Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Gempal #Pakaian Yang Wajib Dimiliki Wanita Berbadan Plus Size #tips pakaian wanita gemuk #wanita berbadan gempal #Wanita Berbadan Plus Size

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.