5 Tempat Pelancongan Menarik Di Indonesia

Visit Indonesia Raja Ampat

Bercakap mengenai pelancongan dan aktiviti makan angin pada masa kini, Indonesia merupakan salah satu daripada negara yang menjadi tumpuan para pelancong.

Bukan sahaja pelancong dari Malaysia, namun boleh dikatakan Indonesia menjadi tarikan dan dilawati pelancong dari pelbagai cabang negara.

Indonesia atau lebih dikenali sebagai negara kepulauan terbesar itu cukup terkenal dengan kurniaan pelbagai tempat-tempat menarik dan cantik untuk dikunjungi serta diterokai.

Bukan sahaja kaya dengan ribuan pulau dan pantai, aspek budaya, adat resam dan makanan juga menjadi tarikan sesiapa sahaja untuk ke sana.

Bagi anda yang mungkin mempunyai perancangan untuk bercuti ke Indonesia, berikut disenaraikan beberapa tempat menarik yang boleh dipilih sebagai destinasi pilihan.

1) Pantai Kuta, Bali

Pantai Kuta yang terletak di daerah Bali merupakan satu tempat yang tidak asing bagi para pelancong untuk bercuti dan makan angin bersama insan tersayang.

Pantai ini menjadi tourist spot dalam kalangan para pelancong kerana keindahannya yang begitu indah dan mampu memukau mana-mana mata yang memandangnya.

Terdapat pelbagai aktiviti bebas yang boleh dilakukan di pulau ini seperti snorkeling, mandi-manda, berkayak, jet ski dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, pelbagai tempat menarik yang melambangkan adat resam serta sejarah kota Bali juga turut boleh dilawati para pelancong.

2) Kepulauan Raja Ampat, Papua Barat

Kepulaun yang terletak di Papua Barat Indonesia ini merupakan pulau yang memiliki dan dianugerahkan kekayaan laut terlengkap di bumi.

Keempat-empat pulau tersebut dibahagikan kepada Waigeo, Salawati, Batanta dan Misool.

Di sini sahaja, anda berpeluang melihat dengan mata sendiri lebih daripada 540 jenis terumbu karang aktif dan lebih daripada 1,511 spesies ikan pelbagai warna.

Pasti mereka yang sudah sampai ke kepulauan indah ini akan merasa berat hati saat untuk pulang meninggalkannya.

3) Gili Trawangan, Lombok

Gili Trawangan merupakan antara tempat terlaris, terkenal dan sering menjadi lokasi wajib bagi pelancong yang datang ke Indonesia termasuk dari Malaysia.

Terletak di bahagian Nusa Tenggara, Lombok, Gili Trawangan merupakan sebuah pulau khas berkeluasan kira-kira 50 kilometer yang menjadi destinasi wajib singgah para pelancong.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini dan bukan hanya terhad kepada aktiviti air dan mandi-manda sahaja.

Pasir pantainya yang cantik dan indah serta pemandangan matahari terbenam juga dapat dilihat di sini.

4) Jogjakarta

Sebut sahaja Jogjakarta, pasti ramai yang akan teringat akan filem pecah panggung ‘Ada Apa Dengan Cinta 2’ yang ditayangkan di seluruh pawagam awal tahun lalu.

Penggambaran yang dilakukan di Jogja itu secara tidak langsung membantu mempromosikan daerah Jogja kepada tatapan umum khususnya buat kaki jalan.

Jogja yang terletak di bahagian Selatan Pulau Jawa, Indonesia merupakan sebuah kota yang cukup sinonim dengan budaya dan seni tersendiri.

Antara tempat wajib yang mesti dilawati ketika berada di Jogja ialah Candi Borubudur yang merupakan tinggalan sejarah dan Istana Air Taman Sari.

Bukan itu sahaja, anda juga wajib mencuba menaiki gondola kayu di Pantai Timang yang terletak di Gunung Kidul, Jogja selain melihat matahari terbit di Punthuk Setumbu, Magelang.

5) Gunung Bromo, Jawa Timur

Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang lebih mencabar, apa kata anda singgah ke Gunung Bromo jika sudah sampai di Jawa Timur, Indonesia.

Gunung berapi yang masih aktif hingga kini mempunyai ketinggian setinggi 2.329 meter dari aras permukaan laut.

Letusan terakhir yang aktif dicatatkan pada tahun 2005 dan masih berlaku hingga ke saat ini.

Gunung Bromo menjadi antara tempat menarik dalam kalangan pelancong dan ia turut dikenali sebagai gunung suci bagi etnik yang menetap berhampiran gunung tersebut.

Candi Borobudur Mahayana Buddhist Temple Indonesia Hutan Kalibiru, JogjakartaCandi Borobudur Gili Trawangan Gunung Bromo Kereta Kuda Di Cidomo, Gili Trawangan, Lombok Pagoda Pura Ulundanu, Bali Pantai Gili Trawangan Raja Ampat Islands, Papua TrawanganSt Regis Bali Resort IndonesiaVisit Indonesia Raja Ampat

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
Facebook

Loading...

Tags: #bali #bromo #Gili trawangan #idea tempat menarik indonesia #indonesia #Jogja #Lombok #melancong ke indonesia #pantai kuta #papua barat #pulau bali #raja ampat #tempat menarik indonesia

Ingin Bercuti Ke Jogja? Jangan Lupa Singgah Ke 5 Destinasi Menarik ini!
Nampaknya, Jogja di Indonesia tidak kehabisan destinasi-destinasi pelancongan yang popular dan menarik para
5 Tips Hilangkan Bosan Dalam Kapal Terbang Saat Menempuh Perjalanan Yang Lama
Selain bas dan kereta api, kapal terbang merupakan pengangkutan pilihan utama masyarakat kini
5 Destinasi Menarik Wajib Anda Kunjungi Saat Bercuti Ke Bandung
Tahukah anda, Bandung adalah destinasi pilihan para pelancong jika melancong ke Indonesia selain
Tips Kepada Kaki Travel : 5 Item Wajib Anda Bawa Ketika Pergi Bercuti!
Sejak akhir-akhir ini, aktiviti melancong semakin popular di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira