Biodata Cikgu Meera, Pelantun Lagu Oh Sayangku

Biodata Cikgu Meera, Pelantun Lagu Oh Sayangku

Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada penyanyi baharu yang menggunakan nama pentas sebagai Cikgu Meera apabila dilamar oleh Jayy Production untuk menjadi artis rakamannya.

Cikgu Meera atau nama lengkapnya Nur Amira Nabila Azmi ini baharu sahaja melancarkan single pertamanya berjudul Oh Sayangku yang semakin mencuri perhatian para penikmat muzik tanah air.

Lagu ini dihasilkan oleh komposer terkenal tempatan, Eddie Hamid dan penulis lirik, Nur Hakim. Malah, video lirik lagu Oh Sayangku telah ditonton lebih 70,000 tontonan di saluran YouTube sejak dimuatnaik pada 6 Oktober 2017.

Sama seperti Khai Bahar dan Wany Hasrita, bakat nyanyian figura kecil molek ini dicungkit menerusi aplikasi Smule. Video-video nyanyiannya di Smule pernah tular dan sensasi di laman media sosial beberapa bulan dahulu.

Untuk info, anak jati Kodiang, Kedah ini bertugas sebagai seorang pendidik dimana dunia nyanyian adalah karier sampingannya di waktu terluang.

“Saya tidak akan mengabaikan kerjaya di sekolah kerana itu merupakan cita-cita saya sejak dahulu lagi, manakala nyanyian hanyalah karier separuh masa saya untuk mengisi waktu terluang,” – Hijabista.com

Berikut, penulis kongsikan biodata dan trivia menarik Cikgu Meera untuk tatapan para pembaca.

Biodata Ringkas Cikgu Meera

Nama Penuh: Nur Ameera Nabila Azmi
Nama Komersil: Cikgu Meera
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1993
Asal: Kodiang, Kedah
Kerjaya: Pendidik & Penyanyi
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Oh Sayangku

Laman Media Sosial Cikgu Meera

Trivia Menarik Tentang Cikgu Meera

  • Bertugas sebagai guru muzik di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor.
  • Graduan jurusan muzik (minor pendidikan persuratan dan keseniaan Melayu serta pendidikan jasmani) di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ipoh, Perak.
  • Dinobatkan Anugerah Kecemerlangan Akademik Konvokesyen IPG 2014 pada Ogos lalu.
  • Pernah menjadi ahli kebudayaan negeri Perak.
  • Selain menyanyikan lagu berirama Balada, Cikgu Meera juga boleh mendendangkan lagu-lagu bergenre Irama Malaysia.
  • Sama seperti penyanyi-penyanyi lain, Cikgu Meera turut rajin memuat naik video lagu cover nyanyiannya di laman media sosial seperti lagu Wajah Kekasih (Dato’ Siti Nurhaliza), Terus Mencintai (Siti Nordiana), Tergantung Sepi (Haqiem Rusli), Menahan Rindu (Wany Hasrita) dan banyak lagi.

Foto Menarik Cikgu Meera

Biodata Penuh Cikgu Meera Cikgu Meera Gambar Dan Lagu Photoshoot Cikgu Meera Wajah Cikgu Meera

Carian Berkaitan

biodata cikgu meera, cikgu meera biodata

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Cikgu Meera #Cikgu Meera #cikgu meera instagram #Cikgu Meera Penyanyi Lagu Oh Sayangku #Kenali Cikgu Meera #Penyanyi Oh Sayangku #Trivia Menarik Tentang Cikgu Meera

Biodata Haida Hafiz, Bintang GV4 Yang Popular Menerusi Lagu Zapin Usik Mengusik
Haida Hafiz, satu nama yang agak asing di minda para peminat tempatan berbanding
Pekerjaan 5 Selebriti Malaysia Sebelum Mereka Jadi Popular!
Bergelar seorang selebriti bukanlah tugas yang mudah. Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi
Biodata Mustaqim Bahadon, Pelakon Kacak Persis Azrel Ismail
Pemilik nama Mustaqim Baharon atau lebih dikenali sebagai Mustaqim merupakan seorang pelakon dan
8 Selebriti K-Pop Ini Berasal Dari Thailand Dan Jepun! Siapa Saja Mereka?
Sebut sahaja tentang Korea Selatan, pastinya yang terlintas di fikiran adalah fenomena muzik

Comments are closed.