Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears

Biodata Kekasih Hati Britney Spears

Dunia seni hiburan antarabangsa gempar seketika apabila penyanyi pop popular, Britney Spears dikatakan sedang hangat bercinta dengan model kecergasan bernama Sam Asghari.

Pasangan ini mula berkenalan selepas Asghari menjadi model lelaki untuk video muzik terbaharu Spears berjudul Slumber Party yang diterbitkan hujung tahun lalu.

Sejak itu, pasangan romantik ini mula keluar bersama dan seringkali memuatnaik gambar di instagram masing-masing sebelum hubungan mereka dihidu oleh media antarabangsa dan paparazi.

Untuk pengetahuan pembaca, figura kacak dan berbadan sasa ini berasal dari Iran dan telah menetap di Amerika Syarikat sejak sembilan tahun lalu.

Jarak umur mereka adalah 12 tahun dimana Asghari berusia 23 tahun manakala ibu kepada dua cahaya mata tersebut memasuki usia 35 tahun.

Menariknya, ada desas-desus menyatakan pasangan merpati dua sejoli ini bakal berkahwin tidak lama lagi.

Jangan buang masa lagi, jom semak 5 trivia menarik dan ringkasan biodata tentang pemuda berketurunan Parsi ini.

1. Merupakan Model Kecergasan

Jejaka berusia 23 tahun ini merupakan seorang model kecergasan. Beliau pernah menjadi penghias muka depan majalah kecergasan antarabangsa seperti Ironman Magazine dan Muscle & Fitness Magazine. Asghaari juga aktif di pentas peragaan dimana pertama kali memperagakan busana di Los Angeles Fashion Week 2017. Malah, beliau dilantik sebagai duta untuk jenama pakaian sukan terkemuka iaitu Under Armour.

2. Seorang Jurulatih Kecergasan

Dengan bentuk badan yang sasa, ternyata Asghari merupakan seorang jurulatih kecergasan peribadi (BMG Personal Trainer) di Royal Personal Training.

3. Pernah Bercinta Dengan Selebriti Popular

Sebelum bergelar kekasih hati Spears, Asghari pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti popular antarabangsa namun berakhir di tengah jalan. Antaranya, bekas model Playboy Magazine, Jesss Hilton dan artis pop Latin terkenal iaitu Mayra Veronica.

4. Pernah Bintangi Video Muzik Artis Popular Antarabangsa

Selain MTV Slumber Party, Asghaari juga pernah membintangi beberapa video muzik artis antarabangsa seperti Work From Home dari Fifth Harmony dan Freak Like Me oleh Mayra Venorica.

5. Mempunyai Ramai Pengikut Di Instagram

Sejak dikatakan hangat bercinta dengan pelantun lagu Lucky dan Toxic dan Oops, I Did It Again, follower instagramnya semakin meningkat saban hari. Sehingga artikel ini ditulis, Asghari mempunyai hampir 400,000 pengikut di instagram miliknya. Menerusi instagram, jejaka ini turut berkongsi tips bersenam dan pemakanan sihat buat para pengikutnya.

Biodata Ringkas Sam Asghari

Nama Penuh: Hesam Asghari
Nama Komersil: Sam Asghari
Tarikh Lahir: 23 Mac 1994
Umur: 23 Tahun (2017)
Zodiak: Aries
Asal: Iran
Mastautin: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Kerjaya: Aktor, Model & Jurulatih Kecergasan Peribadi (Personal Trainer)
Warganegara: Iran

Laman Sosial Media Sam Asghari

Foto Menarik Sam Asghari

badan-sado-Sam-Asghari-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears beard-Sam-Asghari-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears body-Sam-Asghari-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears Sam-Asghari-2017-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears sexy-men-Sam-Asghari-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears smile-Sam-Asghari-300x300 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears

azlan-150x150 Sam Asghari, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Kekasih Hati Britney Spears

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sam Asghari #Hesam Asghari #Kekasih Britney Spears #Profil Sam Asghari #Sam Asghari #sam asghari age #sam asghari biography #Sam Asghari Boyfriend Britney Spears #sam asghari britney spears #sam asghari height #sam asghari snapchat #sam asghari wikipedia #Trivia Menarik Tentang Sam Asghari

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.