DESPACITO! Ini 5 Fakta Menarik Tentang Lagu Despacito! No 4 Wajib Anda Ketahui!

Lagu Despacito

Bak kata pepatah Melayu, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka video muzik berjudul Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee yang dimuatnaik di saluran Youtube berjaya menawan hati para peminat muzik di seluruh dunia.

Menariknya, lagu berentak catchy ini berjaya menjuarai carta-carta lagu di stesen radio dan televisyen global.

Bukan sahaja tular di media-media sosial, lagu berkenaan turut dijadikan video nyanyian cover oleh artis-artis popular dunia dan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Ternyata, semua peminat muzik tersihir dengan lagu berbahasa Sepanyol ini.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai 5 fakta menarik tentang lagu Despacito buat tatapan pembaca. Take a look!

1. Ditonton Lebih 3 Bilion Tontonan Di YouTube

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik Despacito telah ditonton lebih 3 bilion di saluran Youtube sejak dimuatnaik pada 12 Januari lalu. Paling menarik, lagu ini mencipta sejarah apabila tersenarai dalam top 10 muzik video paling banyak ditonton di dalam saluran berkenaan. Sementara itu, versi remix bersama Justin Bieber pula ditonton sebanyak 500 juta tontonan.

2. Lagu Sepanyol Kedua Berjaya Menduduki Puncak Billboard

Meskipun lagu-lagu berbahasa Sepanyol bukanlah sesuatu yang baru dalam dunia seni muzik global, namun lagu Despacito merupakan lagu bahasa Sepanyol kedua berjaya menduduki carta pertama di Billboard selama 12 minggu berturut-turut setelah 20 tahun lamanya. Terdahulu, lagu Macarena nyanyian duo Los Del Rio pernah menjuarai carta berkenaan pada 1996.

3. Justin Bieber Minta Berduet Untuk Versi Remix

Dipetik dari laman Rolling Stone, lagu Despacito versi remix dibuat kerana Justin Bieber mendengarnya di sebuah klub ketika sedang mengikuti jelajah konsertnya di Amerika Syarikat. Jatuh cinta dengan lagu itu, pelantun lagu Sorry ini lantas menghubungi pihak pengurusan Fonsi untuk mengatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada lagu berkenaan.

4. Liriknya Berkaitan Hubungan Intim (Seks)

Dipetik dari The Sun, Despacito mebawa maksud perlahan-lahan. Untuk pengetahuan pembaca, lagu sensasi ini mengisahkan tentang sebuah hubungan intim yang dilakukan secara perlahan-lahan dan meninggalkan memori yang mendalam. Ini terbukti menerusi bait-bait liriknya yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu seperti berikut,

Despacito (Perlahan-lahan)
Quiero respirar tu cuello despacito (Aku ingin bernafas dilehermu perlahan-lahan)
Deja que te diga colsas al oído (Biarkan aku berbisik ditelingamu)
Para que te acuerdes si no estás conmigo (Supaya kamu sentiasa mengingati aku saat kau tak bersamaku)
Despacito (Perlahan-lahan)
Quiero Desnudarte a besos despacito (Aku ingin melepaskan pakaianmu secara perlahan-lahan sambil menciummu)
Firmo en las paredes de tu laberinto
(Memasuki Dinding Labirinmu)

*Labirin bermaksud bahagian telinga paling dalam yang bertanggungjawab dalam keseimbangan.

5. Meningkatkan Kedatangan Pelancong Ke Puerto Rico

Setelah diterbitkan pada Januari lalu, Billboard melaporkan lagu hits yang turut mendapat sentuhan Erika Ender ini berjaya menarik sebanyak 45% jumlah pelancong ke Puerto Rico. Ini kerana, terdapat satu bait lirik lagu Despacito iaitu ‘This is how we do it down in Puerto Rico (Inilah cara kami lakukannya di Puerto Rico) secara tidak langsung menarik minat masyarakat dunia untuk berkunjung ke sana. Selain itu, lokasi pengambaran video muzik tersebut sangat eksotik dan membuatkan ramai yang penasaran untuk melancong ke Puerto Rico.

azlan-150x150 DESPACITO! Ini 5 Fakta Menarik Tentang Lagu Despacito! No 4 Wajib Anda Ketahui!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Despacito #Despacito Luis Fonsi & Daddy Yankee #Fakta Disebalik Lagu Despacito #Fakta Menarik Lagu Despacito #Lagu Despacito #maksud lagu despacito

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.