Cara Membuat Aduan Gangguan Elektrik Dan Lampu Jalan Kepada TNB

Cara Membuat Aduan Gangguan Elektrik Dan Lampu Jalan Kepada TNB

Untuk pengetahuan anda, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah melancarkan TNB CareLine pada tahun 2012, yang merupakan pusat panggilan utama Syarikat hasil gabungan Pusat Pengurusan Panggilan atau Call Management Centre (CMC)  dan One Stop Engagement Centre (OSEC). CMC telah ditubuhkan pada tahun 1996 bagi menguruskan panggilan daripada pelanggan TNB untuk melaporkan insiden gangguan bekalan dan kerosakan lampu jalan TNB.  OSEC pula ditubuhkan pada Mei 2010 bagi menguruskan pertanyaan dan aduan pelanggan berkaitan bil dan akaun TNB. Kedua-duanya beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.

TNB CareLine menyediakan lima saluran utama untuk menghubungi TNB :

  • Telefon atau fax 1300-88-5454 (One Stop Enquiry Centre – OSEC) bagi pertanyaan dan aduan pengguna berkaitan bil dan akaun TNB.
  • Telefon atau SMS 1-5454 (Call Management Centre – CMC) bagi laporan gangguan bekalan elektrik dan kerosakan lampu jalan TNB.
  • Emel tnbcareline@tnb.com.my
  • Saluran pertanyaan/aduan/maklumbalas secara ‘real time’ menerusi Webchat di tnb.com.my
  • Layari facebook.com/tnbcarelinebagi memberi pandangan, maklumbalas serta cadangan membina untuk mempertingkatkan perkhidmatan TNB.

Membuat aduan dengan mendail 1-5454

Aduan bekalan elektrik ini boleh dibuat terus ke TNB dengan mendail no telefon “15454” di mana-mana talian telefon termasuk telefon bimbit. Pengadu boleh terdiri daripada orang awam dan tidak semestinya pelanggan TNB. Berikut merupakan kaedah untuk membuat aduan gangguan bekalan elektrik dan juga lampu jalan ke Tenaga Nasional Berhad (TNB).

  1. Dail 1-5454
  2. Mesin automasi akan menjawab panggilan anda, pilih menu untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan untuk urusan aduan gangguan bekalan.
  3. Berikan maklumat diri seperti nama dan pengenalan diri. Pegawai khidmat pelanggan juga akan meminta nombor tiang lampu TNB terhampir untuk mentukan lokasi rumah pengadu atau lokasi gangguan lampu jalan.
  4. Berikan nombor telefon untuk tujuan panggilan, kebiasaanya TNB akan meminta 2 atau 3 nombor telefon untuk memudahkan perhubungan semasa tiadanya bekalan elektrik.
  5. Pegawai akan memberikan nombor laporan (biasanya akan menggunakan nombor telefon bimbit sebagai nombor laporan).
  6. Lazimnya response time kontraktor TNB adalah di antara 30 minit ke 2 jam.

Aduan lampu jalan tidak menyala

Orang ramai juga boleh membuat aduan lampu jalan tidak menyala di kawasan perumahan masing-masing dengan menggunakan kaedah yang sama seperti di atas dan memberikan nombor tiang TNB.

Panduan SMS aduan TNB Careline

Perkhidmatan SMS 15454 membolehkan para pelanggan melaporkan kerosakan dan lampu jalan yang rosak. Perkhidmatan ini tersedia untuk pelanggan telefon bimbit Celcom, Digi dan Maxis. Untuk menyerahkan aduan anda, ikuti 3 langkah mudah.

Pendaftaran :

  1. Taip REG atau DFTR
  2. Hantar ke 15454
  3. Ikut arahan mudah

Untuk melaporkan gangguan kuasa di premis berdaftar anda atau di lokasi lain :

  1. Taip BD
  2. Hantar ke 15454
  3. Ikut arahan mudah

Untuk melaporkan lampu jalan yang rosak :

  1. Taipkan L
  2. Hantar ke 15454
  3. Ikut arahan mudah

Servis SMS adalah percuma. Untuk panggilan talian tetap akan dikenakan caj sebagai panggilan tempatan manakala untuk panggilan telefon bimbit tertakluk kepada caj oleh penyedia perkhidmatan.

IMG_20171206_114610-150x150 Cara Membuat Aduan Gangguan Elektrik Dan Lampu Jalan Kepada TNB

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #aduan bekalan elektrik #aduan gangguan elektrik #aduan kepada tnb #aduan lampu jalan rosak #caj panggilan aduan TNB #caj perkhidmatan TNB #caj SMS TNB #cara membuat aduan kerosakan elektrik #cara membuat aduan TNB #cara menghubungi TNB untuk aduan eletrik #cara SMS aduan TNB #elektrik kena potong #gangguan elektrik #rumah tiada elektrik #Tenaga Nasional Berhad #TNB Careline

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
  1. author

    Jenny Jenkins2 years ago

    So many times I read articles and cannot find any useful facts. Thank you for providing such useful facts. There is another place I found useful information https://conservationconstructionofdallas.com/dallas-home-windows/ and I think people could also get some useful information here. I can’t wait to read more. I’ll definitely be back daily to see what new info I can learn from your website.

    Reply

Leave a reply "Cara Membuat Aduan Gangguan Elektrik Dan Lampu Jalan Kepada TNB"