Tips Shopping Online Di Lazada Malaysia

Tips Shopping Online Di Lazada Malaysia

Lazada Malaysia adalah sebuah pusat membeli-belah online yang membekalkan pelbagai produk termasuklah peralatan rumah, barangan-barangan elektronik, barangan-barangan fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk-produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, dan pelbagai lagi.

Lazada Malaysia merupakan sebuah syarikat yang beroperasi sepenuhnya secara atas talian. Untuk menggunakan perkhidmatan mereka, para pengguna perlu mengakses laman sesawang mereka melalui komputer, telefon bimbit, atau aplikasi alat mudah alih.

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Lazada Malaysia adalah salah sebuah cawangan Lazada Group, sebuah syarikat swasta e-dagang yang turut beroperasi di beberapa buah negara di Asia Tenggara, termasuklah Indonesia, Singapura, Thailand, dan Vietnam.

Bermula pada tahun 2013, Lazada Malaysia telah diiktiraf sebagai pusat membeli-belah dalam talian terbesar di Malaysia. Sehingga Mac 2016, Lazada Malaysia secara khususnya mempunyai lebih daripada lima juta produk, 800 pekerja, 10 000 penjual, dan dua gudang di Subang Jaya, Selangor dan Kuching, Sarawak.

Daftar Akaun dan Cari Item

Pertama sekali, anda perlu mendaftar dahulu akaun Lazada menggunakan emel anda di link : https://member.lazada.com.my/user/register

Creat Account Lazada 1

Kemudian login / sign in menggunakan username dan password akaun yang anda baru daftar itu. Taipkan nama item yang hendak dibeli. Contohnya, Laptop Asus. Apabila anda menekan butang search, paparan keputusan carian anda akan kelihatan.

Carian Barang Di Lazada 2

Tips Membeli-belah di Lazada Malaysia

Lazada Malaysia merupakan platform e-commerce yang mengumpulkan ratusan seller/vendor. Ada barang yang dijual sendiri oleh Lazada Malaysia dan biasanya item tersebut disimpan di dalam warehouse Lazada, manakala sesetengah barang lain pula dijual oleh pihak ketiga (third party / external seller). Jadi sebelum membeli, pastikan anda tahu beberapa perkara.

Tidak semua penjual/vendor adalah jujur, lebih-lebih lagi online seller. Jadi pastikan sebelum order, tahu siapa penjual item tersebut dan bagi item yang memerlukan warranty. Untuk membeli dengan selamat di Lazada, anda perlu ikuti tips-tips di bawah :

  • Hanya pilih penjual yang mempunyai rating

Lazada adalah sebuah marketplace yang kadang-kala tidak terlepas daripada penjual ‘jahat’. Untuk memilih penjual baik, pilih hanya mereka yang mempunyai rating. Selepas membuat carian, susun hasil carian menggunakan ‘Rating: High to Low’. Pilih item yang hanya mempunyai bintang tertinggi.

Rating Jualan Di Lazada 3

  • Lihat berapa banyak review

Lihat berapa bintang yang diberikan kepada item yang anda pilih dan berapa banyak review. 5 bintang tidak bermakna item itu adalah baik. Ini kerana bilangan review dan komen lebih penting untuk memastikan ianya satu ulasan yang tulen.

Review Product Lazada 4

  • Baca maklumat produk dengan teliti

Baca penerangan produk dengan teliti. Kebiasaan ramai pembeli hanya memerhatikan gambar tanpa membawa penerangan produk atau apa yang terkandung.

Maklumat Product Lazada 5

  • Ruang komen yang penting

Ruangan komen sangat-sangat membantu. Adakah barangannya baik? Adakah barangan sesuai untuk anda? Adakah ia satu pembelian berbaloi? Adakah barangan hanya akan jadi sampah setelah dibeli? Adakah ianya cepat rosak atau patah? Adakah ianya produk asli?

Adakah ianya waranti Malaysia atau antarabangsa? Adakah barangan cepat sampai? Adakah saya akan melompat-lompat gembira setelah dapat barang? Ini adalah soalan-soalan yang wajar. Untuk item yang mempunyai banyak review/komen, kebanyakan persoalan ini sudah terjawab. Ambil masa untuk membaca satu per satu komen yang ditulis.

  • Verified buyer

Di Lazada, mereka yang menulis review dipecahkan kepada registered user, verified buyer dan tanpa status (guest). Lebih banyak komen daripada ‘verified buyer’ adalah lebih bagus.

  • Fulfilled by Lazada

Fulfilled by Lazada bermaksud barangan itu sudah berada di gudang Lazada dan proses penghantaran akan diuruskan oleh mereka. Cara pembelian ini berisiko rendah. Fulfilled by Lazada boleh dilihat di belah kanan laman web. Lihat anak panah dalam gambar di bawah.

Fulfilled By Lazada 6

  • Cash on delivery

Cash on delivery (COD) adalah satu pilihan baik disediakan oleh Lazada. Andai ini adalah kali pertama atau anda masih takut-takut membeli secara online, anda disarankan untuk mencubanya. COD bermaksud anda boleh membuat bayaran hanya apabila barangan yang dibeli sampai di pintu rumah. Kaedah ini boleh dipilih semasa hendak memilih ‘payment option’. Lihat anak panah dalam gambar di atas.

  • Penghantaran

Setelah membuat tempahan dan memilih ‘payment option’, anda akan diberi jangka masa bila barangan akan sampai. Ketika ini anda harus mengikuti perkembangan bungkusan anda di laman web kurier. Andai selepas 2/3 hari tempahan anda masih belum diproses, selalunya ia tidak memberi makna yang baik. Hubungi Lazada atau pihak kurier untuk mendapatkan kepastian.

Untuk barangan ‘Shipped from Malaysia’, gabungan penjual yang baik dan kurier yang baik selalunya dapat menghantar barangan pada hari ketiga. Barangan ‘This Item Ships From Overseas’ pula mengambil masa 3 hingga 4 minggu (atau lebih) untuk sampai.

Cara Order dan Membuat Bayaran

Pilih ‘Add to cart’ untuk item yang hendak dibeli dan tekan butang ‘checkout’. Masukkan shipping address dan billing address, boleh guna alamat sama untuk kedua-dua ini. Jika kawasan anda tinggal agak sukar diakses oleh syarikat kurier, pilih alamat pejabat, kampus dan sebagainya.

Terdapat 4 kaedah pembayaran di Lazada :

  • Cash On Delivery (COD) – bayar secara cash atau credit card hanya ketika kurier sampai di rumah atau alamat penghantaran. COD terhad kepada Kuala Lumpur, Lembah Klang dan bandar utama di Selangor.
  • Online banking– bayar menggunakan Maybank2u, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Public Bank, Ambank dan RHB.
  • Credit Card / Debit Card– bayar menggunakan credit card atau debit card Mastercard / VISA.
  • Paypal – anda boleh bayar menggunakan paypal jika anda mahu.

Tekan ‘Place Order’ untuk membuat pesanan. Selepas membuat pesanan, anda akan menerima emel daripada Lazada Malaysia dan anda kemudian boleh melihat order status dan tracking. Seller Lazada biasanya menggunakan pelbagai jenis kurier antaranya Gdex, Pos Laju, Skynet dan sebagainya.

Rujukan : https://www.thevocket.com
Loading...

Tags: #barang lazada #bayar lazada di 7 eleven #Beli Di Lazada Malaysia #cara beli barang di lazada guna maybank2u #Cara Beli Barang Guna Aplikasi Lazada Malaysia #cara beli barang online #Cara Beli Online di Lazada Malaysia #cara buka akaun lazada #cara membeli di lazada #cara membuat bayaran di lazada #cara nak register akaun lazada #cara pembayaran di lazada #cara shopping online di lazada #cawangan lazada di malaysia #kedai lazada di selangor #lazada #lazada malaysia #membeli di lazada #online lazada #panduan membeli di lazada #payment method di lazada #Shopping Online #tips beli barang di lazada #tips membeli-belah di lazada #Tips shopping online di Lazada malaysia #tips supaya tidak ditipu shopping di lazada

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Leave a reply "Tips Shopping Online Di Lazada Malaysia"