Biodata Adam Lee, Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32

Biodata Adam Lee

Adam memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan pada usia 19 tahun sebelum mengundurkan diri buat seketika dari dunia hiburan kerana tidak yakin dengan potensi dalam bidang berkenaan. Adam Lee mula bergelar pelakon sejak tahun 2014. Pernah melibatkan diri dengan bidang kecergasan. Adam Lee turut mempelajari seni bela diri Muay Thai.

Beliau menjadikan Bront Palarae dan Farid Kamil sebagai idolanya dalam bidang seni lakonannya. Adam juga pernah menghadiri Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2016/2017. Nama Adam kian meningkat sejak membintangi drama bersiri Seharum Mawar dan Dendam Aurora.

Nama Adam Lee mula melonjak selepas memegang peranan watak dalam drama rantaian, Lara Aishah, Seharum Mawar dan Dendam Aurora.

Adam Lee pernah mencuba nasib di Ujibakat Program Pencarian Hero Remaja 2017, meskipun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila gagal berada dalam kalangan finalis.

Adam Lee pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Sweet Qismina. Mereka berkenalan kira-kira setahun lalu dan hubungan mereka mula diperkatakan selepas bergandingan dalam drama rantaian, Adam Chempaka, siaran TV3

Terkini Adam Lee telah memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 pada 22 September 2019.

Biodata Adam Lee :
Nama penuh : Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee
Nama komersil : Adam Lee
Asal : Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh Lahir : 26 Oktober 1994
Tinggi : 1.83 meter
Agama : Islam
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Saudara : Janna Nick (sepupu)
Drama/telefilem : Tanah Kubur musim kesepuluh sebagai watak Jamal, siaran saluran Astro Oasis, Cinta Ilahi (watak Johan, TV3), Menongkah Kasih (watak Jo, TV9), Satu Cinta (watak Ariff, TV1), Lara Aishah (watak Daniel, Astro Prima), Sayang Papa Saya Tak (watak Adam, Astro Ria), Seharum Mawar (watak Fahim, TV1), Dendam Aurora (watak Reza, Astro Prima), Duda Pujaan Dara (watak Angah, TV3), Raisha (watak Andy, TV3), Klik! Pengantin Musim Salju (watak Hud Mikael, Astro Ria), Sejuta Rasa Buat Adelia (watak Hafidz, Astro Ria) dan Curi-Curi Cinta (watak Badrul, Astro Ria). Termasuk telefilem Dorm, Aku dan Adik dan Cinta Bae Kicap.
Filem : Ia Wujud (Dharma Aizat 2014)
Wikipedia : https://ms.wikipedia.org/wiki/Adam_Lee
Instagram :@adm.lee

 

adam-dan-sweet-gambar Biodata Adam Lee, Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32

Loading...

Tags: #adam lee biodata #adam lee curi curi cinta #adam lee dan sweet #adam lee dan sweet gambar #adam lee fitness #adam lee gambar #adam lee ig #adam lee janna nick #adam lee movies #adam lee profile #adam lee wikipedia #instagram adam lee #Pemenang Artis Baharu Lelaki Popular 32

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.