Biodata Samantha James, Miss Universe Malaysia 2017 Yang Viral Dengan Busana Nasi Lemak

Biodata Samantha James, Miss Universe Malaysia 2017 Yang Viral Dengan Busana Nasi Lemak

Nama Samantha James menjadi sensasi dan hangat diperkatakan oleh khalayak beberapa hari lalu.

Hal ini kerana, beberapa foto Miss Universe Malaysia 2017 ini tular di media-media sosial gara-gara memakai busana yang diinspirasikan daripada Nasi Lemak.

Busana yang direka oleh pereka fesyen tempatan, Brian Khoo berkenaan akan diperagakan anak kelahiran Selangor ini di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2017 yang bakal berlangsung di Las Vegas pada 26 November depan.

Meskipun menerima pelbagai kecaman daripada netizen, Samantha dan Brian mengambil pendekatan untuk tidak menjadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang negatif terhadap karier masing-masing.

Untuk rekod, Samantha atau mesra disapa Sammy telah dinobatkan sebagai juara Miss Universe Malaysia 2017 pada 23 Januari lalu selepas menewaskan 16 peserta lain di pentas akhir.

Apa tunggu lagi, jom kenali wanita cun berusia 23 tahun ini dengan lebih dekat.

Biodata Ringkas Samantha James

Nama Penuh: Samantha Katie James
Nama Komersil: Samantha James
Nama Panggilan: Sammy
Umur: 23 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 2 November 1994
Zodiak: Scorpio
Asal: Klang, Selangor
Adik Beradik: Anak Tunggal
Kerjaya: Model, Ratu Cantik & Pelakon
Agama: Kristian
Warganegara: Malaysia

Filem: Kastil Tua & Huang

Telefilem: Wanita Terindah

Laman Media Sosial Samantha James

Trivia Menarik Tentang Samantha James

  • Memiliki darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Brazil (sebelah ayah).
  • Selain bahasa Inggeris dan Melayu, Sammy juga boleh bertutur dalam bahasa Cina dan Tamil.
  • Seorang yang Pescatarian (tidak makan daging tetapi makan ikan).
  • Memulakan langkah sebagai seorang peragawati atau model sejak berusia 17 tahun lagi.
  • Sebelum bergelar juara Miss Universe Malaysia 2017, si tinggi lampai ini pernah menyertai program yang sama pada tahun 2013 dan menduduki tangga ke lapan.
  • Sammy suka bersenam dan berlari di waktu pagi selama 30 minit hingga 1 jam demi mengamalkan gaya hidup sihat.
  • Suka menyertai program larian atau marathon bersama rakan-rakannya.
  • Tidak mahu kekal di zon selesa, Sammy mula berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Terbaharu, telefilem lakonannya berjudul Wanita Terindah sedang rancak ditayangkan di Astro First Eksklusif 480 mulai 2 November lalu.
  • Malah, si cantik ini turut bercita-cita mempunyai rancangan bual bicara sendiri.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Samantha James, Miss Universe Malaysia 2017 Yang Viral Dengan Busana Nasi Lemak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Samantha James #Kenali Samantha James #Miss Universe Malaysia 2017 #Profil Samantha James #Samantha James #Samantha James Miss Universe Malaysia 2017 #Samantha Kathy James #Samantha Katie James #samantha katie james biography #samantha katie james family #samantha katie james father #samantha katie james instagram #samantha katie james nasi lemak #samantha katie james parents #samantha katie james race #samantha katie james religion

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.