Kenali Sarah Hildebrand, Aktres Cun Kacukan Melayu, Jerman & Amerika Syarikat

Kenali Sarah Hildebrand, Aktres Cun Kacukan Melayu, Jerman & Amerika Syarikat

Nama Sarah Hildebrand dikenali ramai selepas menjuarai program pencarian selebriti iaitu Gadis Muka Dua (GM2) beberapa tahun lalu.

Walaupun masih setahun jagung bergelar anak wayang namun bakat lakonan wanita berusia 27 tahun ini tidak boleh dipandang sebelah mata.

Kerjaya lakonannya mula bersinar selepas membintangi telefilem berjudul Hujan Pagi dan Jalan Singkat Ke Syurga arahan pengarah hebat, Rashid Sibir.

Figura berdarah campuran Melayu, Jerman dan Amerika Syarikat ini juga tidak mensia-siakan bakat terpendamnya dalam bidang pengacaraan dimana telah mengendalikan beberapa rancangan seperti #OhEmGee (HyppTV) dan Tumit Tinggi (RTM).

Dalam perkembangan terkini, anak jati Kuala Lumpur ini muncul dengan telefilem terbaharu bertajuk Wanita Terindah bergandingan dengan Fattah Amin, Nur Fazura dan Nik Adam Mika yang disiarkan di saluran Astro First Eksklusif 480 mulai 2 November 2017.

Jom kita berkenalan lebih dengan dengan wanita berbintang Leo ini.

Biodata Ringkas Sarah Hildebrand

Nama Penuh: Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand
Nama Komersil: Sarah Hildebrand
Umur: 27 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1990
Zodiak: Leo
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak Tunggal
Kerjaya: Pelakon, Pengacara TV & Model Muslimah
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah campuran Melayu, Jerman & Amerika Syarikat)
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Wanita Terindah, Suami Tanpa Cinta, Karma Cinta, Dia Imanku, Hujan Pagi, Jalan Singkat Ke Syurga dan banyak lagi

Filem: Mirik & Muluk.

Teater: Teater Y Sebuah Muzikal.

Host TV: Tumit Tinggi, HyypTV Highlight dan #OhEmGee.

Laman Media Sosial Sarah Hildebrand

Trivia Menarik Tentang Sarah Hildebrand

  • Pernah menjadi model untuk dua video klip muzik iaitu kumpulan Azhael berjudul Hujung Waktu serta Rindu nyanyian penyanyi Indonesia, Shae.
  • Figura ini turut bergelar duta bagi Safi Balqis, Jubahsouq, Farmasi Cosmetic dan Atelia Amani.
  • Menjalinkan hubungan cinta dengan bekas pengacara program HLive!, Nabil Mahir sejak beberapa tahun lalu.
  • Mula memakai hijab sepenuhnya pada 15 September 2015.
  • Sarah juga aktif membintangi beberapa iklan komersil seperti Petfecto Snack, Safi Balqis Oxywhite dan Nouvelles Visages.
  • Wajahnya pernah menghiasi beberapa majalah fesyen dan gaya hudup tempatan seperti Hijabista, EH! dan InTrend.
  • Datin Sofia Jane dan Maya Karim adalah idola si cantik ini dalam bidang lakonan.
  • Siapa sangka si tinggi lampai ini suka berkaraoke. Antara lagu wajib yang selalu dinyanyikannya adalah Percayalah (Dato Seri Siti Nurhaliza) dan beberapa lagu daripada penyanyi antarabangsa, Adele.
  • Pernah tinggal di Amerika Syarikat beberapa tahun bersama bapanya sebelum pulang ke Malaysia pada 2009.
  • Suka berendam dalam tab mandi sambil menikmati bau-bauan lilin aroma terapi apabila menghadapi tekanan stres.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Sarah Hildebrand, Aktres Cun Kacukan Melayu, Jerman & Amerika Syarikat

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Sarah Hildebrand #Kenali Sarah Hildebrand #Profil Sarah Hildebrand #Sarah Hildebrand #sarah hildebrand berhijrah #sarah hildebrand biodata #sarah hildebrand family #sarah hildebrand husband #sarah hildebrand instagram #sarah hildebrand kahwin #Sarah Hildebrand Kekasih Hati Nabil Mahir #sarah hildebrand married #sarah hildebrand parents

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.