Biodata Julia Marin, Aktres Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Biodata Julia Marin, Aktres Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Julia Marin atau nama lengkapanya Julia Farhana Marin hadir dengan pakej lengkap sebagai selebriti.

Meskipun masih hijau di arena seni hiburan negara, wanita kelahiran Sabah ini antara pendatang baharu yang sedang meningkat naik dan semakin dikenali ramai.

Selepas membintangi drama bersiri popular iaitu Asam Pedas Untuk Dia satu ketika dahulu, rezekinya semakin melimpah ruah dan wajahnya kini seringkali menghiasi kaca televisyen menerusi drama dan telefilem.

Sedang menyinarkan bakat dan populariti, mutu lakonan figura cantik ini juga semakin mantap dan tidak mengecewakan para penonton.

Buah tangan terbaharu aktres berusia 23 tahun ini berjudul Lelaki Itu Pemilik Hatiku sedang hangat ditayangkan di slot Akasia di TV3. Drama bersiri berkenaan turut dibintangi oleh Puteri Aisyah dan Raja Afiq.

Apakata kita intip ringkas biodata dan trivia menarik wanita berbintang Sagittarius di bawah. Check it out!

Biodata Ringkas Julia Marin

Nama Penuh: Julia Farhana Marin
Nama Komersil: Julia Marin
Umur: 23 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Disember 1994
Zodiak: Sagittarius
Asal: Sabah
Adik Beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Kerjaya: Pelakon, Model & Pengacara
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Ku Kirim Cinta, Rumi Dan Jawi, Hantu Raya Tumpang Beraya, Cinta Roller Coaster, Sha Dan Shah, Putera Makassar, Swettie Nanie, Hantu Punya Bos, Asam Pedas Untuk Dia, Ella Fitra, Syurga Tanpa Cinta, Warna Cinta Impian, Satu Cinta dan banyak lagi.

Filem: Zack Kapcai, Dorm Melati, Cinta Kolestrol, Hospital, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Julia Farhana

Trivia Menarik Tentang Julia Marin

  • Miliki darah campuran Melayu-Itali.
  • Graduan Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
  • Bernaung di bawah label pengurusan MIG Talent (Metrowealth).
  • Dalam meningkatkan mutu lakonannya, Julia turut mengikuti kelas lakonan yang dikelolakan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
  • Pernah bermastautin di Australia beberapa tahun bersama ahli keluarganya sebelum pulang ke Malaysia ketika berumur 12 tahun.
  • Menjadikan pelakon hebat, Lisa Surihani sebagai idolanya dalam bidang seni lakonan.
  • Pernah menjadi pengacara program Projek Kampus yang disiarkan di saluran HyppTV.
  • Disebabkan usia terlalu muda dan mendapat batasan daripada ibunya, Julia terpaksa melepaskan tawaran untuk berlakon dalam filem Ratu The Movie sekitar 2011.
  • JFMariners adalah nama kelab peminat figura cantik ini.
  • Memiliki lebih 70,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Julia Marin, Aktres Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Julia Farhana Marin #Biodata Julia Marin #julia farhana biodata #Julia Farhana Marin #julia farhana marin biodata #julia farhana marin profile #julia farhana marin wiki #Julia Marin #julia marin biodata #julia marin profile #julia marin wiki #julia marin zack kapcai #Julian Marin Aktres Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku #Kenali Julia Marin #Pelakon Drama Lelaki Itu Pemilik Hatiku #Profil Julia Marin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.