Kenali Syakirin Husnal, Host Go Shop

Kenali Syakirin Husnal, Host Go Shop

Tuah menyertai program On Air musim pertama sekitar 2013, membuka lembaran baru buat wanita bernama Syakirin Husnal dalam bidang kewartawanan, pengacaraan dan penyiaran.

Terkini, figura berusia 28 tahun ini mengendalikan rancangan membeli-belah secara atas talian, Go Shop yang disiarkan di saluran Astro 118 bersama-sama Rai Abd Rahman, Aina Wahida dan Hazim Shauki.

Sebelum itu, anak jati Kuala Lumpur ini pernah bergelar wartawan penyiaran dan pembaca berita di Astro Awani.

Dengan personaliti menarik dan bijak berbicara di depan lensa kamera, beliau juga turut diberi peluang untuk menjadi pengacara pelbagai program seperti Rasa Halal Hokkaido Musim Panas, Primadona dan K-Pop Raya.

Jangan buang masa, jom semak ringkasan dan trivia menarik Syakirin Husnal ini.

Biodata Ringkas Syakirin Husnal

Nama Penuh: Nur Syakirin Husnal Az’hari
Nama Komersil: Syakirin Husnal/Syakirin
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 17 Januari 1989
Zodiak: Capricorn
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak pertama daripada lima beradik
Kerjaya: Pengacara TV, Personaliti Astro, Pengacara Majlis (Emcee), Penerbit Rancangan & Voice Over (V.O)
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Host: Go Shop, Rasa Halal Hokkaido Musim Panas, Gala TV, Trending, K-Popnya Raya, Hijabista TV dan Primadona.

Laman Media Sosial Syakirin Husnal

Trivia Menarik Tentang Syakirin Husnal

  • Walaupun membesar di ibu kota, Syakirin dilahirkan di Kuantan, Pahang.
  • Merupakan lulusan jurusan Kejuruteraan Biokimia di Dong Yang Mirae University, Seoul, Korea Selatan.
  • Selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, wanita berhijab ini fasih bertutur bahasa Korea.
  • Pernah bertugas sebagai penterjemah di Lembaga Pelancongan Malaysia di Seoul.
  • Mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati bernama Muhammad Faris Ariffin pada 23 November 2013.
  • Dilantik menjadi Ikon Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA).
  • Aktif pengucapan awam (public speaking) sejak usia 8 tahun lagi.
  • Figura ini juga turut dilantik sebagai Speaker Belia UNICEF Malaysia.
  • Menyumbangkan suaranya menerusi filem kartun komedi, The Secret Life Of Pets (versi bahasa Melayu) sebagai Maria.
  • Menjalankan bisnes berasaskan bengkel pengucapan awam yang dikenali sebagai Speak Out With Syarikin dimana membimbing anda tentang bagaimana membina dan membentangkan idea dengan cara yang paling berkesan.
  • Bercita-cita untuk mempunyai rancangan sendiri yang berkaitan bual bicara, travelog atau majalah.
  • Mempunyai lebih 40,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Syakirin Husnal, Host Go Shop

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata pengacara go shop #Biodata Syakirin Husna #Go Shop Astro 118 #Kenali Syakirin Husna #majlis perkahwinan syakirin husnal #Profil Syakirin Husna #Syakirin Husna #Syakirin Husna Host Go Shop #Syakirin Husna Pengacara Go Shop #syakirin husna seksi #syakirin husnal instagram #syakirin husnal mengandung #syakirin husnal sakit #syakirin husnal seksi #syakirin husnal wiki

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.