Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

Rumah Modern

Bagi anda yang tidak tahu ilmu kejuruteraan civil atau seni bina rumah maka kami mengesyorkan anda menggunakan kaedah ini.

Pertama sekali, anda mesti mengetahui terlebih dahulu saiz atau keluasan rumah yang akan anda bina, berapa tingkat, 1 tingkat atau 2 tingkat atau 3 tingkat ? Sebaik sahaja anda menetapkan saiz rumah yang akan dibina, kemudian darabkan dengan harga membina sebuah rumah per kaki persegi.

Selain itu, anda boleh mendapatkan khidmat pelukis pelan untuk mengetahui keluasan maksima yang boleh digunakan untuk membina rumah.

Contoh: Jika anda membina sebuah rumah bungalow 2 tingkat dengan saiz :

  • Luas Ruang Tingkat Bawah = 2,000 kaki persegi
  • Luas Tingkat Atas = 1,000 kaki persegi

Contoh Kadar Harga Barang Termasuk Upah Kontaktor

  1. Tingkat Bawah RM 120/kaki persegi
  2. Tingkat Atas RM130/kaki persegi
  3. Harga kos menyediakan pelan termasuk submition RM1.20 / kaki luas

Pengiraan Ringkas Kos Membina Rumah :

  • Keluasan rumah

2,000 kp + 1,000 kp = 3,000 kp

  • Harga menyediakan pelan

3,000 kp x RM1.20 sekaki luas = RM3,600

  • Harga membina rumah tingkat bawah

2,000kp x RM120/kaki persegi = RM240,000

  • Harga membina rumah tingkat atas

1,000kp x RM130/kaki persegi = RM130,000

Harus diingatkan, anda perlu mendapatkan senarai aksesori yang ditawarkan dengan harga tersebut oleh pemaju seperti jenis bahan yang digunakan, jenis kekuda bumbung samada kayu atau besi, saiz mozek lantai di setiap ruang, jenis batu yang digunakan, jenis pintu, jenis aksesori seperti lampu dan sebagainya.

Selain itu, anda juga boleh meminta apakah tawaran istimewa jika menggunakan khidmatnya.

Jadi kos membina rumah anda ialah ;

Kos membina rumah : RM240,000 + RM130,000 = RM370,000.00

Kos cukai jualan GST : RM370,000 x 6% GST = RM22,200.00

RM370,000 + RM22,200 = RM 392,200.00

Namun demikian ada lagi kos tersembunyi seperti;

  • Yuran Guaman
  • Sumbangan PBT bergantung pada tempat
  • Pendaftaran utiliti (air dan elektrik) deposit
  • Insuran dan perlindungan

+ Anggaran dalam RM3,000 hingga 10,000 untuk kesemuanya bergantung kepada sesuatu perkara.

MENGGUNAKAN PINJAMAN BANK

Kenapa perlu melantik peguam dan kontraktor?

Peranan Peguam:                                                                 

  • Menjadi keperluan melantik peguam yang berpengalaman atau pun sudah biasa berurusan dengan LPPSA.
  • Untuk membuat perjanjian pembinaan (S & P).
  • Membuat CARIAN / LAND SEARCH di pejabat tanah.
  • Membantu membuat permohonan secara online.
  • Memberi cadangan kontraktor dan arkitek yang pengalaman.
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

Peranan Kontraktor:                                                                                                              

  • Menjadi keperluan dalam melantik kontraktor yang mempunyai lesen, mempunyai CIDB dan yang berpengalaman berurusan dengan LPPSA.
  • Supaya pinjaman perumahan tidak berlaku kelewatan dalam proses membina rumah dan mengikut undang-undang.
  • Membuat pembinaan mengikut plan yang disediakan oleh arkitek bertauliah.
  • Menyediakan laporan tuntutan bayaran kepada peguam untuk diserahkan kepada LPPSA.
  • Kontraktor akan melantik arkitek berdaftar bagi menyiapkan plan.
  • Mendapatkan kelulusan daripada pihak PBT.                                      
  • Membantu dalam memohon membuat penilaian JPPH jika diperlukan.

Anda juga boleh melantik arkitek sambilan tetapi apapun perlu berhati-hati. Jika tanah di luar kawasan majlis, pelan diperlukan tetapi perlu dapat pengesahan pihak majlis bahawa tanah adalah di luar kawasan majlis adalah memadai.Harus diketahui bahawa pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan LPPSA.

Jadual bayaran berperingkat kepada kontraktor (JADUAL G)

Bayaran kemajuan atau progress payment perlulah mengikut jadual seperti di bawah;

Jadual-bayaran-progress-membina-rumah Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

Jadual bayaran progress membina rumah.

Gambar Rumah Banglo

banglo-moden-malaysia-e1500623875724 Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah SendiriRumah-banglo-moden-gaya-Australia-house-e1500623503778 Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah SendiriMembina-rumah-banglo-e1500623542729 Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah Sendiri

Loading...

Tags: #bina rumah sendiri #cara kira kos bina banglo #cara kira kos bina rumah #cara mengira kos bina rumah #kos bina rumah #nilai bina rumah #nilai nak pinjam loan rumah

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang
  1. author

    M. Yusoff Omar4 years ago

    1. rumah dua tingkat,Ist floor ada dapur,living hall, dining hall dan toliet. saix 12.5 ft x 30 ft
    2nd floor hanya ada 3 bilik sahaja . saix 12.5 x 30 ft
    2 .cdg satu blok, 3 unit rumah 2 tingkat spt matlumat atas
    3 tujuan untuk penyewaan sahja.

    Reply

Leave a reply "Cara Ringkas Mengira Kos Membina Rumah Atas Tanah Sendiri"