Kenali Pavel Durov, Usahawan Media Sosial Aplikasi “TELEGRAM”

Foto Biodata Pavel Durov Telegram Apps

Mesti anda tertanya-tanya siapa gerangan Pavel Durov ini? Kalau nak tahu, si kacak ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada aplikasi mesej yang dikenali sebagai Telegram.

Beliau bersama abangnya, Nikolai Durov mencipta Telegram iaitu sebuah aplikasi media sosial selain Whatapps yang telah dilancarkan pada 2013 kepada pengguna android dan iOS di seluruh dunia.

Di awal kemunculan aplikasi berkenaan, anak jati Rusia ini membelanjakan sebanyak RM4.2 juta (AS$1 juta) sebulan untuk menggerakkannya.

Paling manis, pemuda berbintang Libra ini dinobatkan sebagai salah seorang usahawan teknologi Eropah Utara paling berpengaruh dibawah usia 30 tahun.

Meskipun tidak ramai yang menggunakan aplikasi ini di Malaysia, namun Telegram sangat popular di luar negara sehingga mencatatkan seramai 100 juta pengguna aktif pada tahun lalu.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan Pavel Durov ini.

Biodata Ringkas Pavel Durov

Nama Penuh: Pavel Valeryevich Durov
Nama Komersil: Pavel Durov
Tarikh Lahir: 10 Oktober 1984
Umur: 33 Tahun (2017)
Zodiak: Libra
Asal: Leningrad, Rusia
Adik Beradik: Anak bongsu dari dua beradik
Warganegara: Saint Kitts & Nevis

Media Sosial Pavel Durov

Trivia Menarik Pavel Durov

  1. Meskipun lahir di Rusia, Durov membesar di Itali kerana mengikut ayahnya yang berkerja di sana sebagai ahli pengkaji sejarah. Beliau kembali ke Rusia apabila melanjutkan pengajian di Academy Gymnasium, Saint Petersburg dalam jurusan filologi.
  2. Menerusi instagramnya, Durov gemar memakai pakaian berwarna hitam kemana sahaja termasuklah di pejabat.
  3. Suka melancong dan mengembara ke seluruh dunia. Antara lokasi yang pernah dilawatinya adalah Barcelona, Finland, Venice, San Fransico, Paris, Maldives, Dubai dan banyak lagi.
  4. Sebelum mendirikan Telegram, Durov pernah mencipta media sosial pertama bernama VKontakte (VK) di Rusia bersama rakannya, Vyacheslav Mirilashvili. Diinspirasi daripada Facebook, Vkontakte dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2006 dimana merupakan ulang tahun kelahiran ke-22 anak kelahiran Rusia berkenaan.
  5. Sebagai pengelola Vkontakte, Durov turut ditekan oleh pihak pemerintah negara Rusia untuk mendapat maklumat dan data-data dari pihak lawan politik mereka. Dengan segala ugutan dan diskriminasi dari pihak Rusia, Pavel akhirnya memutus untuk keluar dari negara berkenaan ke New York, Amerika Syarikat demi keselamatannya.
  6. Sebelum keluar dari Vkontakte, Durov dipaksa untuk menjual 12 % sahamnya kepada pemilik perniagaan terbesar Rusia, Ivan Tavrin yang memiliki hubungan rapat dengan pemerintah Rusia iaitu Vladimir Putin pada ketika itu.
  7. Datuknya, Semyon Petrovich Durov merupakan seorang tentera ketika Perang Dunia ke-II dan mendapat pelbagai penghargaan daripada pihak Rusia.
  8. Selain Rusia, negara-negara yang turut menghalang layanan Telegram adalah Iran, Arab Saudi, China dan Indonesia. Kebanyakan negara memblokir laman sosial itu disebabkan faktor keselamatan negara dan keganasan pengganas.
  9. Sehingga artikel ini ditulis, Durov telah memuatnaik 144 kiriman di instagramnya termasuklah foto swafoto serta pemandangan yang mewah dan berkelas.
  10. Mempunyai hampir 300,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Pavel Durov

Biodata Pavel Durov Foto Pavel Durov Yang Kaya Pavel Durov Telegram Pavel Durov Foto Menarik Pavel Durov 2017 Pavel Durov Yang Kacak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Pavel Durov #Biodata Ringkas Pavel Durov #foto pavel durov #Media Sosial Pavel Durov #Pavel Durov #Pavel Durov CEO Telegram #Profil Pavel Durov #Trivia Menarik Pavel Durov #Usahawan Media Sosial Aplikasi "TELEGRAM"

5 Kelebihan Rakyat Korea Selatan! Ini Sebab Masyarakat Dunia Iri Hati Dengan Mereka!
Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya
Biodata Ahmad Amsyar, Atlet Penerjun Negara Yang Handsome & Berbadan Sasa
Nama Ahmad Amsyar mula meraih perhatian netizen apabila muncul sebagai pemenang pingat emas
Biodata Tisha Shamsir, Aktres Antagonis Drama Titian Cinta
Jika anda penonton setia drama bersiri Titian Cinta di TV3, pastinya mengenali salah
Neelofa Kongsi 4 Tips Kejayaan Buat Para Peminat!
Neelofa, satu nama yang tidak asing lagi dalam persada seni hiburan tanah air.

Comments are closed.