Lagu Untuk Laila, Single Terbaharu Akim & The Majistret

Lirik Lagu Untuk Laila Akim

Selepas kejayaan luar biasa lagu Mewangi, Potret dan Obses, kumpulan Akim & The Majistret kini kembali dengan buah tangan terbaharu mereka iaitu Lagu Untuk Laila.

Diputar di corong-corong radio tempatan mulai 1 Ogos 2017, lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Hang Nadim (Akim) dan Zimi Sofazr.

Diadaptasikan dari kisah percintaan Majnun dan Laila, lagu ini ditujukan buat semua golongan lelaki yang setia mencintai kekasih hati walaupun cinta tidak kesampaian.

Menariknya, Akim turut menukar penampilan dengan mewarnakan rambutnya perang demi single terbaharu ini.

Mereka juga menggunakan visual daripada filem The Good, The Bad and The Ugly sebagai teaser untuk lagu berkenaan.

Untuk info, kumpulan muzik rock ini ditubuhkan pada 2014 serta dianggotai oleh Akim selaku vokalis, Freddy (gitar utama), Gjie (gitar kedua), Zimi (gitar ketiga), Afiez (keyboard), Fairuz (bes) dan Wan (drum).

Lirik Lagu Untuk Laila – Akim & The Majistret

Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan

Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir

Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian

Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan

Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu

 

azlan-150x150 Lagu Untuk Laila, Single Terbaharu Akim & The Majistret

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Akim & The Majistret Lagu Untuk Laila #Lagu Terbaharu Akim & The Majistret #Lagu Untuk Laila Akim & The Majistret #Lirik Lagu Untuk Laila #Single Terbaharu Akim & The Majistret 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.