Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka!

Biodata Penuh Randy Pangalila Aktor Indonesia

Randy Pangalila, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada seni hiburan Indonesia dan Malaysia.

Mengenali dunia seni sebagai seorang model, pria ganteng ini mahu lari daripada stigma hanya menjual wajah daripada bakat.

Nekad ingin menjadi anak wayang, figura berbintang Libra ini memulakan karier lakonannya mulai 2005.

Kini, anak kelahiran Surabaya, Indonesia ini merupakan salah seorang aktor handalan dan menjadi pujaan para peminatnya sekitar nusantara.

Berikut, penulis kongsikan lima trivia menarik tentang Randy Pangalila buat tatapan para pembaca.

1. Kekasih Hati Michaella Putri

Untuk pengetahuan pembaca, Randy sudah enam tahun menjalinkan hubungan cinta dengan aktres cun Indonesia, Michaella Putri. Mula rapat antara satu sama lain selepas membintangi sinetron popular iaitu Nada Cinta pada 2011. Paling menarik, pasangan merpati dua sejoli ini dikatakan bakal berkahwin tidak lama lagi. Terdahulu, Randy pernah digosipkan bercinta dengan pelakon bertubuh genit, Elfira Loy.

2. Berbakat Dalam Bidang Nyanyian

Selain aktif di pentas lakonan, pria berusia 27 tahun ini juga berbakat besar dalam bidang seni suara. Sebelum bergerak solo, aktor drama Urusan Hati Cik Drama Queen ini pernah menganggotai beberapa kumpulan muzik iaitu RVN Band, Eleven dan Astonia. Malah, Randy turut menyumbangkan vokalnya untuk runut bunyi (OST) bagi filem Oh Baby dengan dua buah lagu iaitu Tanpamu Aku Tak Bisa dan Lewat Semesta.

3. Fobia Terhadap Lautan

Jika kebanyakkan orang suka menikmati keindahan panorama lautan, ini merupakan mimpi ngeri buat Randy. Malah, beliau turut meletakkan syarat utama kepada pihak pengurusan untuk tidak menerima tawaran lakonan yang berkaitan dengan laut meskipun memperolehi bayaran tertinggi. Di samping itu, Randy juga fobia terhadap jarum suntikan.

4. Amal Gaya Hidup Sihat

Mulai 2014 sehingga hari ini, Randy telah mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga kesihatan diri dan membina otot badan menerusi diet seimbang dan senaman secara konsisten. Malah, figura ini turut mengeluarkan sebuah buku kesihatannya berjudul The Secret by Randy Pangalila pada penghujung April lalu dimana berkongsi tentang pengalaman dirinya mengenai rutin harian senaman serta amalan pemakanan dilakukannya dalam mengekalkan kecergasan tubuh badan.

5. Miliki Minyak Wangi Jenama Sendiri

Tidak mahu ketinggalan dalam bidang perniagaan, Randy memilih bisnes minyak wangi sebagai punca pendapatan keduanya. Hadir dengan dua jenis wangian iaitu ‘floral fruity aromatic’ for Her dan ‘woody floral aromatic’ for Him, parfum The Secret Randy Pangalila dijual dipasaran Malaysia pada harga RM65.00 sebotol.

Biodata Ringkas Randy Pangalila

Nama Penuh: Randy Dionisius Pangalila
Nama Komersil: Randy Pangalila
Tarikh Lahir: 19 Oktober 1990
Umur: 27 Tahun (2017)
Asal: Surabaya, Indonesia
Adik Beradik: Anak bongsu daripada dua beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi & Model
Agama: Kristian (Katolik)
Bangsa: Berketurunan Jawa, Manado dan Belanda
Warganegara: Indonesia
Kelab Peminat: Randynators

Sinetron/Drama: Hangout With Mantan, Playboy Tanpa Modal, Ada Apa Dengan Security, Urusan Hati Cik Drama Queen, Kakekku Puber Lagi, Nada Cinta, Sepeda Pembawa Cinta, Benci VS Cinta, Manusia Harimau, Putri Duyung, Aishiteru, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Sumpah I Luv U, Gue Banget, Alisha, Cinta Kirana, Karissa, Cinta Melody dan banyak lagi.

Filem: Kutukan Suster Ngesot, Oh Baby dan Nyi Roro Kidul Projek.

Lagu: Tanpamu Ku Tak Bisa, Lewat Semesta, Katakan Maumu, Sampai Akhir Waktu, Maafkan, Selalu Milikmu, Kisah Yang Sempurna, Bertahan, Takkan Terpisah dan banyak lagi.

Laman Sosial Randy Pangalila

Foto Menarik Randy Pangalila

aktor-kacak-Randy-Pangalila-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka! biodata-Randy-Pangalila-aktor-indonesia-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka! foto-menarik-Randy-Pangalila-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka! gaya-rambut-Randy-Pangalila-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka! Randy-Pangalila-tak-pakai-baju-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka! tattoo-pada-Randy-Pangalila-300x300 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka!

azlan-150x150 Randy Pangalila, Ini 5 Trivia Menarik Tentang Dirinya! No 3 Pasti Anda Tidak Sangka!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Randy Pangalila #Profil Randy Pangalila #Randy Pangalila #randy pangalila 2017 #randy pangalila agama #randy pangalila age #Randy Pangalila Aktor Kelahiran Indonesia #randy pangalila dan michella putri #randy pangalila dan michella putri putus #randy pangalila sinetron #randy pangalila songs #randy pangalila wikipedia #Trivia Menarik Randy Pangalila

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.