Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

Lagu Latin Paling Trending

Selain lagu Inggeris, Korea dan Hindustan, lagu-lagu Amerika Latin turut mempunyai peminatnya tersendiri khususnya di Malaysia.

Salah satunya, lagu Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee yang sensasi dan tular di media-media sosial sejak akhir-akhir ini.

Dari kecil hingga dewasa, semuanya mengetahui tentang lagu berbahasa Sepanyol ini.

Diriliskan pada Januari 2017, lagu ini mencipta sejarah tersendiri dalam industri muzik antarabangsa apabila tersenarai sebagai top 10 video muzik paling banyak ditonton di saluran Youtube.

Walaupun berjaya bikin masyarakat dunia tidak boleh ‘move on’ dek penangan lagu ini, ternyata terdapat banyak lagi lagu Amerika Latin yang hits dan sukses di persada seni muzik global.

Nah, ini 4 lagu Amerika Latin yang pernah melakar fenomena luar biasa di dunia muzik satu masa dahulu. Check it out!

1. La Macarena – Los Del Rio

Los_del_rio_-_Macarena-300x300 Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

Heeey Macarena! Mula mencipta fenomena tersendiri pada tahun 1996, namun lagu La Macarena sebenarnya diterbitkan pada 1993. Dinyanyikan oleh duo terkenal iaitu Los Del Rio, lagu ini menjadi lagu pertama berbahasa Sepanyol yang berjaya menguasai carta pertama di US Billboard Hot 100. Bukan sahaja lagunya yang ‘berhantu’, malahan tarian dalam lagu menjadi salah satu gerakan yang paling popular sekitar 90-an. Bahkan, lagu hits ini diremixkan di dalam bahasa Inggeris oleh boyband Bayside Boys.

2. Last Ketchup Song (Asereje)- Last Ketchup

Last-Ketchup-Song-300x300 Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

Generasi 80-an & 90-an pastinya mengingati lagu Amerika Latin berjudul Last Ketchup Song (Asereje) ini. Mula debut pada 2002, lagu berbahasa Sepanyol nyanyian kumpulan Last Kecthup ini berjaya menawan hati para penikmat muzik di seluruh pelusuk dunia termasuklah di Malaysia. Untuk info, lagu catchy ini berjaya dijual sebanyak lebih 7 milion unit di seantero dunia. Dianggotai empat wanita cantik iaitu Lucia, Lola, Pilar dan Rocia, girlband ini aktif sekitar 2002 hingga 2006.

3. La Copa De La Vida (The Cup Of Life) – Ricky Martin

ricky-martin-La-Copa-De-La-Vida-300x300 Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

La Copa De La Vida merupakan lagu rasmi untuk Piala Dunia 1998 di Perancis yang didendangkan oleh penyanyi Amerika Latin ternama iaitu Ricky Martin. Malah, dikatakan sebagai salah satu lagu tema terbaik sepanjang sejarah penganjuran kejohanan bola antarabangsa berkenaan. Selain mendapat penghargaan platinum dan emas, La Copa De La Vida turut terjual lebih 500,000 unit di Perancis. Paling menarik, lagu ini turut menguasai carta-carta lagu di stesen radio dan televisyen global pada ketika itu. Sukses di gelanggang bola sepak, lagu ini juga pernah dipersembahkan di Grammy Awards 2009 di Los Angeles, Amerika Syarikat.

4. Waka Waka (This Time For Africa) – Shakira

Waka-Waka-shakira-300x300 Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

Selepas La Copa De La Vida, lagu Waka Waka menjadi lagu tema bagi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Lagu pemangkin semangat ini disampaikan oleh Shakira bersama kumpulan Freshlyground. Meskipun meledak di seantero dunia dan mendapat pelbagai reaksi positif dari pengiat seni muzik antarabangsa, lagu ini sempat menerima penolakan dari warga Afrika Selatan yang kecewa kerana penyanyi utamanya bukan anak kelahiran negara berkenaan.

azlan-150x150 Selain Despacito, 4 Lagu Amerika Latin PALING TRENDING Satu Masa Dahulu!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #La Copa De La Vida (The Cup Of Life) - Ricky Martin #La Macarena - Los Del Rio #Lagu Amerika Latin Popular #Lagu Amerika Latin Terkenal Satu Masa Dahulu #lagu Latin PALING TRENDING #Lagu Sepanyol Popular Satu Masa Dahulu #Last Ketchup Song (Asereje)- Last Ketchup #Senarai Lagu Hits Amerika Latin #Waka Waka (This Time For Africa) - Shakira

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.