Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran

Biodata Laudya Cynthia Bella

Jika anda penggemar filem Surga Yang Tak Dirindukan dan Surga Yang Tak Dirindukan 2, pastinya mengenali sosok wanita berhijab bernama Laudya Chintya Bella ini.

Sedar atau tidak, figura cun ini bergelar sebagai anak seni selama 17 tahun di persada seni hiburan Indonesia.

Sebelum memulakan kerjaya di pentas lakonan, cewek berusia 29 tahun ini aktif sebagai model dan bintang iklan komersil.

Did you know, aktres kelahiran Bandung, Indonesia ini bakal menamatkan zaman solonya dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini dikatakan bakal disatukan pada pertengahan bulan September depan dimana majlis pernikahan akan diadakan secara tertutup di Kuala Lumpur.

Pasangan serasi ini mula rapat selepas dipertemukan oleh Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri pada Mac lalu.

Untuk info, pemilik nama Engku Emran Engku Zainal Abidin ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di TV Synergy Sdn Bhd (BERNAMA News Channel) dan Ketua Pegawai Operasi di stesen radio Suria.FM.

Apa-apa pun, kami mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pasangan merpati dua sejoli ini. Semoga perkahwinan ini kekal dan bahagia sehingga jannah.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih rapat dengan Laudya Chintya Bella ini.

Biodata Ringkas Laudya Chintya Bella

Nama Penuh: Laudya Chintya Bella
Nama Panggilan: Bella
Tarikh Lahir: 24 Februari 1988
Umur: 29 Tahun (2017)
Zodiak: Pisces
Asal: Bandung, Indonesia
Adik Beradik: Anak bongsu dari emapt beradik
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model & Ushawanita
Agama: Islam
Warganegara: Indonesia

Sinetron/FTV: Juragan Jengkol, Bidadari Pelindung Cinta, Romantika Remaja, Cinta Nia, Amira, Kalau Jodoh Takkan Lari, Mr Gunung Cintaku, Senandung Masa Puber, Kisah Sedih Di Hari Minggu, Cerita Si Angel, Cuek Tapi Cinta, Akulah Arjuna, Virgin The Series, dan banyak lagi.

Filem: Surga Yang Tak Dirindukan, Surga Yang Tak Dirindukan 2, Kuntilanak 3, Aisyah: Biarkan Kami Bersaudara, Cowok Bikin Pusing, Belenggu, Talak 3, Virgin, Assalamualaikum Beijing, Haji Backpacker, Kakak, Dibawah Lindungan Kaabah dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:
Pameran Utama Wanita Terfavorit di Indonesia Movie Actors Awards 2017, Pemeran Utama Wanita Terbaik di Indonesia Box Office Movie Awards 2016, Pemeran Wanita Terfavorit di i- Cinema Awards 2015, Aktris Hijab Terseleb di Selebrita Awards 2015 dan banyak lagi.

Laman Sosial Laudya Chintya Bella

Trivia Menarik Laudya Chintya Bella

  1. Berketurunan Sunda, Minangkabau dan Jawa.
  2. Mula mencuri tumpuan para peminat, media dan penggiat seni selepas membintangi filem berjudul Virgin yang diterbitkan pada tahun 2004.
  3. Pernah menganggotai kumpulan nyanyian yang dikenali sebagai Bukan Bintang Biasa (BBB) dimana turut disertai Raffi Ahmad, Chelsea Olivia Wijaya, Ayushita dan Dimas Beck.
  4. Mula berhijab sepenuh selepas menjayakan filem Assalamualaikum Beijing iaitu sekitar tahun 2015.
  5. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti popular Indonesia seperti Raffi Ahmad dan Chico Jericho.
  6. Selain sinetron dan filem, Bella juga pernah berlakon di pentas teater iaitu Musikal Lutung Kasarung pada 2012 serta Pangerang Katak & Puteri Impian (2006).
  7. Wajahnya turut menghiasi video muzik artis ternama Indonesia seperti Gita Gutawa menerusi lagu Sempurna, Glenn Fredly (Salam Buat Sahabat), Supernova (Aku Jatuh Cinta), Yovie & Nuno (Inginku Bukan Hanya Jadi Temanmu) dan Jikustik (Samudera Mengering).
  8. Antara iklan-iklan komersil yang dibintanginya ialah Sunsilk, Garnier, Luwak White Koffie, Kacang Panggang Rosta Garuda dan Sophie Paris.
  9. Membuka bisnes kedai kuih dan manisan yang dinamakan sebagai Bandung Makuta Cake di Bandung.
  10. Mempunyai 17.6 juta pengikut di instagram, 5.75 juta pengikut di twitter dan lebih 700,000 pengikut di facebook miliknya.

Foto Menarik Laudya Chintya Bella

foto-cantik-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran gambar-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran gambar-selfie-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran isteri-engku-emran-Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran Laudya-Cynthia-Bella-berhijab-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran Laudya-Cynthia-Bella-300x300 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran

azlan-150x150 Kenali Laudya Chintya Bella, Aktres Popular Indonesia & Suri Hati Engku Emran

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata Laudya Chintya Bella #isteri engku emran #Kekasih Hati Engku Emran #Laudya Chintya Bella #Laudya Chintya Bella gambar #laudya chintya bella nikah #Laudya Chintya Bella profile #Laudya Chintya Bella tudung #Laudya Chintya Bella umur #laudya cynthia bella biodata #laudya cynthia bella dan engku emran #laudya cynthia bella images #laudya cynthia bella menikah #laudya cynthia bella pacar #laudya cynthia bella suami

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.