Cara Memasang Wayar Plug 3 Pin Step By Step

Cara Memasang Wayar Plug 3 Pin Step By Step

Peralatan yang diperlukan :

  • Pemukar skru
  • Playar/pemotong

Cara-cara memasang wayar plug 3 pin

  1. Tutup suis utama untuk hentikan arus elektrik dan sebagai langkah keselamatan.
  2. Buangkan penebat menggunakan playar/pemotong dihujung wayar sebanyak 3 cm, meninggalkan 3 wayar yang lebih kecil dan berwarna.
  3. Putarkan skru di tengah-tengah plug untuk membuka plug tersebut.
  4. Tanggalkan bahagian belakang plug itu.
  5. Letakkan plug tadi di atas meja, ambil wayar tadi dan jauhkan 3 wayar berwarna antara satu sama lain.
  6. Buangkan penebat di hujung ketiga-tiga wayar yang berwarna itu seperti langkah yang pertama sehingga kuprum kelihatan, buang sebanyak 0.5cm – 1cm.
  7. Letakkan ketiga wayar bewarna dalam plug dan ketatkan wayar asal itu seperti gambar di bawah.

Sambung Plug Rumah 1

  1. Buka skru diatas lubang yang bewarna kuning itu untuk membenarkan kuprum masuk dan bersentuh dengan besi.
  2. Masukkan wayar itu dengan betul mengikut kedudukan yang betul seperti gambar dibawah.

Teknik Sambungan Plug 2

  • Wayar warna Hijau untuk terminal bumi atau Earth.
  • Wayar warna Coklat untuk terminal Hidup atau Life.
  • Wayar warna Biru untuk terminal Neutral.
  • Wayar lama : Wayar Merah untuk Life, Hitam untuk Neutral dan Hijau Jalur Kuning untuk Earth.
  1. Ketatkan skru apabila sudah yakin dengan kedudukan wayar dengan betul.
  2. Tutup belakang plug 3 pin dan ketatkan semula menggunakan skru.
Loading...

Tags: #baiki kepala plug 3 pin #cara betul sambung plug 3 pin #cara memasang wayar plug 3 pin #Cara memasang wayar plug 3 pin step by step #cara pasang plug 3 pin #kedudukan wayar plu 3 pin #plug 3 pin #warna wayar plug 3 pin

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Petua Elak Mata Cepat Rabun Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia

Leave a reply "Cara Memasang Wayar Plug 3 Pin Step By Step"