5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Di samping pakaian, minyak wangi dan aksesori, kasut atau sepatu adalah item fesyen yang penting dalam melengkapkan penampilan seseorang.

Dengan rekaan terkini dan warna yang menawan hati, kasut-kasut buatan lokal atau antarabangsa ini boleh anda dapati dari harga puluhan hingga ribuan ringgit di pasaran berdekatan anda.

Paling menarik, ada yang sanggup berhabis wang ringgit dan ikat perut semata-mata ingin memiliki kasut idaman mereka tanpa mengira jantina lelaki atau wanita.

Bagi pengumpul tegar kasut di luar sana, anda perlulah rajin merawat dan menjaga koleksi kasut anda selain membelinya.

Buat tatapan para pembaca, jom intip 5 tips rawat kasut kesayangan anda supaya tidak cepat rosak seperti yang dipetik dari portal CosmoGirl Indonesia. Selamat mencuba!

1. Gilap Kasut Kulit Anda

shoe-polish-images 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Tidak dinafikan bahawa kasut kulit sentiasa ‘in’ dalam perkembangan fesyen meskipun mengalami perubahan zaman. Kebiasaannya, kasut kulit didominasikan oleh golongan Adam berbanding wanita apabila berfesyen terutamanya apabila menghadiri majlis-majlis formal atau korporat.

Buat anda yang memiliki kasut kulit yang banyak di rak kasut, jangan lupa untuk menggilapnya dengan krim khusus agar sentiasa berkilap dan terpelihara. Jika tidak dijaga dengan baik, kasut kulit anda akan mengalami perubahan warna dan cepat rosak.

2. Biarkan Kasut Anda Sentiasa Kering

keep-shoes-dry-images 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Sekiranya anda memakai kasut ketika hujan atau mendapati kasut kelihatan basah, sila pastikan anda mengeringkan kasut berkenaan terlebih dahulu seperti di bawah sinaran cahaya matahari. Keadaan basah boleh membawakan kerosakan pada kasut tersebut sehingga membuatkan kasut anda berbau busuk lebih-lebih lagi kasut jenis kulit. Ewwww!

3. Sentiasa Pakai Sarung Kaki (Stokin)

shoes-with-stockin 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Siapa sangka memakai sarung kaki atau stokin dapat mencegah kasut kesayangan kita daripada cepat rosak. Dengan memakai stokin, anda dapat melindungi kasut daripada peluh yang boleh menghakis insoles di dalam kasut tersebut. Baru tahu!

4. Bersihkan Bahagian Dalam Kasut

cleaning-inside-shoes 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Untuk menjaga kebersihan kasut, anda bukan sahaja perlu membersihkan di bahagian luar kasut semata-mata malahan di bahagian dalamnya. Perkara ini sangat penting terutamanya buat si pemakai yang memiliki masalah bau kaki. Pelbagai cara yang boleh anda cuba bagi membersihkan bahagian dalam kasut antaranya dengan penggunaan bedak anti bakteria, arang atau serbuk kopi.

5. Jangan Rendam Kasut Anda

soaking-shoes 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Tahukah anda, mencuci kasut dengan merendamkannya ke dalam air adalah satu kesalahan yang perlu dijauhi kita semua. Kasut yang direndamkan dalam air boleh memudarkan warna asal kasut kesayangan anda. Oleh itu, hindarilah langkah yang sia-sia ini.

azlan-150x150 5 Tips Rawat Kasut Kesayangan Anda Supaya Tidak Cepat Rosak!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #cara basuh kasut kulit #cara basuh kasut sukan #Cara Cuci Kasut Yang Betul #cara jaga kasut supaya tahan lama #cara menjaga kasut sukan #Cara Mudah Rawat Kasut Kesukaan Anda #jaga sepatu supaya tahan #kasut dan petua penjagaan #kasut kulit keras #kasut mengelupas #kasut tahan lama #kiwi kasut kulit #kiwi kasut kulit coklat #penjagaan kasut #petua penjagaan kasut #pewarna kasut #Tips Bersihkan Kasut Anda #Tips Rawat Kasut Supaya Kekal Bergaya #Tips Rawat Kasut Supaya Tidak Mudah Rosak #tips supaya kasut tahan lama

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.