Trivia Menarik Meghan Markle, Suri Hati Putera Harry (Putera Diraja British)

Meghan Markle, Suri Hati Putera Harry

Jika anda penggemar setia siri televisyen popular Hollywood berjudul Suits, pastinya mengenali salah seorang pelakonnya bernama Meghan Markle yang membawa watak sebagai seorang peguam bernama Rachel Zane.

Kalau nak tahu, wanita 37 tahun ini bakal bergelar suri hati kepada Putera Harry pada 19 Mei 2018 yang akan berlangsung di Istana Windsor, London.

Paling menarik, keluarga diraja British ini akan membiayai semua kos perkahwinan termasuklah majlis resepsi, bunga-bungaan dan pemuzik iringan.

Malah, berita pertunangan pasangan merpati dua sejoli ini pada November 2017 lalu heboh di seluruh dunia sehingga sensasi dan tular di laman media sosial masa kini.

Untuk info, Putera Harry adalah pewaris kelima takhta diraja British dimana merupakan anak kedua kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana serta cucu kepada Ratu Elizabeth II.

Berikut, penulis kongsikan tentang 5 trivia menarik Meghan Markle buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Bukan Perkahwinan Kali Pertama

Sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan Putera Harry, Meghan merupakan seorang isteri kepada pelakin dan penerbit terkenal antarabangsa, Trevor Engelson. Meghan dan Trevor berkahwin pada 2011 sebelum bercerai pada Ogos 2013. Untuk info, cinta Meghan dan Putera Harry berputik mekar sejak Julai 2016 lagi.

2. Mementingkan Pelajaran

Beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda dalam dua pengkhususan (major) iaitu Teater dan Pengajian Antarabangsa di Northwestern University, School of Communication, Chicago. Meghan juga turut menjalankan latihan industrinya di Kedutaan Amerika Syarikat di Buenos Aires, Argentina

3. Terjun Ke Dunia Seni Mulai 2002

Aktres ini mula mengetuk pintu industri seni hiburan antarabangsa menerusi siri televisyen pertamanya iaitu General Hospital yang ditayang sekitar 2002. Selepas itu, anak jati Los Angeles, Carlifonia, Amerika Syarikat ini muncul dalam pelbagai siri televisyen termasuklah Suits (2011-2018), CSI: Miami (2010), Fringe (2009), The War At Home (2006) dan Love, Inc (2005).

4. Aktif Dengan Aktiviti Kemasyarakatan

Meskipun sibuk dengan aktiviti seni lakonannya, Meghan juga aktif dengan program kemanusiaan dan sosialnya. Pada tahun 2017, beliau telah dipilih sebagai Duta Besar World Vision Canada iaitu organisasi yang memberi tumpuan kepada membantu kanak-kanak, keluarga dan masyarakat dalam memerangi kemiskinan dan ketidakadilan. Bukan itu sahaja, wanita ini juga adalah perunding kepada One Young World, sebuah organisasi yang menghimpunkan para pemimpin dari seluruh negara untuk mencari titik solusi kepada pelbagai masalah yang dihadapi dunia.

5. Memiliki Darah Campuran

Siapa sangka, Meghan mewarisi darah campuran Kaukasia di sebelah ayahnya (Thomas Markle) dan Afrika-Amerika di sebelah ibunya (Doria Radlan).

Biodata Ringkas Meghan Markle

Nama Penuh: Rachel Meghan Markle
Nama Komersil: Meghan Markle
Umur: 37 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 4 Ogos 1981
Zodiak: Leo
Asal: Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Kerjaya: Pelakon, Model & Aktivis Kemasyarakatan
Agama: Kristian
Warganegara: Amerika Syarikat

Siri Televisyen: Suits, Dater’s Handbook, When Spark Fly, Castle, The Boys and Girls Guide To Getting Down, Century City, The League, General Hospital, CSI: Miami, Without A Trace, Knight Rider, Fringe, The Apostle, ‘Til Dealth, Deal Or Not Deal, The War At Home dan banyak lagi.

Filem: Anti-Sosial, Random Encounters, Horrible Bosses, Dysfunctional Friends, The Candidate, Get Him To The Greek, Remember Me dan A Lot Like Love.

Laman Media Sosial Meghan Markle

azlan-150x150 Trivia Menarik Meghan Markle, Suri Hati Putera Harry (Putera Diraja British)

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Bakal Isteri Putera Harry #Biodata Meghan Markle #Kekasih Putera Harry #Kenali Meghan Markle #Meghan Markle #meghan markle dan prince harry meghan markle bio #Meghan Markle Kekasih Hati Putera Harry #meghan markle movies tv shows #Meghan Markle Pelakon Siri TV Suits #meghan markle suits #Meghan Markle Suri Hati Putera Harry #meghan markle umur #meghan markle wiki #putera harry #Siapa Meghan Markle #Trivia Meghan Markle

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Trivia Menarik Meghan Markle, Suri Hati Putera Harry (Putera Diraja British)"