5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut!

Sebutan Lucu Orang Malaysia

Dari dahulu sehingga kini, pelbagai teknologi telah dicipta untuk kesejahteraan kehidupan manusia.

Komunikasi, elektronik, pengangkutan ataupun penyiaran merupakan sebahagian daripada teknologi yang digunakan saban hari oleh masyarakat dunia.

Kebiasaannya, teknologi-teknologi seperti diatas dihasilkan oleh syarikat-syarikat berskala besar dan berkembang pesat seiring kemajuan sesebuah negara berkenaan.

Meskipun berjaya menembusi pasaran dunia, terdapat beberapa syarikat ‘raksasa’ teknologi hari ini sering kali salah dalam penyebutannya.

Kira-kira, syarikat gergasi mana yang selalu diungkap salah oleh kita semua? Nak tahu dengan lebih lanjut, jom baca artikel dibaca!

1. Samsung

Samsung Logo

Ditubuhkan pada tahun 1969, Samsung merupakan salah satu syarikat elektronik yang terbesar dan pengaruh di dunia. Selain telefon bimbit, Samsung juga mengeluarkan pelbagai barangan seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan ketuhar mikro. Walaupun jenamanya popular dikalangan masyarakat dunia, masih ada saja yang salah dalam membaca nama Samsung. Cara menyebut jenama dari Korea Selatan ini dengan betul adalah ‘Sam-Song’ bukan Sam-Sung atau Sem-Sung. Ingat!

2. Asus

Asus Logo

Para pencinta gajet di luar sana, pastinya anda mengenali jenama dari Taiwan ini. Untuk info, jenama ini dinamakan sempena empat hurut terakhir dari perkataan Pengasus iaitu kuda bersayap dimana dalam mitologi Yunani melambangkan kebijaksanaan dan pengetahuan. Kebiasaannya, Asus disebut sebagai Ass-Es. Padahal, cara sebutan yang paling betul adalah ‘Ay-Seus’. Itu adalah cara sebutan yang baharu. Sebelum ini, jenama barangan elektronik ini dibaca Ah-Seus.

3. Xiaomi

Xiaomi Logo

Xiaomi, pengeluar telefon bimbit terulung dari China dengan harga mampu milik dan dijamin berkualiti tinggi. Ramai yang masih pening untuk menyebut nama jenama yang diasaskan pada 2010 ini. Ada yang sebut Si-Ao-May, ada yang baca Ci-Ao-Mi! Sebenarnya, Xiaomi disebut sebagai ‘Si-Yao-Mi’.

4. Huawei

Huawei Logo

Banyak-banyak jenama, nama Huawei pasti dibaca dengan salah. Masih ada diantara kita menyebutnya dengan Wah-Wei, Hyu-Ah-Wei dan Hu-Ah-Wi. Realitinya, jenama berasal dari China ini disebut sebagai ‘Hu-Ah-Wei’. Barulah betul!

5. Adobe

Adobe Logo

Popular dengan Adobe Photoshop, Illustrator, Audition dan Flash Player, Adobe merupakan syarikat perisian terkenal di dunia. Sebahagian dari kita selalu menyebutnya dengan A-Dob. Sesungguhnya, jenama ini sebenarnya dibaca sebagai ‘A-Do-Bi’ iaitu huruf E di hujung perkataan Adobe tidak dibaca dan digantikan dengan huruf I.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 Jenama Terkenal Ini Sering Disalah Sebut #5 sebutan salah #cara baca dengan betul #jenama sering salah sebut #sebutan salah

Lemah Tenaga Batin, Mati Pucuk. Ini Punca & Petanda Awal Wajib Lelaki Ketahui!
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang
Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat, termasuk antaranya peraturan mengenai benda-benda
Kelebihan Menderma Darah, Ini Manfaat Yang Patut Anda Tahu!
Menderma darah adalah amalan yang mulia, ia dikira sebagai sedekah. Pernahkan anda menderma
Tips Mendapatkan Kulit Cerah & Mulus Secara Semulajadi
Kulit yang cerah dan putih sering dikaitkan dengan kecantikan. Kebanyakan orang terutamanya wanita

Comments are closed.