Ini Sebab Kenapa Perkakas Elektrik Mempunyai Fungsi Inverter Lebih Mahal!

Ini Sebab Kenapa Perkakas Elektrik Mempunyai Fungi Inverter Lebih Mahal!

Pernahkah anda mendengar istilah inverter? Inverter merupakan satu peralatan elektrik yang mengubah arus terus (DC) kepada arus ulang alik (AC). Ia berbeza dengan alternator, yang mengubah tenaga mekanikal (contohnya pergerakan) menjadi arus ulang alik.

Arus terus dicipta oleh peranti seperti bateri dan panel solar. Apabila disambungkan, inverter membolehkan peranti ini menyalurkankan kuasa elektrik untuk perkakasan elektrik dan elektronik yang digunakan dalam rumah. Inverter bertindak melalui proses pelarasan elektrik yang rumit. Dari proses ini, kuasa elektrik arus terus (AC) dihasilkan. Bentuk elektrik AC ini boleh digunakan untuk menyalakan lampu elektrik, ketuhar gelombang mikro dan berbagai lagi barangan elektrik.

Inverter biasanya juga mampu meningkatkan voltan. Untuk meningkatkan voltan, arus mesti dikurangkan. Jadi, inverter akan menggunakan banyak arus pada bahagian DC apabila hanya sejumlah kecil digunakan pada bahagian AC. Inverter dibuat dalam pelbagai saiz, terdapat dalam saiz kecil serendah 150 watt, atau saiz besar setinggi 1 megawatt (1 juta watt).

Fungsi Inverter

Fungsi inverter adalah untuk menukar kelajuan motor AC dengan menukar output frekuensi. Sesuai dengan pengertian inverter yang mengubah arus terus ( DC) menjadi arus ulang alik (AC), perubahan ini dilakukan untuk menukar kelajuan motor berarus AC dengan mengubah frekuensi outputnya sahaja. Tidak seperti softstarter yang memproses tahap voltan, inverter menggunakan kekerapan voltan output untuk menyesuaikan kelajuan motor di bawah keadaan yang ideal.

Inverter telah banyak digunakan pada bidang industri. Dimana aplikasi inverter yang sudah terpasang akan diproses secara linear, di mana parameter yang dapat diubah-ubah.

Kelebihan menukar kelajuan motor dengan inverter  :

  • Menghasilkan tork lebih besar
  • Menghasilkan kelajuan tinggi dan ketepatan tork
  • Kawalan beban(load control) menjadi dinamik untuk pelbagai aplikasi motor
  • Boleh digabungkan dengan PLC (Control Logic Programmable) untuk fungsi automasi dan pengawalseliaan
  • Menjimatkan tenaga
  • Menambah keupayaan pemantauan (monitoring capabilities)
  • Perhubungan manusia dengan mesin (antara muka/ interface) adalah lebih baik
  • Sebagai keselamatan untuk motor, enjin (beban), proses dan sebagainya.

Semakin besar kuasa motor semakin besar tork yang dihasilkan dan semakin kuat motor untuk memacu beban. Tork boleh ditambah dengan menggunakan kotak gear (cara mekanikal) dan Inverter (cara elektronik). Tork adalah daya putaran motor untuk memutar beban.

Tanpa teknologi elektronik semakin besar kuasa motor, semakin besar tork dan semakin kuat motor untuk memacu beban. Dengan adanya inverter, sekaligus penggunaan inverter mampu menjimatkan eletkrik. Meski prinsip kerja dan fungsi inverter tidak berubah sejak diciptakan, akan tetapi seiring perkembangannya, pada masa kini terdapat banyak jenis inverter dengan karakteristik dan fungsi tersendiri yang boleh ditemui.

Jenis-jenis inverter yang selalu digunakan

Berikut ini terdapat beberapa jenis inverter yang lazim digunakan :

  • Inverter Square Wave

Jenis inverter yang hasilkan arus kontennya yang sangat stabil. Namun, inverter jenis ini tidak sesuai digunakan untuk beberapa jenis mesin, seperti motor atau transformer. Inverter Square Wave merupakan salah satu jenis inventer pelopor dalam sejarah perkembangan inverter.

  • Inverter Modified Sine Wave

Inverter jenis ini menghasilkan arus yang lebih kurang sama dengan Inverter Square Wave, Cuma bezanya ia boleh menghasilkan arus yang akan menghilang beberapa saat sebelum menjadi arus positif dan negatif. Inverter jenis ini sangat ringkas dan murah, sangat sesuai digunakan untuk berbagai jenis perkakas elektronik.

  • Inverter Pure Sine Wave

Inverter jenis Pure Sine Wave ini menghasilkan gelombang sinus yang nyaris sempurna. Namun, rekabentuknyanya yang lebih rumit membuat kos yang diperlukan untuk memasangnya menjadi jauh lebih tinggi.

  • Inverter Multilevel

Inverter jenis ini berfungsi menyatukan arus dari berbagai tingkat arus terus (AC) sebagai inputnya, dan jumlah arus yang dapat diatur sesuai dengan keinginan. Kebaikan penggunaan inverter multilevel adalah menurunnya nilai daya arus dari alat elektronik dan menjimatkan.

  • Inverter Stand-alone

Inverter jenis ini sering digunakan untuk mengubah arus terus (AC) dari sumber tenaga, seperti pada panel solar atau kincir angin yang umum digunakan untuk membekalkan tenaga eletrik di rumah-rumah atau industri kecil.

Penggunaan dan aplikasi

Teknologi inverter pada masa kini sudah digunakan secara luas dalam kehidupan harian. Beberapa contoh aplikasi teknologi ini dapat dengan mudah kita jumpai di sekitar kita, contohnya seperti pada charger, Unit Uninterruptible Power Supply (UPS), jaringan elektrik, panel solar, dan masih banyak lagi. Dengan bertambahnya inovasi dan aplikasi teknologi inverter pada berbagai peralatan elektronik pada masa kini, peralatan elektronik menjadi lebih efisien terhadap penjimatan tenaga elektrik.

Loading...

Tags: #ac to dc inverter #aplikasi inverter dalam kehidupan seharian #cara jimatkan bil elektrik #elektrik dan elektronik #fungsi inverter #Fungsi Inverter Dalam Perkakas Elektrik #inverter definition #inverter mampu jimatkan elektrik #jenis-jenis inverter #kelebihan inverter #pengertian inverter #purpose of inverter #sebab kenapa perkakas elektrik ada inverter lebih mahal #teknologi inverter #types of inverter #what is a power inverter #working of inverter

10 Ciri-ciri Lelaki Yang Tidak Boleh Dijadikan Suami. Ini Fakta Perlu Wanita Ketahui!
Dalam konteks memilih pasangan yang akan membimbing dan bakal menjadi ketua keluarga, wanita
GST Dan SST, Apa Bezanya? Ini Fakta Patut Anda Tahu!
Selepas kerajaan Pakatan Harapan berjaya mengalahkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum (PRU)
Cara Menggunakan Aplikasi Grab Malaysia. Perjalanan Anda Lebih Mudah & Lancar!
Ingin ke mana-mana tanpa kenderaan sendiri atau pengangkutan awam? Kini, semuanya mudah dan
Cara Membuat Aduan Jika Ditipu Peniaga. Sebagai Pengguna, Anda Perlu Tahu!
Apa yang berlaku jika anda mendapati barang yang anda beli mengalami kerosakan dan

Comments are closed.