11 Trivia Menarik Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Menarik Sea Games 2017 KL

Pejam celik pejam celik, tinggal lebih kurang dua minggu lagi negara kita bakal menjadi tuan rumah untuk Sukan Sea 2017.

Bakal berlangsung mulai 19 hingga 30 Ogos 2017, temasya sukan dwi tahunan kali ini disertai 11 negara di rantau Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand, Myanmar dan Vietnam.

Untuk pengetahuan para pembaca, ini merupakan kali keenam negara kita menjadi tuan rumah selepas 2001, 1898, 1977, 1971 dan 1965.

Pastinya, kita sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan penganjuran kejohanan sukan terbesar di Asia Tenggara ini.

Untuk kali ini, penulis ingin berkongsi tentang 11 trivia menarik Sukan Sea 2017 buat tatapan pembaca. Check it out!

1. Seramai 871 orang atlet mewakili negara dan sebanyak 405 acara membabitkan 38 jenis sukan dipertandingkan pada kejohanan kali ini. Antaranya Olahraga, Renang, Bola Sepak, Badminton, Tinju, Boling, Memanah, Berbasikal, Kriket, Bola Keranjang, Snuker, Gimnastik, Golf dan banyak lagi.

2. Pada tahun ini, Sukan Sea mengangkat tema ‘Bangkit Bersama’ atau Rising Together dimana negara-negara Asia Tenggara pada hari ini perlu bersatu padu dan berganding bahu bagi mencapai keamanan dan kemakmuran sebagai komuniti di rantau Asia Tenggara.

3. Dilancar pada 14 November 2015, Rimau (Harimau Malaya) merupakan maskot rasmi Sukan Sea pada kali ini. Nama Rimau diambil daripada singkatan nilai-nilai terap temasya sukan iaitu R: Respect (Hormat), I: Integrity (Berwibawa), M: Move (Tangkas), A: Attitude (Bersikap Positif) dan U: Unity (Bersatu).

4. Logo Sukan Sea 2017 adalah Wau Bulan yang melambangkan kebanggaan kita semua sebagai warganegara Malaysia. Logo ini dipilih dari 174 penyertaan dalam pertandingan mencipta logo yang dianjurkan di seluruh negara.

5. Antara lokasi yang digunakan sepanjang Sukan Sea 2017 adalah Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), The Mines Resort & Goft Club, Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sunway Piramid, Taman Ekuestrian Putrajaya, Velodrom Nilai di Negeri Sembilan dan banyak lagi.

6. Paling menarik, Menteri Sukan dan Belia iaitu Khairy Jamaluddin (KJ) bakal menyertai Sukan Sea 2017 dalam acara polo berpasukan. Untuk rekod, beliau adalah menteri kerajaan pertama di rantau ini serta menteri sukan dan belia pertama Malaysia yang menyertai temasya berkenaan.

7. Selain KJ, Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin turut serta dalam temasya sukan pada tahun ini menerusi acara endurance.

8. Tiket Sukan Sea 2017 mula dijual bermula 4 Julai lalu dengan harga antara RM10.00 hingga RM20.00 yang dijual secara atas talian (online) di www.kualalumpur2017.com.my. Dimaklumkan, sebanyak 19 acara termasuk majlis perasmian dan penutup memerlukan tiket kemasukan. Antaranya bagi sukan akuatik (terjun, renang, renang berirama dan polo air), bola sepak, futsal, badminton, gimnastik, berbasikal, karate, pencak silat, taekwondo, bola jaring, ragbi, bola keranjang, sepak takraw, muay thai serta biliard dan snuker. Selebihnya boleh ditonton secara percuma.

9. Dalam memeriahkan lagi Sukan Sea 2017, pihak penganjur turut melancarkan aplikasi rasmi yang dinamakan KL2017 buat pengguna android dan IOS bagi mengikuti segala perkembangan terkini sama ada berita, foto atau video sepanjang kejohanan ini.

10. Lagu tema Sukan Sea 2017 akan dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dayang Nurfaizah manakala lagu berkenaan bakal digubah oleh komposer terkenal, Datuk Ramli MS. Liriknya pula dibuka kepada rakyat Malaysia untuk menyumbang idea bagi menulis lirik untuk kejohanan kali ini. Nak tahu bagaimana hasil lagunya, tunggu majlis perasmian Sukan Sea 2017 nanti.

11. Seramai 13,000 sukarelawan yang dikenali sebagai Wow Factor digunakan sepanjang temasya ini berlangsung. Mereka memainkan peranan dalam melicinkan pengurusan dan perjalanan Sukan Sea 2017.

azlan-150x150 11 Trivia Menarik Sukan Sea Kuala Lumpur 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Fakta Menarik Sukan Sea 2017 #kuala lumpur 2017 sea games #menarik sukan sea 2017 #Sukan SEA 2017 #Sukan SEA 2017 Di Malaysia #Trivia Menarik Sukan SEA 2017

Tragedi Nakba 1948 : Pembetukan Negara Haram Israel
Nakba (malapetaka atau tragedi dalam bahasa Arab) merujuk kepada peristiwa yang berlaku pada
Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
Negara Mana Miliki Kapal Pengangkut Pesawat @ Aircraft Carrier?
Sesetengah negara mempunyai kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) sebagai sebahagian daripada kekuatan tentera
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi

Comments are closed.