Cara Kesan Madu Tiruan Dipasaran


Kajian untuk mengenalpasti keaslian madu lebah di pasaran telahpun dijalankan oleh Dr Wan Iryani, seorang pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kajian meliputi sebanyak 200 hingga 300 sampel madu yang diambil di pasaran di seluruh Malaysia. Daripada jumlah sampel tersebut, didapati 80% hingga 90% adalah bukan madu asli. Sama ada madu asli yang dicampurkan dengan benda lain atau 100% dibuat secara sintetik. Iaitu menghasilkan madu daripada campuran bahan-bahan lain untuk menghasilkan madu.

Antara eksperimen yang dijalankan oleh beliau untuk menentukan keaslian madu ialah seperti berikut;

Eksperimen Pertama:

Madu dialirkan ke dalam air dengan sudu. Pemerhatian ke atas cara madu itu mengalir, sama ada madu itu terpisah atau tidak daripada bentuk asal. Biasanya, cara ini banyak dilakukan oleh orang ramai untuk membezakan madu asli dan madu tiruan. Hasilnya, tiada perbezaan dikenalpasti. Ini menunjukkan eksperimen ini tidak boleh digunakan.

Eksperimen Kedua:

Beberapa sampel madu dialirkan ke atas tisu. Keputusannya, kedua-dua madu boleh diserap dengan tisu tapi madu asli lebih cepat menyerap berbanding madu tiruan.

Eksperimen Ketiga:

Iaitu ujian pembakaran. Segumpal kapas dicelupkan ke dalam sampel madu berlainan dan dibakar. Keputusannya ialah kedua-dua madu itu tidak boleh dibakar, tiada perbezaan langsung dapat dilihat antara madu asli dan madu tiruan.

Kenyataan tidak benar berkenaan ujian ke atas madu

Madu asli tidak membeku atau tidak mengeras apabila disejukkan adalah tidak tepat, kerana madu asli juga boleh membeku apabila disejukkan.

Kaedah menguji keaslian madu di makmal

Untuk menguji keaslian madu dengan tepat, mesin HPLC (High Performance Liquid Chromatography) digunakan untuk mengenalpasti kandungan bahan tersebut sama ada asli atau tiruan. Madu asli mempunyai kandungan komponen yang banyak berbanding madu tiruan.

Walaupun peralatan tersebut boleh mengenalpasti dengan tepat antara madu asli dan madu tiruan, ia tidak mungkin dimiliki oleh isi rumah untuk mengujinya sendiri di rumah. Oleh yang demikian, kita amat mudah terdedah dengan penipuan produk madu lebah ini. Adalah lebih baik mendapatkan produk madu lebah dari sumber yang dipercayai atau yang kita kenal. Itu yang terbaik.

logo-150x150 Cara Kesan Madu Tiruan Dipasaran

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Kesan Madu Tiruan Dipasaran

Loading...

Tags: #beza madu asli dan tak asli #cara cek madu asli atau tidak #cara kesan madu tiruan #ciri ciri madu asli tanpa campuran #kajian pasal madu #khasiat #madu asli dan madu tiruan #madu asli vs madu tiruan #madu lebah #madu tiruan dan madu asli #Perbezaan Madu Asli Dan Tiruan #teknik kesan madu lebah tak asli

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis

Leave a reply "Cara Kesan Madu Tiruan Dipasaran"