Cara Memujuk Suami Atau Pasangan Supaya Segera Berhenti Merokok!

Cara Memujuk Suami Atau Pasangan Supaya Segera Berhenti Merokok!

Merokok bukanlah gaya hidup yang sihat. Namun untuk menasihati seseorang yang merokok untuk menghentikan tabiat merokok bukanlah satu perkara yang senang. Terdapat perokok dalam kalangan lelaki dan perempuan, tetapi angka perokok aktif didominasi oleh lelaki.

Adakah suami atau pasangan anda seorang perokok? Sebagai seorang isteri yang baik, tentunya anda ingin membantu suami menjalani hidup yang lebih sihat tanpa rokok. Berikut adalah beberapa tips untuk memujuk suami atau pasangan anda supaya berhenti merokok.

  1. Berbincang dengan pasangan setiap hari

Berbicanglah dengan suami atau pasangan anda setiap hari. Buat anggaran perbelanjaan keluarga anda, masukkan harga rokok sekali dalam bil perbelanjaan keluarga anda. Tunjukkan kira-kira kepada suami anda. Guna pendekatan psikologi setiap hari dengan memuji suami anda jika dia berhenti merokok dan berikan sesuatu sebagai ganjaran. Cari satu kelemahan dalam diri suami anda yang boleh buat dia cair dengan psikologi perbualan anda.

  1. Pujuk pasangan dengan lembut agar dia berhenti merokok demi keluarga

Lakukan beberapa pengamatan dan persiapkan diri anda dengan fakta-fakta tentang rokok. Bercerita tentang masa depan, kesan buruk merokok kepada perkembangan otak anak-anak misalnya dan banyak lagi. Kalau anda sedang hamil, pujuk suami untuk berhenti demi bayi yang dikandung. Bayi terdedah kepada kelahiran pramatang, kerosakan otak dan kecacatan saraf tunjang jika isteri menjadi perokok pasif yang terdedah pada asap rokok.

  1. Elakkan perdebatan dan simpan emosi

Jangan biarkan isu berhenti merokok ini menjadi isu perdebatan antara anda dan pasangan. Anda tidak akan berjaya memujuknya jika dia melihat nasihat anda sebagai bebelan. Suarakan keprihatinan anda dan tunjukkan bahwa anda sedih dengan ketagihan yang dialami suami anda. Tapi, cubalah untuk tidak mengekspresikan kemarahan pada seluruh perkataan anda.

  1. Mulakan dengan mengurangi

Untuk berhenti merokok serta merta adalah perkara yang sukar bagi perokok tegar. Ketagihan terhadap nikotin bukanlah perkara yang senang untuk ditangani oleh badan dan otak. Cara yang betul adalah mengurangkan dos nikotin dengan mengurangkan kekerapan merokok. Sarankan pasangan anda untuk mengurangi jumlah rokok yang dihisap setiap hari. Jadi, biarkan pasangan anda mengurangkan kuantiti rokok sedikit demi sedikit hingga dia dapat bebas dari rokok sepenuhnya.

  1. Buat senarai pro dan kontra

Bantulah pasangan anda untuk membuat senarai mengapa dia memilih untuk merokok serta manfaat dari berhenti merokok. Hal ini dapat membantu pasangan anda jelas dengan objektif dan motivasinya sekaligus membantunya untuk berhenti merokok.

  1. Beri sokongan moral

Sokongan moral daripada isteri memang penting. Alihkan perhatian dia bila dia mula rasa hendak merokok. Bersabarlah dengan karenah suami semasa fasa berhenti merokok. Ingatlah untuk tidak membiarkan dia menyerah pada dirinya sendiri dan biarkan dia tahu bahawa meskipun dia pernah gagal dalam cubaan untuk berhenti sebelumnya, kali ini dia akan berjaya. Perokok sering kali mencuba lebih dari sekali sebelum dia berjaya berhenti sepenuhnya. Mungkin suami akan cepat marah dan ada juga yang menggigil sejuk seperti hendak demam. Oleh itu, jagalah pasangan anda sebaik mungkin.

  1. Tanya apa yang pasangan anda inginkan

Jangan lupa untuk bertanya apa yang pasangan anda inginkan dari anda untuk membantunya berhenti merokok. Setiap orang bereaksi pada situasi stres dengan cara yang berbeza, jadi jangan beranggapan bahawa anda memegang seluruh jawapan yang terbaik untuk melayani keinginannya.

  1. Pastikan pasangan sentiasa bersenam

Senaman memang baik untuk kesihatan keluarga. Galakkan pasangan anda bersenam tiga kali seminggu atau lagi baik setiap hari. Ada juga isteri yang sudah berkahwin tidak membenarkan suami keluar bermain futsal dan sebagainya. Terangkan kepada suami tentang kebaikan bersenam. Hentikan tabiat suka merokok suami anda dengan mengisi semua masa lapang suami agar dia rasa dihargai dan anda bersungguh-sungguh dengan permintaan anda mahukan suami berhenti merokok serta suami bebas rokok.

  1. Beri pujian dan hadiah

Bantulah  suami anda mengekang keinginannya untuk merokok dengan memberikan pujian dan hadiah atas usahanya itu. Pertimbangkan untuk membuat kalendar peribadi untuk membantunya mencatat jumlah hari dan tempoh masa dia bebas dari asap rokok. Berikan hadiah dan sebagainya apabila pasangan anda telah memenuhi target atau tempoh tertentu untuk melonjakkan semangatnya dan membuatkan dia merasakan anda benar-benar menghargai usahanya berhenti merokok.

  1. Jangan mengkritik

Hindarilah kritikan. American Cancer Society menyarankan anda untuk tidak menghakimi, mengkritik, atau menghukum seseorang perokok yang dapat membuat perokok berasa buruk akan diri mereka sendiri.  Jika Anda mengkritik pasangan anda, sama ada menyindir atau berkata sinis, maka pasangan anda akan berfikir bahawa  dia memerlukan rokok untuk membuat dirinya berasa lebih baik.

Loading...

Tags: #akibat berhenti merokok secara mendadak #berhenti merokok jadi sering sakit #cara baru berhenti merokok #cara berhenti merokok bagi perokok berat #cara memujuk pasangan berhenti merokok #cara memujuk suami berhenti merokok #dada sakit setelah berhenti merokok #efek setelah berhenti merokok #kesan berhenti merokok secara mengejut #langkah berhenti merokok untuk suami #lelaki merokok #pasangan merokok #perokok aktif #suami yang merokok #tabiat merokok suami #tips agar suami berhenti merokok #ubat berhenti merokok

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.