5 Trivia Menarik Syura, Bintang Gegar Vaganza 4

Biodata Syura, Bintang Gegar Vaganza 4

Nama Zuraidah Badron atau lebih dikenali sebagai Syura tidak asing lagi di persada seni hiburan negara lebih-lebih lagi buat generasi yang lahir pada era 80-an dan 90-an.

Mula menguak pintu industri sekitar tahun 2000, anak kelahiran Johor ini merupakan salah satu penyanyi remaja yang diminati ramai dan mendaki puncak populariti pada ketika itu selain Siti Nordiana, Elyana dan Achik Spin di bawah label pengurusan FMC Music.

Meskipun jiwanya ke arah pop etnik, figura cantik ini turut menyanyikan lagu-lagu berentak pop dan balada.

Antara lagu hitnya adalah Nazam Berkasih, Bakawali, Kasih Tak Terjamah dan Candak.

Setelah lama menyepikan diri, ibu tunggal ini muncul kembali dengan menyertai program realiti hiburan, Gegar Vaganza (GV) 4 bersama-sama 11 bintang yang lain.

Berikut, penulis kongsikan 5 trivia menarik tentang Syura buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Miliki 7 Buah Album

Sepanjang bergelar seorang penyanyi, Syura telah merakamkan 7 buah album iaitu Aroma (2000), Firus (2001), Senandung Melayu (2002), Aruda (2003), Balaghah (2004), Syahda Berdendang (2006) dan Khazanah Pujangga (2008). Malah, beliau turut mengeluarkan satu album mini iaitu Simbolik Cinta yang mengandungi 2 buah lagu pada 2014.

2. Kahwin Dengan Sepupu Sendiri

Syura menamatkan zaman solonya dengan sepupunya sendiri iaitu Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006 sebelum bercerai buat kali kedua pada 2015. Terdahulu, pasangan ini pernah bercerai pada 29 September 2014 dan kembali rujuk pada 10 November tahun sama. Hasil perkahwinan berkenaan, Syura dan bekas suami dikurniakan tiga orang cahaya mata bernama Nurul Dania Irdani (10 tahun) Nurul Qaisara Sofia (8 tahun) dan Muhammad Irfan Aryan (6 tahun).

3. Berbakat Di Dunia Lakonan

Selain aktif menyanyi, Syura turut melebarkan sayapnya di dalam dunia lakonan seperti kawan baiknya, Siti Nordiana. Antara telefilem yang dibintanginya adalah Helah, Pelakon Popular, Aku Kaya dan Wad 04.

4. Juara Program Masakan

Syura pernah menyertai salah satu program realiti masakan iaitu MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua sekitar 2013 bersama beberapa selebriti terkenal tanah air seperti Rozita Che Wan (Che Ta), Datuk Aznil Nawawi (Paknil), Michael Ang, Enot dan Zain Saidin. Paling menarik, figura ini dinobatkan sebagai juara program berkenaan dimana menerima wang tunai bernilai RM60,500 yang telah disumbangkan kepada badan kebajikan yang diwakilinya iaitu Breast Cancer Welfare Association of Federal Territory.

5. Lulusan Diploma Bidang Kulinari

Selepas tamat program MasterChef Selebriti Malaysia, Syura ditawarkan melanjutkan pengajian diploma dalam bidang kulinari secara percuma selama dua tahun di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Kelana Jaya. Beliau juga diangkat sebagai duta universiti berkenaan bersama Najwa Latif. Figura ini pernah mendapat peluang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dalam jurusan muzik ketika berusia 18 tahun namun terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana mengalami masalah keluarga dan ingin menjadi seorang penyanyi.

Biodata Ringkas Syura

Nama Penuh: Zuraidah Badron
Nama Komersil: Syura
Umur: 31 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 6 Oktober 1986
Zodiak: Libra
Asal: Johor Bahru, Johor
Adik Beradik: Anak keenam daripada sembilan beradik
Kerjaya: Penyanyi, Pelakon & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Syura Rangers Club

Lagu/Single: Nazam Berkasih, Kasih Tak Terjamah, Bakawali (duet bersama Siti Nordiana), Tenung-Tenung Renung-Renung (duet bersama M. Daud Kilau), Ghazal Perindu (duet bersama Jay Jay, Dejavu, Pujangga Merindu, Ajari Aku Cinta, Gantung, Panahan Asmara, Joget Gadis Melayu, Habib Ya Habib, Nafas Pesona, Usah Kau Pergi, Habibab Maisara (duet bersama Siti Nordiana), Jiwa Terseksa Menahan Rindu, Rindu Ini Kesakitan, Zapin Merajuk Hati, Lafas Asmara dan banyak lagi.

Anugerah & Pencapaian:

  • Juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua.
  • Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2006 menerusi album Syahda Berdendang.
  • Tempat keempat program Super Karoks Kool.FM dibawah kumpulan Gitewlaa bersama-sama Bob Yusof.
  • Juara Pertandingan Nyanyi Lagu Asli Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Johor sebanyak 5 kali.

Laman Media Sosial Syura

azlan-150x150 5 Trivia Menarik Syura, Bintang Gegar Vaganza 4

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Ringkas Syura #Biodata Syura #Biodata Syura Gegar Vaganza 2017 #biodata syura gv4 #Kenali Syura #lagu syura #penyanyi syura #Profil Syura Badron #syura #Syura Badron #syura bercerai talak 2 #Syura Bintang Gegar Vaganza 4 #syura biodata #syura instagram #syura kahwin #Syura Peserta GV4 #syura songs #Trivia Menarik Syura #zuraidah badron

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.