Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4

Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4

Lagu seperti Niat, Tak Tercapai Akalmu, Pakai Kanta Cinta, Kalis Rindu dan Bukannya Satelit merupakan antara untaian hits buat penyanyi bernama Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana.

Mula mengetuk pintu industri seni suara sejak berusia 14 tahun, nama penyanyi ini mula meledak dan mendaki tangga populariti dengan pantas.

Selain lagu-lagu berhantunya, gaya dan fesyen anak kelahiran Selangor ini menjadi ikutan para remaja dan peminat pada ketika itu.

Tidak mahu kekal di zon selesa, figura cantik menawan ini mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan serta menjayakan beberapa drama dan telefilem seperti Dunia Baru, Kamelia Katrina, Renjis dan Keluarga Karaoke.

Selepas berkahwin, Elyana memilih untuk memperlahankan aktiviti seninya demi menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan keluarganya.

Setelah 7 tahun berehat dari lapangan nyanyian dan lakonan, insan seni ini kembali semula untuk menghangatkan lagi industri seni hiburan tanah air.

Terbaharu, Elyana bersama-sama 11 peserta lain bakal berentap di program realiti nyanyian, Gegar Vaganza (GV) 4 yang akan bersiaran mulai 29 Oktober ini menerusi saluran Astro Ria 104 setiap Ahad pada pukul 9.00 malam.

Berikut, penulis kongsikan ringkasan biodata dan trivia menarik Elyana buat tatapan para pembaca. Take a look!

Biodata Ringkas Elyana

Nama Penuh: Erneelya Elyana Emrizal
Nama Komersil: Elyana
Umur: 30 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 5 Julai 1987
Zodiak: Cancer
Asal: Shah Alam, Selangor
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Ikhlas Dalam Resah, Niat, Kalis Rindu, Tak Tercapai Akalmu, Missed Calls, Cinta Remaja (berduet bersama kumpulan Antz), Diriku Tapak Sulaiman, Pakai Kanta Cinta, Kau Dan Aku, Bukannya Satelit, Cahaya Gelita, Sewaktu Dulu-Dulu, Rela, Sandiwara, Pulang Menjadi Milikku, Ironi, Hasrat, Molek, Syukur Ku Sedar, Katakan, Sungguh dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Dunia Baru 1, Dunia Baru 2, Dunia Baru 3, Renjis 1, Renjis 2, Kamelia Katrina, Susuk, Keluarga Karaoke, Seriau, Sepai Tajul Muluk, Sabrina dan banyak lagi.

Filem: Gong, Dunia Baru The Movie, Dukun dan Hooperz.

Laman Media Sosial Elyana

Trivia Menarik Tentang Elyana

  • Terkenal dengan imej gothic dan berkaki ayam terutamanya apabila membuat persembahan di pentas atau menghadiri majlis anugerah.
  • Masih lagi bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Fantasia Music City (FMC) sejak 2001.
  • Sepanjang bergelar seorang penyanyi, Elyana merakamkan empat buah album studio iaitu Satu pada 2002, Segalanya (2003), Bicara Mata Ini (2005) dan Jadi Diriku (2007). Di samping itu, Elyana turut mengeluarkan dua album kompilasi.
  • Peminat setia penyanyi popular rock Kanada, Avril Lavigne yang turut memberikan inspirasi kepadanya untuk menyanyikan lagu-lagu berirama pop rock.
  • Niat yang diterbitkan pada tahun 2001 adalah lagu pertama memperkenalkan nama Elyana di dunia seni suara.
  • Watak Opie dalam drama bersiri komedi, Dunia Baru sedikit sebanyak mengangkat nama Elyana di pentas lakonan.
  • Pernah menjadi duta kepada Converse pada tahun 2003, 2004 dan 2008.
  • Mendirikan rumah tangga ketika usia 23 tahun bersama pemuda pilihan hati bernama Khairul Anuar Hussin pada November 2010.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Elyana dan pasangannya dianugerahkan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cinta Sumaiyyah yang kini berusia 6 tahun.
  • Elyana dinobatkan juara program Super Karoks Kool.FM menerusi kumpulan Hey Ladies bersama-sama Intan Sarafina.
  • Mempunyai lebih 300,000 pengikut di Instagram miliknya.

Foto Menarik Elyana

elyana-penyanyi-2017-300x300 Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4 foto-elyana-peserta-gegar-vaganza-4-300x300 Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4 gambar-elyana-berhijab-300x300 Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4 wajah-Elyana-GV4-300x300 Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4

azlan-150x150 Kenali Elyana, Dari Penyanyi Remaja Ke Bintang Gegar Vaganza 4

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Elyana #Elyana #elyana 2017 #elyana bercerai #Elyana Bintang Gegar Vaganza 4 #Elyana Bintang GV2017 #elyana biodata #elyana dan suami #elyana dan suami bercerai #elyana dunia baru #Elyana GV4 #Elyana Kalis Rindu #elyana mengidap kanser #elyana songs #elyana suami #Elyana Tak Tercapai Akalmu #Kenali Elyana #perkembangan elyana #Profil Elyana #Trivia Menarik Tentang Elyana

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.