Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali

Biodata Shaa Darulaman Buskers DB

“Pertama kali ku kenalkan dirimu,
Betapa indahnya bila kau senyum,
Pertama kali ku rapat denganmu,
Baruku tahu kau amat bermakna padaku”

Mungkin anda baru pertama kali mendengar bait-bait lirik lagu tersebut tidak kira di corong-corong radio tempatan mahupun di laman perkongsian video, Youtube.

Pasti anda akan tertanya-tanya, siapa akan gerangan pelantun asal lagu tersebut? Dari Malaysiakah beliau dan apakah nama lengkapnya.

Bait-bait lirik di atas merupakan intro bagi lagu single berjudul Pertama Kali dendangan Shaa yang merupakan pendatang baru dalam industri musik tanah air.

Sejak single tersebut kerap kali diputarkan di radio, lagu berkenaan semakin mendapat perhatian dan tempat di hati bukan sahaja daripada peminat di Malaysia, bahkan diterima umum di Singapura dan Brunei.

Lagu yang boleh dikatakan menjadi siulan dan hits pada masa kini itu dicipta sendiri oleh figura berbadan kecil molek dan berambut pendek, Shaa ketika dia berusia 15 tahun lagi.

Berikut merupakan biodata ringkas anak jati kelahiran Kuala Kedah itu. Jom kita berkenalan dengannya.

Biodata Shaa, Darulaman Buskers

Nama Penuh: Juzratul Nisha Johari
Nama Komersil: Shaa
Tarikh Lahir: 1995
Umur: 22 Tahun (2017)
Asal: Kuala Kedah, Kedah
Keluarga: Anak bongsu daripada enam beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi
Single: Pertama Kali

Laman Sosial Shaa

Fakta Menarik Mengenai Shaa

  • Merupakan vokalis utama kumpulan Darulaman Buskers yang cukup terkenal di negeri Kedah.
  • Videonya ketika menyanyikan lagu Ziana Zain berjudul Putus Terpaksa pernah viral di media-media sosial sehingga membuatkan netizen lebih mengenalinya.
  • Ekoran daripada sambutan hangat video tersebut, pintu rezekinya semakin terbuka setelah dilamar komposer terkenal, Eddie Hamid untuk bernaung menjadi artis rakaman di bawah label Nova Music Malaysia.
  • Video muzik Pertama Kali dimuat naik di YouTube pada 7 April 2017 dan telah ditonton lebih daripada sejuta tontonan.
  • Menjadikan Ziana Zain sebagai idolanya.
  • Minat berniaga dan sering membantu ibunya di gerai menjual laksa, ayam percik dan cucur udang berhadapan Mydin Kuala Kedah.
  • Shaa dan Darulaman Buskers sering mengadakan persembahan jalanan atau busking di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah.
  • Mempunyai hampir 10,000 pengikut di laman Instagram miliknya.

Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Pertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padaku

Aku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti

Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan ku

Waktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh
Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu

Betapa Indahnya
Bila Kau senyum
Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamu

Pertama Kali
Ku Dilukai

Gambar Menarik Shaa DB

gaya-sha-DB-pertama-kali-e1502479254749-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kalipenyanyi-pertama-kali-Shaa-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama KaliPertama-Kali-Shaa-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kalirayban-shaa-darulaman-busker-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama KaliSha-pertama-kali-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama KaliShaa-darulaman-busker-e1502479269571-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali Single-baru-pertama-kali-e1502479293597-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kaliwajah-shaa-DB-senyum-e1502479307469-300x300 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali

a63430bc-6f68-4460-a663-b092fe992402-150x150 Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali

Sairul Zamri Misrani

Seorang wartawan muda yang sangat suka melancong dan mengembara ke tempat-tempat baharu. Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di salah sebuah akhbar berbahasa Melayu terkemuka negara hinggalah ke saat ini.

More Posts

Follow Me:
facebook Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali

Loading...

Tags: #biodata shaa pertama kali #darulaman buskers #foto penyanyi lagu pertama kali #gambar shaa #Juzratul Nisha Johari #lagu pertama kali #lirik pertama kali shaa #pertama kali #pertama kali nisha #pertama kali shaa song #Shaa #shaa biodata #shaa DB #shaa pertama kali biodata

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Shaa, Darulaman Buskers Penyanyi Lagu Berjudul Pertama Kali"