Nikmati 5 Snek Lazat Sihat Ini Jika Lapar Di Tengah Malam

5 Makanan Tahan Lapar Waktu Malam

Lapar di tengah malam merupakan perkara biasa yang terjadi kepada semua orang termasuklah yang sedang berdiet untuk menurunkan berat badan.

Dengan memakan makanan yang tidak sihat dan seimbang, pastinya mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan tubuh badan kita.

Jangan khuwatir, penulis ingin berkongsi mengenai lima snek lazat yang boleh dinikmati anda jika lapar di tengah malam.

1. Yogurt

Kaya dengan pelbagai zat seperti protein, vitamin dan kalsium, Yogurt merupakan makanan yang dihasilkan daripada penapaian susu dari bakteria yang dikenali sebagai kultur yogurt.

Selain menyihatkan dan mengenyangkan, yogurt boleh dinikmati dalam keadaan dingin sebagai minuman atau dicampur dengan buah-buahan segar seperti strawberry atau pisang.

Yogurt bukan sahaja meningkatkan kesihatan organ percernaan malahan efektif dalam menurunkan nafsu makan. Oleh itu, yogurt sangat sesuai dijadikan makanan untuk orang yang sedang berdiet.

2. Roti Gandum

Tahukah anda, dengan hanya memakan sepotong sandwic dari roti gandum bersama salad segar dan tomato mampu memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama.

Roti gandum boleh dijadikan sebagai makanan pilihan anda terutamanya jika lapar di tengah makan. Ini kerana, roti gandum mengandungi rendah lemak, kalori dan gula berbanding roti-roti yang lain.

Di samping dapat menurunkan kolesterol dan melancarkan sistem percernaan, roti gandum ini membuatkan anda lebih cepat kenyang dan tidak mudah merasa lapar.

3. Buah-buahan

Tidak dinafikan, buah-buahan menjadi kegemaran kita semua terutamanya buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, tembikai dan sebagainya.

Jika anda berasa lapar di tengah malam, apakata gantikan makanan ringan yang tidak berkhasiat dengan memakan buah-buahan seperti pisang, epal, anggur ataupun avokado.

Semua orang tahu, buah-buah kaya dengan pelbagai vitamin, minerat dan serat yang berperanan dalam meningkatkan metabolisma badan dan mengurangkan risiko penyakit berbahaya.

4. Kekacang

Untuk info, kekacang merupakan snek yang terbaik dalam menurunkan berat badan dimana memgandungi pelbagai khasiat yang penting untuk tubuh badan kita semua.

Menariknya, ramai selebriti tempatan dan antarabangsa memakan kekacang sebagai snek untuk diet dan mengelakkan dari kelaparan di waktu tengah malam.

Sebagai contoh, kacang Almond dapat membekalkan sumber tenaga dan menyeimbangkan kadar gula dalam tubuh badan kita.

5. Bertih Jagung

Bertih Jagung atau Pop Corn adalah makanan ringan kesukaan ramai termasuklah kanak-kanak.

Snek ini merupakan makanan ringan yang berkhasiat kerana bebas gula, lemak dan rendah kalori. Bagi yang berdiet, bertih jagung yang kosong sangat sesuai untuk anda berbanding yang disalut karamel jika lapar di tengah malam.

azlan-150x150 Nikmati 5 Snek Lazat Sihat Ini Jika Lapar Di Tengah Malam

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #5 makanan tahan lapar waktu malam #pilihan makanan waktu malam yang sihat #Snek Lazat Jika Lapar Di Tengah Malam

Cara Rawatan Awal Gatal-gatal Pada Kulit
Gatal kulit boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk tindak balas alahan, kulit kering,
Penyakit TB : Cara Tersebar Penyakit Tuberkulosis (TB) Gejala dan Pencegahan
Tuberkulosis (TB) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis. Penyakit ini
Vaksinasi Hepatitis B : Adakah Ia Perlu?
Vaksin hepatitis B adalah cara yang paling berkesan untuk mencegah jangkitan virus hepatitis
Hepatitis B @ Bengkak Hati : Punca dan Cara Menghindari serta Kaedah Rawatan Pesakit Hepatitis B
Hepatitis B adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV). Virus

Leave a reply "Nikmati 5 Snek Lazat Sihat Ini Jika Lapar Di Tengah Malam"