Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016

Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016

Pernah bergandingan dengan Syukri Yahaya dalam drama 7 Hari Mencintaimu di slot Akasia TV3, Jaja Iliyes atau nama sebenarnya Siti Hajar Iliyes merupakan finalis Drama Festival Kuala Lumpur 2016. Jaja merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik dan berasal dari Segamat, Johor. Selain itu, Jaja juga merupakan graduan Diploma Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Pelakon berusia 23 tahun ini memulakan kerjaya beliau melalui uji bakat yang diadakan semasa Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 apabila sahabatnya mengajak beliau menyertai uji bakat tersebut. Selepas beliau berjaya dalam pertandingan tersebut, banyak tawaran lakonan mula diterima.

Beliau memulakan telefilem pertama beliau dalam Seutas Gelang Emas dan sebagai watak pembantu dalam Cikgu Dina Pakai Prada dan beberapa buah drama seperti 7 Hari Mencintaiku dan Meh Sandar Pada Aku. Selepas kejayaan drama lakonan beliau seperti drama Meh Sandar Pada Aku yang mula ditayangkan di TV3, Jaja mula mendapat tumpuan para peminat drama di Malaysia. Mari kita kenali Jaja Iliyes secara ringkas.

Biodata Jaja Iliyes

Nama penuh : Siti Hajar Iliyes

Nama pentas : Jaja Illiyes

Asal :  Segamat, Johor

Tarikh lahir : 3 Ogos 1995

Umur : 23 tahun (2018)

Agama : Islam

Bangsa : Melayu

Ketinggian : 158 cm

Kerjaya : pelakon dan model

Tahun aktif : 2016 – kini

Drama : 7 Hari Mencintaiku, Meh sandar Pada Aku, Ops Cinta Din Sardin, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Teratai Kemboja, Cinta Hati Batu, Papa Nak Menantu, Mr. Hot Guy

Telefilem : Seutas Gelang Emas, Cikgu Dina Pakai Prada, Kung Fu Kaw, Awak Kat Mana, Kerongsang

Facebook : https://www.facebook.com/jajailiyesdfkl

Instagram : https://www.instagram.com/jajailiyes

Twitter : https://twitter.com/jajailiyes95

Gambar Menarik Jaja Iliyes

Jaja-Iliyes-pakai-cap-300x300 Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016 biodata-Jaja-Iliyes-300x300 Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016 Gambar-Menarik-Jaja-Iliyes-300x300 Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016 Gambar-Jaja-Iliyes-Bertudung-cantik-300x300 Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016

IMG_20171206_114610-150x150 Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016

A. Manaf Mohammad

More Posts

Loading...

Tags: #biodata Jaja Iliyes #gambar Jaja Iliyes #Jaja Iliyes #Pelakon Kelahiran DFKL 2016 #siapa Siti Hajar Iliyes #Siti Hajar Iliyes

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Jaja Iliyes, Pelakon Kelahiran DFKL 2016"