Resepi Ayam Goreng Serai

Ayam Goreng Berempah Serai

Resepi Ayam Goreng Serai

Bahan-bahan :

  • 6 ketul paha ayam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 100 ml santan pekat
  • 1 sudu teh asam jawa + 4 sudu makan air
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan kisar halus :

  • 5 biji cili merah besar
  • 6 biji cili padi
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai (ambil bahagian putih)
  • 2 cm lengkuas
  • 2 cm kunyit

Cara memasak:

  1. Campurkan ayam dengan garam, serbuk kunyit hingga sebati. Biarkan selama 15 minit.
  2. Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan toskan.
  3. Tumiskan bahan kisar halus bersama serai yang diketuk sehingga naik bau.
  4. Masukkan ayam, kacau hingga rata kemudian masukkan santan. Kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, masak dengan api sederhana sehingga bahan tumis masak sebati dan air mengering sedikit.
  6. Selepas ayam sudah masak, bolehlah angkat dan hidangkan panas-panas.
logo-150x150 Resepi Ayam Goreng Serai

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Resepi Ayam Goreng Serai

Loading...

Tags: #ayam goreng berempah #ayam goreng nasi lemak #cara buat Ayam Goreng Serai #cara masak Ayam Goreng Serai #menu Ayam Goreng Serai #Resepi Ayam Goreng Serai

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai

Leave a reply "Resepi Ayam Goreng Serai"