Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood

Di era modenisasi ini, pelbagai langkah diambil oleh para selebriti dunia untuk mengeratkan lagi hubungan mereka dengan para peminat masing-masing.

Salah satunya adalah dengan mewujudkan aplikasi tersendiri yang menyediakan kandungan seperti ruangan chatting, permainan, berita terkini atau foto-foto terbaharu yang boleh dimuat turun oleh sesiapa sahaja secara percuma atau berbayar.

Berikut, penulis kongsikan dengan anda mengenai 6 selebriti wanita Hollywood ini yang memiliki aplikasi tersendiri buat para penggemarnya. Check it out!

1. Taylor Swift

Taylor-Swift-apps Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Pada 15 Disember lalu, penyanyi lagu Blank Space dan Shake It Of ini melancarkan aplikasinya yang dikenali sebagai The Swift Life buat para penggemar setianya iaitu Swifties. Dalam aplikasi ini, para peminat Taylor Swift boleh berinteraksi antara satu sama lain dengan berkongsi pelbagai gambar, video dan berita terkini mengenai bekas kekasih Harry Styles berkenaan. Paling menarik, aplikasi ini turut menyediakan Taymojis dengan wajah penyanyi popular tersebut.

2. Kim Kardashian

Kim-Kardashian Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Tidak mahu ketinggalan, bintang program realiti televisyen The Kardashians iaitu Kim Kardashian juga mempunyai aplikasinya bernama Kim Kardashian Official App. Untuk menggunakannya, anda diminta untuk melanggan aplikasi ini terlebih dahulu dengan bayaran $3 sebulan. Menerusi aplikasi ini, anda boleh belajar cara-cara tutorial solekan dan dandanan yang seringkali dikenakan oleh figura seksi berkenaan.

3. Britney Spears

Britney-Spears Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Tidak seperti yang lain, Britney Spears menyediakan aplikasi permainannya sendiri buat para peminatnya. Digelarkan sebagai American Dream, para peminat yang menggunakan akan menjadi seorang calon bintang pop. Dalam permainan ini, anda akan bertemu dengan Spears untuk berunding kemudian perlu berhadapan dengan beberapa paparazi mengenai pelbagai khabar angin anda di media sosial. Malah, anda juga perlu membuat sebuah lagu/single jika bermain aplikasi ini.

4. Kylie Jenner

Kylie-Jenner Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Selain kakaknya, Kylie Jenner ini juga memiliki aplikasi yang diberi nama sebagai Kyle Jenner Official App. Sama seperti Kim Kardashian, aplikasi ini perlulah dilanggan anda dengan $3 setiap sebulan jika mahu mencubanya. Di samping berita dan perkembangan terkini, anda juga boleh mendapatkan foto-foto eksklusif si cantik ini. Sayangnya, aplikasi ini tidak dikemas kini sejak akhir-akhir ini sehingga menyebabkan para peminat berasa terkilan dan rugi kerana melanggannya.

5. Kendall Jenner

Kendall-Jenner Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Meskipun hampir menyerupai the The Sims, aplikasi Kendall & Kylie ini memerlukan para pemainnya untuk membentukaan sendiri karakter pilihan bagi menempuhi pertualangan bersama Kendall dan Kylie demi mendapatkan pengikut dan populariti. Paling penting, permainan ini boleh anda dapati secara percuma di Android dan iOS.

6. Kristin Cavallari

Kristin-Cavallari Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Menggunakan nama Kristin Cavallari Official App, aplikasi rasmi milik pelakon dan pereka fesyen terkenal ini tidak hanya mempaparkan gambar-gambar eksklusif bahkan menjadi pusat informasi berkaitan kesihatan dan fesyen buat para penggunanya. Bukan sahaja dimuat turun secara percuma malahan mendapat pelbagai petua dan tips daripada figura berbakat ini.

azlan-150x150 Ini Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood. Anda Pernah Cuba?

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #6 Selebriti Wanita Hollywood #android apps hollywood #Aplikasi Telefon Selebriti Wanita Hollywood #apps artis hollywood #Artis Wanita Hollywood Miliki Aplikasi Tersendiri #Britney Spears #Kendall Jenner #Kim Kardashian #Kristin Cavallari #Kylie Jenner #Selebriti Wanita Hollywood #Selebriti Wanita Hollywood Miliki Aplikasi Tersendiri #Taylor Swift

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Comments are closed.