5 Kumpulan K-Pop Yang Bubar Pada Tahun 2017!

5 Kumpulan K Pop Yang Bubar Pada Tahun 2017!

Bubar atau berpecah dari sesuatu kumpulan nyanyian dan muzik bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri seni hiburan dunia termasuklah di Korea Selatan.

Masalah ini bukan sahaja menjadi mimpi buruk buat bekas ahli kumpulan malahan turut dirasai oleh para peminat setia K-Pop.

Setelah bertahun lamanya menyanyi, menari dan membuat persembahan bersama-sama namun akhirnya mereka memutuskan untuk bubar dan berpecah demi masa depan masing-masing.

Meskipun dibubarkan, ianya tidak bermakna anda perlu berhenti menyokong karier idola K-Pop kegemaran kita semua.

Buat K-Pop Lovers, inilah 5 kumpulan K-Pop yang bubar sepanjang tahun 2017. Penasaran? Here they are!

1. Miss A

Miss A Korean

Pada 27 Disember 2017 lalu, dunia muzik K-Pop dikejutkan dengan berita pembubaran girlband terkenal Miss A. Popular dengan lagu seperti Bad Girl Good Girl dan Breathe, dua ahlinya iaitu Jia (Meng Jia) dan Fei (Wang Fei Fei) meninggalkan kumpulan yang telah diasaskan pada 2010. Sementara itu, dua ahlinya yang lain iaitu Suzi (Bae Su Ji) dan Min (Lee Min Young) masih kekal bersama label pengurusan, JYP Entertainment di mana kedua-duanya mengfokuskan karier sebagai penyanyi dan pelakon.

2. Wonder Girls

Wonder Girls Korean

Hampir sepuluh tahun ditubuhkan, kumpulan K-Pop yang popular dengan lagu Nobody, Tell Me, Like This dan Be My Baby ini bubar pada 26 Januari 2017 dan mengeluarkan single terakhir mereka berjudul Draw Me pada 10 Februari 2017.

Bergerak solo sebagai pengacara dan pelakon, Hyelim dan Yu Bin memperbaharui kontraknya dengan JYP Entertainment manakala Ye Eun dan Sun Mi memilih haluan meninggalkan syarikat pergurusan tersebut.

Untuk rekod, girlband ini merakamkan sebanyak tiga buah album iaitu The Wonder Years (2007), Wonder World (2011) dan Reboot (2015) sepanjang aktif di arena seni muzik K-Pop.

3. Sistar

Sistar Korean

Boleh dikatakan, pembubaran kumpulan Sistar adalah satu perkara yang tidak dijangka oleh para peminat dek kerana tiada tanda-tanda berkaitan perpecahan mereka selama ini. Bernaung dibawah label Starship Entertainment sejak 2010, kumpulan yang dianggotai empat gadis cantik berbakat iaitu Bora, Soyou, Hyolyn dan Dasom mengundurkan diri pada Mei 2017.

Sebelum sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, kumpulan turut menghadiahkan single terakhir mereka bertajuk Lonely khas buat peminat setia. Antara lagu popular kumpulan ini adalah Push Push, How Dare You, Shady Girl, Touch My Body, I Like That dan Shake It.

4. Leessang

Leessang Korean

Leessang, duo hip hip yang tidak asing lagi dalam industri seni hiburan Korea Selatan. Malah, kumpulan ini adalah kumpulan yang dihormati oleh para penggiat seni terutamanya dalam kalangan pendatang baru. Pelantun lagu I Turned Off The TV dan Kaleidoscope ini ditubuhkan pada 2012 di mana dibarisi oleh Gary sebagai rapper manakala Gil selaku penyanyi utamanya.

Sepanjang penubuhan duo tersohor ini, mereka telah meriliskan sembilan buah album termasuklah Library Of Soul (2005), Asura Balbalta (2011) dan Unplugged (2012). Selain Best Rap Performance di Mnet Asian Music Award 2011, kumpulan ini juga diiktiraf sebagai Sudden Rise of the Year di Melon Music Awards 2009.

Pada April 2017, dilaporkan bahawa Gary dan Gil berpecah selepas kedua-duanya menubuhkan label muzik masing-masing.

5. Madtown

Madtown Korean

Perjalanan kumpulan Madtown di lapangan seni hiburan Korea Selatan sememang penuh liku. Selepas syarikat pengurusan pertamanya iaitu J.Tune Camp ditutup, boyband yang debut pada 2014 ini berpindah ke label GNI Entertainment. Oh My God Thanks (OMGT), Emptiness, New World, Yolo, Do You Know How I Feel dan What’s Your Number? adalah sebahagian lagu yang mengangkat nama kumpulan di pentas K-Pop.

Pada awal 2017, Madtown memfailkan tuntutan undang-undang untuk membatalkan kontrak kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GNI Entertainment ditangkap pihak berkuasa sekaligus semua kakitangan meninggalkan syarikat berkenaan.

Disebabkan perbezaan pendapat, hala tuju dan wajib menyertai latihan ketenteraan, kumpulan ini dikatakan sudah bubar pada November 2017 meskipun tiada kenyataan rasmi dibuat daripada pihak mereka.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #group kpop bubur 2017 #K-Pop Yang Bubar Pada Tahun 2017 #Kumpulan KPop Yang Berpecah Pada Tahun 2017. #Kumpulan KPop Yang Bubar Pada Tahun 2017 #Leessang #Madtown #Miss A #Sistar #wonder girls

Biodata Aman Aziz, Penyanyi Lagu Sulit
Aman Aziz merupakan seorang penyanyi remaja yang menyanyikan lagu-lagu bergenrekan pop dan mula menceburi
Biodata Sarah Suhairi, Penyanyi Lagu Pedih
Sarah Suhairi mula memperkenalkan bakatnya di media sosial menerusi nyanyian lagu cover song tempatan dan
Biodata Ariff Bahran, Penyanyi Lagu Kata Akhirmu
Ariff Bahran merupakan penyanyi yang mula meningkat naik di Malaysia. Ariff Bahran mula dikenali setelah dalam
Biodata Sheryl Shazwanie, Penyanyi Lagu Perasaan
Adakah anda kenal Sheryl Shazwanie? Beliau merupakan seorang penyanyi muda yang kian naik

Comments are closed.