10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Yang Boleh Anda Cuba!

Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai kalangan. Salah satunya ialah olahan ikan tongkol. Ikan tongkol merupakan ikan yang dapat diolah dengan bermacam-macam cara pengolahan yang mempunyai rasa begitu nikmat dan lazat.

Tongkol (Euthynnus affinis) adalah sejenis ikan laut dari spesis Scombridae. Ikan ini menjelajah di perairan cetek berdekatan pesisir di kawasan Indo-Pasifik Barat. Ikan yang menjadi salah satu tangkapan popular bagi nelayan di perairan Malaysia ini boleh dimasak dengan pelbagai cara. Antaranya adalah seperti berikut:

Ikan Tongkal Sambal Merah

1-ikan-tongkol-sambal-merah 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Ikan tongkol sambal merah terkenal di negeri pantai timur. Di negeri Terengganu, menu ini biasanya dimakan bersama nasi lemak. Terdapat juga sarapan pagi nasi lemak yang dijual bersama lauk ikan tongkol sambal merah ini di Terengganu dan utara Pahang. Ikan akan digoreng terlebih dahulu sebelum dimasak atau dicampurkan sahaja dengan sambal merah.

Gulai Ikan Tongkol Kelantan

2-ikan-tongkol-gulai 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Gulai ikan tongkol ini merupakan menu masakan terkenal bagi sarapan nasi berlauk di negari Kelantan sejak turun-temurun. Ikan tongkol perlu direbus terlebih dahulu bersama asam keping dan garam untuk menambahkan rasa pada isi ikan. Terdapat juga pengusaha nasi pagi yang terkenal di Kelantan yang menggunakan campuran resepi tersendiri untuk merebus ikan untuk menghasilkan rasa isi ikan yang lebih enak. Selepas direbus, ikan akan digulai dengan beberapa bahan asas seperti bahan-bahan tumis yang terdiri daripada cili, bebawang, lengkuas, kunyit dan lain-lain. Menu ini sangat sedap dimakan dengan nasi putih dan juga nasi dagang.

Ikan Tongkol Singgang

3-ikan-tongkol-singgang 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Menu ini sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Di negeri pantai timur khususnya, singgang lebih enak jika dimakan dengan ulam dan budu. Untuk menyediakan singgang, beberapa bahan asas seperti bawang putih, lengkuas, asam keping, cili api diperlukan.

Ikan Tongkol Masak Kunyit Berlada

4-resepi-ikan-tongkol-masak-cili-berlada-kunyit 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Resepi ini tidak jauh bezanya dengan 3 menu di atas kerana menggunakan beberapa bahan asas yang sama. Ikan digoreng tidak terlalu garing. Kemudian kuah kunyit berlada dengan adunan rasayang enak disediakan sebelum digaulkan bersama ikan.

Kari Ikan Tongkol

5-ikan-tongkol-kari 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Seperti mana ikan lain, ikan tongkol juga sedap jika dimasak kari. Kari ikan tongkol sedap dengan nasi putih dan sambal belacan. Di Terengganu, kari ikan tongkol dimakan bersama nasi dagang Terengganu.

Ikan Tongkol Masak Kicap

6-ikan-tongkol-masak-kicap 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Menu ini sangat mudah dan ringkas. Goreng ikan tongkol dan sediakan kuah kicap. Pelbagai variasi masakan kicap boleh anda cuba. Sama ada anda ingin kuah yang lebih pekat, kuah kicap berlada, semuanya sesuai jika dipadankan dengan rasa ikan tongkol yang sedap.

Ikan Togkol Masak Lada Hitam

7-ikan-tongkol-lada-hitam 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Menu ini juga mudah dan ringkas. Padanan kuah lada hitam bersama ikan tongkol yang digoreng menghasilkan rasa yang enak.

Ikan Tongkol Bakar

8-ikan-tongkol-bakar 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Selain itu, ikan tongkol ini sangat mudah untuk diolah menjadi ikan tongkol panggang atau bakar. Masakan ini akan kita sajikan sebagai menu utama untuk santapan makan keluarga. Kerana kelazatannya yang menggoda selera, ikan tongkol bakar ini akan menambah selera makan anda. sama ada dibakar bersama pes, bakar berempah ataupun dibakar kosong, isi pejal ikan tongkol sangat enak bila dimakan dengan nasi panas.

Ikan Tongkol Masak Lemak Cili Api

9-ikan-tongkol-masak-lemak-cili-api 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

Rasa lemak dan pedas cili api jika dihidang bersama rasa enak isi ikan tongkol pasti menggoda selera anda.

Asam Pedas Ikan Tongkol

10-asam-pedas-ikan-tongkol 10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!

selain itu, ikan tongkol juga boleh dimasak asam pedas. Padanan rasa lengkuas, cili, kunyit sesuai bersama ikan tongkol. Terdapat banyak variasi masakan pedas mengikut negeri. Pada pendapat penulis, penggunaan daum kesum atau bunga kantan untuk asam pedas ikan tongkol adalah kurang baik.

Jadi, itulah 10 resepi ikan tongkol yang boleh anda cuba. Pada zaman serba canggih ini, mereka yang tidak pandai memasak pun pasti boleh memasak dengan adanya pelbagai kemudahan. Jika mahukan resepi, taip sahaja carian di Google, pasti pelbagai resepi akan muncul. Jika ingin melihat cara memasak, pelbagai video masakan dan cara memasak terdapat di Youtube. Pendek kata, semuanya di hujung jari sahaja. Selamat mencuba!

Loading...

Tags: #10 resepi masakan ikan tongkol yang boleh anda cuba #aneka resepi ikan tongkol #Euthynnus affinis #idea menu ikan tongkol #ikan aya #ikan aya hitam #ikan aya kurik #ikan aya nak masak apa #ikan tongkol #ikan tongkol menu #masak ikan tongkol #pelbagai cara memasak ikan tongkol #pelbagai menu ikan tongkol #resepi ikan aya #resepi ikan tongkol

Antara Daging Lembu atau Kambing, Mana Yang lebih baik?
Pilihan antara daging lembu dan kambing sebahagian besarnya bergantung pada keutamaan peribadi dan
Cara Membuat Tempoyak Asli Dan Tahan Lama
Di Malaysia, buah durian sudah tidak asing lagi buat masyarakat tempatan, ia sangat
Air Soda Herbs Yang Sedap! Ini Bahan-Bahan Dan Cara Menyediakannya!
Air soda herbs tidak asing lagi dengan rasanya yang enak. Malah, air soda
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular

Leave a reply "10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!"