Bosan? Lima Cara Ini Awesomekan Hujung Minggu Kamu

Bercuti

Cuti di hujung minggu kadang kala sangat membosankan. Ini kerana tiada aktiviti-aktiviti yang bermanfaat untuk dilakukan. Kebiasaannya, makan dan tidur menjadi pilihan utama apabila hujung minggu datang menjelma.

Jangan gusar lagi! Jom semak lima cara ini untuk awesomekan hujung minggu kamu. Check them out!

1. Berkelah

Siapa kata aktiviti berkelah tidak menyeronokkan. Sesekali dapat berkelah dengan keluarga dan sahabat handai di hujung minggu pasti meninggalkan kenangan terindah buat kita semua.

Sebagai contoh, kamu boleh memilih lokasi seperti tepi pantai, tasik atau air terjun untuk berkelah. Selain dapat mandi-manda di lokasi pilihan, jangan lupa bawa makanan-makanan yang lazat untuk dinikmati nanti.

2. Movie Marathon

Kalau hendak menonton filem, kamu tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke panggung wayang. Kamu boleh menontonnya di rumah bersama rakan-rakan.

Siapkan segala makanan ringan seperti bertih jagung dan air minuman bergas pilihan serta beberapa DVD kesukaan yang belum ditonton oleh kamu. Dijamin Awesome!

3. Percutian Singkat (Short Vacation)

Boring selalu ke kafe atau pusat membeli-belah setiap kali hujung minggu tiba. Luangkam masa kamu bersama keluarga atau kawan-kawan dengan percutian yang singkat dimana tidak jauh dari ibu kota.

Destinasi-destinasi popular seperti Port Dickson, Ipoh atau Melaka pastinya akan menjadi senarai teratas dalam percutian singkat yang kamu rancangkan. Dengan melancong, kamu boleh mengenali tempat-tempat menarik, mencuba menu makanan baru dan mengetahui corak kehidupan di tempat yang dilawati.

Paling penting, kamu dapat menghilangkan stress dan tekanan setelah lima hari bekerja atau berkuliah.

4. Ikuti Aktiviti Kesukarelawan

Saban minggu, pasti ada aktiviti-aktiviti kesukarelaan yang diadakan oleh pelbagai badan atau pertubuhan kesukarelaan di sekeliling kamu.
Inilah masa yang sesuai bagi kamu untuk menyertai program sebegini. Sedikit sebanyak dapat memproduktif hujung minggu kamu yang suram itu.

Di samping dapat membantu masyarakat yang memerlukan, kamu juga boleh menambah kenalan baru di kalangan aktivis-aktivis yang terbabit.

5. Sertai Program Gaya Hidup Sihat

Bila kali terakhir kamu menyertai program berbentuk gaya hidup sihat? Aktifkan hujung minggu dengan mengajak kawan-kawan kamu untuk menyertai program seperti acara senamrobik, larian mahupun berbasikal.

Selain dapat mengeluarkan peluh, tubuh badan akan sihat dan minda jadi cerdas. Program sebegini juga dilihat dapat memperkasakan aktiviti riadah dan sukan di kalangan masyarakat terutamanya belia-beliawanis hari ini dari terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat.

Azlan Jusoh

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan selama dua tahun dan di sebuah portal berita selama setahun lebih. Kini, berjinak-jinak sebagai penulis sambilan.

More Posts

Loading...

Tags: #aktiviti masa cuti #cara mengisi masa cuti #cuti cuti malaysia #cuti hujung minggu #idea isi masa cuti #isi masa waktu lapang #program cuti #program masa lapang #rancang aktiviti waktu cuti

6 Perkara Ini Hanya Berlaku Di Bulan Ramadan
Ramadan tiba lagi. Umat Islam di seluruh pelosok dunia akan kembali menunaikan rukun
Ingin Jana Pendapatan Di Bulan Ramadan? Ikuti 5 Idea Ini
Ramadan bukan sahaja bulan yang menguji keimanan tetapi juga bulan yang melimpahkan nikmat
5 Jenama Tudung Popular Di Malaysia
Lambakan tudung di pasaran tempatan boleh ibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan. Dengan
Mahasiswa! Ini Tips Atasi Masalah Tidur Semasa Kuliah
Tanpa mengira masa atau tempat, rasa mengantuk boleh terjadi kepada semua orang lebih-lebih

Comments are closed.