Dayah Bakar, Pengacara Nasi Lemak Kopi O & Jom Singgah

Dayah Bakar, Pengacara Nasi Lemak Kopi O

Tuah menyertai program Projek 3R beberapa tahun lalu membuka lembaran baru buat wanita bernama Dayah Bakar dalam dunia pengacaraan dan penyiaran.

Di samping memiliki rupa paras yang cantik dan menawan, figura berusia 28 tahun ini juga mempunyai personaliti yang menarik, petah berkata-kata dan bijak apabila beraksi di depan kamera.

Memilih jalan seni sebagai periuk nasi, Dayah atau nama lengkapnya Nur Hidayah Abdul Bakar telah banyak mengemudikan program televisyen seperti Hijabista, SIS, Sembang Terapi dan Aura Bintang.

Terkini, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengendalikan rancangan Nasi Lemak Kopi O (TV9) dan Jom Singgah (TV3).

Sedar atau tidak, wanita manis bertudung ini sudah berkelana dalam industri seni hiburan tanah air hampir lima tahun.

Jom semak serba sedikit ringkasan biodata dan trivia menarik Dayah Bakar dibawah. Check it out!

Biodata Ringkas Dayah Bakar

Nama Penuh: Nur Hidayah Abdul Bakar
Nama Komersil: Dayah Bakar
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 30 Ogos 1989
Zodiak: Virgo
Asal: Kuala Lumpur
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pengacara Televisyen, Emcee, Penyanyi, Penulis Lirik, Model Muslimah & Usahawan

Hos TV: Nasi Lemak Kopi O, Jom Singgah, Hijabista, Masam Manis, Rai, Soal Hati, Aura Bintang, Sembang Terapi, SIS, Nona Manis, 3R dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Dayah Bakar

Trivia Menarik Tentang Dayah Bakar

  • Graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
  • Turut mempunyai bisnes tersendiri dibawah nama Dayah Bakar Enterprise.
  • Merupakan bekas penyampai radio IM4U.FM.
  • Pernah berduet dengan Nomad menerusi lagu berjudul Lebih Dari Terindah.
  • Bakal mengeluarkan single terbaharunya iaitu Imamku pada tahun depan.
  • Beliau kini bernaung dibawah label Hikayat Records.
  • Pernah menghasilkan lirik lagu untuk beberapa artis tempatan seperti Lena AF9 (Sisa Kisah Kita) dan Caprice berduet bersama Hayad (Teman).
  • Sangat mengagumi penyanyi luar negara seperti Melly Goeslaw, Adele dan Bruno Mars.
  • Mengikat tali pertunangan pada penghujung November lalu dengan jejaka bernama Hanif Hamidi yang merupakan seorang pegawai tentera berpangkat Kapten.
  • Nama kelab peminatnya adalah Dayah Lova.
  • Pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Serembam, Negeri Sembilan dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
  • Si cantik ini memiliki seramai 123,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Dayah Bakar

Dayah Bakar Biodata Dayah Bakar Dan Tunangnya Gambar Dayah Bakar Dayah Bakar Pengacara

Carian Berkaitan

adik beradik dayah bakar, dayah bakar, dayah bakar gemuk, dayah bakar kurus, tips kurus dayah bakar

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik beradik dayah bakar #Biodata Dayah Bakar #Dayah Bakar #dayah bakar biodata #dayah bakar facebook #dayah bakar gemuk #dayah bakar kahwin #dayah bakar kurus #Dayah Bakar Pengacara Jom Singgah #Dayah Bakar Pengacara Nasi Lemak Kopi O #Dayah Bakar Projek 3R #dayah bakar umur #Jom Singgah TV3 #Kenali Dayah Bakar #Nasi Lemak Kopi 0 #Nur Hidayah Abdul Bakar #Profil Dayah Bakar #suami dayah bakar

Biodata Shiha Zikir, Penyanyi Lagu Jagakan Dia
Biodata Shiha Zikir Nama penuh : Nurshiha Binti Mohd Zikir Nama panggilan : Shiha
Biodata Syed Saddiq, Menteri Belia Dan Sukan
Syed Saddiq merupakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi
Biodata Ben Ladin, Hikayat Benladin
Siapakah dia Ben Ladin penyanyi lagu Hikayat Benladin? Lagu Hikayat Benladin kini sedang
Biodata Niezam Zaidi, Pelakon Melayu Berbakat
Siapakah sebenarnya pelakon kacak ini iaitu Niezam Zaidi? Niezam Zaidi mula mendapat perhatian

Comments are closed.