Cara Atasi Ketagihan Si Kecil Pada Gajet Elektronik!

Cara Hilangkan Ketagihan Si Kecil Pada Gajet Elektronik

Gajet elektronik seperti telefon pintar merupakan sebuah benda yang tidak boleh terpisah dari aktiviti seharian. Ke mana sahaja pergi, pasti peralatan komunikasi moden ini akan selalu dibawa. Sehingga tidak hairan jika anak-anak masa kini pun sudah mula kenal akan gajet-gajet ini. Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan anak kecil sudah ketagih untuk menggunakan dan bermain dengan gajet ini.

Memang pada dasarnya anak boleh diperkenalkan kepada gajet, tetapi tentu tidak berlebihan dan tidak terlalu jauh mengenalnya. Hal ini sangat tidak baik untuk perkembangan pemikiran anak apabila sudah mula ketagih dengan gajet ini.

Jika anda memiliki anak yang sudah mengalami ketagihan gajet, maka jangan hanya biarkan atau mengambil cara memujuk mereka dengan memberikan gajet elektronik anda melainkan carilah cara atau panduan untuk mengatasi ketagihan si kecil. Bagi anda yang mungkin sedang mengalami masalah tentang anak yang ketagihan gajet elektronik, berikut adalah tips untuk menghilangkan ketagihan tersebut.

  1. Berikan batasan waktu kepada anak

Anda perlu memberikan batasan waktu kepada anak anda untuk bermain gajet. Dalam hal ini, anda harus tegas dan jangan membiarkan anak anda terlalu asyik bermain gajet. Apabila anda membiarkan anak anda, maka mereka akan terbiasa dan selalu mahukan hiburan dari gajet elektronik sama ada ingin menonton kartun di Youtube, bermain aplikasi permainan dan sebagainya. Maka sikecil anda akan meragam dan mengamuk jika tidak diberikan gajet apabila mereka mula terbiasa dan ketagih.

  1. Berikanlah mainan alternatif

Berikanlah mainan alternatif seperti permainan kereta, anak patung, permainan memasak, buku mewarna dan sebagainya. Pada dasarnya cara ini kurang efektif, tetapi setidaknya anak anda masih memiliki beberapa pilihan mainan yang boleh untuk membuat mereka leka. Selain itu, jika anda memang melihat banyak kawan di luar rumah, biarkanlah si kecil anda bermain dengan mereka asalkan tidak berbahaya.

  1. Luangkan waktu anda untuk anak

Apabila anda menginginkan si anak tidak ketagihan gajet, maka ada baiknya anda meluangkan waktu untuk bermain bersama anak. Perlu anda ketahui salah satu alasan mereka memilih bermain gajet kerana merasa kesepian dan kurang perhatian daripada orang tuanya. Oleh itu, luangkan waktu anda untuk si kecil. Jangan pula anda yang memberikan gajet kepada mereka sebagai alasan untuk memberikan ruang kepada anda untuk membuat kerja dan melakukan urusan lain.

  1. Biarkan anak anda bermain di luar

Pada umumnya ibu bapa tidak menginginkan si kecil bermain di luar rumah. Memang mereka memiliki tujuan baik iaitu ingin melindungi anak dari pelbagai hal yang buruk yang mungkin akan menimpanya. Namun ada baiknya anda memberi kesempatan walau hanya sedikit untuk bermain di luar rumah supaya tidak kesepian dan pastinya anak anda akan terlupa dengan gajet.

  1. Batasi penggunaan jaringan internet di rumah

Rangkaian internet atau WiFi di rumah atau kuota internet di telefon mudah alih anda akan membuat mereka mudah mengakses internet. Sambungan internet yang mudah mereka dapatkan akan mendukung aksi mereka untuk semakin mencintai kehidupan dunia maya. Maka tidak hairan jika anak anda akan menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling, menghadap gajet penuh khusyuk atau juga mengurung diri di bilik bermain internet. Maka anda harus membatasi internet. Katakan kuota sudah habis, WiFi bermasalah atau sebagainya sebagai satu alasan untuk menyekat keinginan mereka untuk menggunakan gajet elektronik.

  1. Sibukkan waktu anak dengan pelbagai kegiatan

Semakin banyak waktu yang dimiliki oleh anak, maka akan semakin banyak peluang untuk merasa bosan. Ketika sudah bosan, maka anak akan cenderung memilih untuk bermain gajet. Dari situlah anak akan merasa ketagihan dan sukar untuk berpisah dengan gajet. Maka tidak ada salahnya anda memberi kesibukan yang bermanfaat untuk anak anda dengan mengisi waktu hariannya dengan pelbagai aktiviti yang teratur.

  1. Jelaskan pada anak-anak anda

Cara yang paling efektif untuk menghilangkan ketagihan gajet adalah dengan memberikan penjelasan dan berkomunikasi anak-anak anda. Jelaskan pada anak anda mengapa anda membatasi penggunaan gajet. Selain itu, pujuklah mereka dengan kata-kata yang baik dan berilah contoh.

  1. Ajaklah anak untuk bermain dan mengenali alam

Ketika anda tidak sibuk dan mempunyai masa lapang, maka tidak ada salahnya untuk mengajak anak-anak anda untuk bersiar-siar. Bawalah mereka ke taman permainan atau sekadar meronda melihat pelbagai haiwan dan dunia luar. Tentu dengan menikmati pemandangan yang indah di sekitar rumah atau di mana-mana sahaja akan menggembirakan si kecil. Dengan itu, mereka akan lupa dengan gajetnya.

  1. Berikanlah semangat atau habuan kepada anak anda

Berikanlah motivasi kepada si anak ketika mereka berhasil untuk mengurangi jumlah frekuensi bermain gajet. Berikanlah hadiah secara bertahap, sehingga anak anda akan memiliki keinginan kuat untuk tidak terlalu kerap bermain dengan gajet eletronik.

Loading...

Tags: #anak leka main hp #anak main hp #anak suka main handphone #anak suka main hp #anak suka main tablet #Anak-anak gemar bermain gajet elektronik #anak-anak ketagih gajet #anak-anak ketagihan gajet moden #balita kecanduan gadget #cara mengatasi anak suka bermain gajet moden #cara mengatasi kecanduan gadget pada remaja #cara mengatasi kecanduan hp anak #cara menghilangkan kecanduan gadget pada anak #dampak negatif anak kecanduan gadget #gajet moden dan anak-anak #ibu bapa moden #kanak-kanak dan gajet elektronik #ketagihan gajet elektronik #penyebab anak kecanduan gadget #solusi kecanduan gadget #tips agar tidak kecanduan hp #tips ibu bapa #tips menghilangkan ketagihan si kecil pada gajet eletronik

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Comments are closed.