Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM

Biodata Dj Lin, Radio Suria Fm

Jika anda pendengar setia Suria.FM, pastinya mengenali salah seorang penyampainya bernama Roslinda Abdul Majid atau nama komersilnya DJ Lin.

Mengendalikan slot Suria Cinta, wanita kacukan Melayu-Cina ini berkeudara setiap Ahad hingga Jumaat bermula 8 malam hingga 1 pagi.

Untuk rekod, DJ Lin sudah 10 tahun menerajui slot Suria Cinta yang mengetengahkan variasi perihal tentang kisah percintaan, perhubungan dan kehidupan manusia bersama para pendengar.

Untuk kali ini, penulis kongsikan trivia menarik dan ringkasan biodata DJ Lin buat tatapan para pembaca. Check it out!

1. Tiga Belas Tahun Bergelar Penyampai Radio

Sedar atau tidak, ibu tunggal ini sudah 13 tahun berkecimpung sebagai. penyampai radio. DJ Lin memulakan tugas di Suria.FM pada 1 Jun 2006. Sebelum ke Suria.FM, wanita ini pernah menjadi salah seorang deejay di radio Best 104.

2. Pernah Hasilkan Satu Single

Kalau anda hendak tahu, DJ Lin pernah menghasilkan single pertamanya berjudul Ranting Kehidupan pada 2013. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Eddie Hamid dan Ku Seman Ku Hussien. Paling menarik, anda boleh menonton video muzik lagu ini di saluran YouTube. Malah, figura ini juga berbakat dalam bidang penulisan lirik.

3. Mahasiswa Jurusan Komunikasi Massa

DJ Lin merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

4. Bakatnya Diiktiraf Oleh Negara

Wanita berusia 42 tahun pernah diiktiraf oleh negara menerusi Anugerah Kesatria Puteri Penyampai Radio di Anugerah Ikon Wanita Muda 2012 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Beliau juga meraih gelaran Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 29 dan DJ Radio Wanita Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2016.

5. Alami Kemalangan Kecil

Figura ini pernah mengalami peristiwa hitam apabila terlibat dalam kemalangan kecil empat tahun yang lalu. Insiden ini berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke sesi fotografi dimana keretanya mengalami kerosakan teruk selepas bertembung sebatang pokok besar.

Biodata Ringkas DJ Lin

Nama Penuh: Roslinda Abdul Majid
Nama Komersil: DJ Lin/Lin Suria Cinta
Tarikh Lahir: 31 Disember 1975
Umur: 42 Tahun (2017)
Asal: Johor Bahru, Johor
Adik Beradik: Anak ketujuh daripada 10 beradik
Status: Janda (Ibu kepada dua orang cahaya mata)
Nama Anak: Nureen Aresya (16 Tahun) & Nazren Asyran (14 Tahun)
Kerjaya: Penyampai Radio & Pengacara
Agama: Islam
Bangsa: Melayu (Berdarah campuran Malaysia-Cina)
Warganegara: Malaysia

Laman Sosial DJ Lin

Foto Menarik DJ Lin

anak-dj-lin-suria-fm-300x300 Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM dj-lin-suria-fm-300x300 Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM dj-suria-fm-dj-lin-300x300 Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM menarik-tentang-dj-lin-suria-fm-e1504882155201-300x300 Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM

azlan-150x150 Menarik Tentang DJ Lin, Penyampai Radio Popular Suria.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bekas suami dj lin #Biodata Ringkas DJ Lin #dj lin ibu tunggal #DJ Lin Suria Cinta #dj lin suria fm biodata #DJ Lin Suria.FM #Kenali DJ Lin Suria.FM #Profil DJ Lin #Suria.FM #Trivia Menarik DJ Lin #umur dj lin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.