Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017

Idayu Af3, Konsert Af Megastar

Nama Idayu atau nama lengkapnya Nur Farah Idayu Yaakud menjadi tular dan hangat diperkatakan di media-media sosial selepas berjaya membuat persembahan yang luar biasa di konsert AF Megastar: Homecoming pada 3 September lalu.

Pada malam tersebut, anak jati Kelantan ini menyampaikan lagu Inggeris berjudul Hurt nyanyian asal Christina Aguilera.

Bukan sahaja mendapat kritikan positif para juri profesional, persembahan Idayu turut mendapat sorakan gemuruh dan standing ovation daripada rakan artis serta para penonton yang hadir menyaksikan konsert berkenaan.

Ternyata, kerja keras figura berusia 32 tahun ini menjadi selepas lebih 10 tahun menyepi daripada radar seni hiburan tanah air.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan finalis Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ini.

Biodata Ringkas Idayu

Nama Penuh: Nur Farah Idayu Yaakod
Nama Komersil: Idayu/Idayu AF3
Tarikh Lahir: 17 Februari 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Asal: Kota Bharu, Kelantan
Kerjaya: Penyanyi
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Kasih Yang Terpisah, Paluan Rindumu, Realiti, Emosi, Aku Mahu, Obligasi, Aku Bukan Maria dan banyak lagi.

Laman Sosial Media Idayu

  • Twitter: www.twitter.com/idayutibeet
  • Instagram: www.instagram.com/idayuaf3official/

Trivia Menarik Idayu

  1. Tersingkir di minggu keempat AF3 gara-gara undian SMS para penonton selepas mendendangkan lagu Tiada Lagi Tangisan daripada Misha Omar.
  2. Menggunakan nama pentas sebagai Farah Idayu selepas keluar daripada AF3.
  3. Menamatkan zaman solonya dengan jejaka pilihan bernama Shahrul Fadzil pada 15 Mei 2014 selepas menyulam kasih selama 12 tahun.
  4. Idayu dan suaminya merupakan graduan jurusan muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  5. Abangnya iaitu Datuk Jazlan Yaakud merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Machang, Kelantan.
  6. Ketika menyertai AF3, bapa Idayu iaitu Datuk Yaakud Mahmud atau dikenali sebagai Yaamud pernah dirompak oleh lima orang lelaki yang bersenjatakan pisau rambo, besi dan selaras senapang patah serta kehilangan tujuh kilogram barang kemas bernilai lebih RM1 juta dan wang tunai RM500,000 dalam kejadian samun di rumahnya pada 2005.
  7. Pernah mengeluarkan album berjudul Aspirasi yang menampilkan 7 buah lagu.
  8. Disebut sebagai “Mariah Carey Malaysia” satu ketika dahulu.
  9. Kini, aktif menyanyi di aplikasi nyanyian karaoke, Smule.
  10. Mempunyai lebih 13,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Idayu

gambar-suami-idayu-af3-300x300 Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017 idayu-af3-baru-300x300 Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017 idayu-af3-di-konsert-af-megastar-300x300 Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017 Idayu-AF3-300x300 Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017

azlan-150x150 Biodata Idayu, Bintang AF Megastar 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #AF Megastar 2017 #AF Megastar Astro Ria 104 #Biodata Idayu AF Megastar #Farah Idayu AF3 #Idayu AF Megastar 2017 #Idayu AF3 #Idayu Akademi Fantasia 3 #Kenali Idayu AF Megastar #Nur Farah Idayu binti Yaakob

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.