Masalah Kaki Berbau? Ini Cara Mudah Boleh Anda Cuba!

Bau Kaki, Hilangkan Bau Kaki

Selain wajah, rambut dan badan, penjagaan kaki juga perlu dititikberatkan dalam menjaga penampilan diri.

Tiada gunanya jika memiliki rupa paras yang kacak bergaya atau cantik rupawan tetapi mempunyai masalah bau kaki yang teruk dan menjijikkan.

Pasti ada diantara anda seringkali menolak permintaan untuk membuka kasut atau sepatu di hadapan saudara mara dan sahabat handai.

Bagi mengatasi masalah ini, penulis kongsikan 5 cara mudah untuk hilangkan bau kaki anda. Take a look, guys!

1. Ketip Kuku Kaki Secara Berkala

Tahukah anda, salah satu penyebab masalah bau kaki ini terjadi adalah daripada bakteria yang bersembunyi di kuku kaki. Oleh itu, rajinkan diri anda untuk memotong atau mengetip kuku kaki secara berkala bagi mengatasi masalah bau tidak menyenangkan mulai hari ini.

2. Gunakan Sabun Anti Bakteria

Bersihkan kaki dengan menggunakan sabun anti bakteria menjadi solusi terbaik buat anda. Anda boleh mencuci secara keseluruhan kaki termasuklah di celah-celah jari kaki hingga ke permukaan bawah kaki dengan berus. Cara ini sedikit sebanyak menyingkirkan kuman penyebab bau kaki yang dihadapi anda.

3. Rendamkan Kaki Menerusi Rawatan Air Teh

Salah satu petua untuk merawat masalah bau kaki adalah dengan merendam kaki anda menerusi rawatan air teh. Kandungan dalam teh dipercayai mampu menghilangkan bakteria serta mengurangkan keringat berlebihan di bahagian kaki anda. Semudah ABC, rebuskan 3 uncang teh ke dalam 1 liter air dan kemudian tambahkan sedikit air dingin (air sejuk) ke dalam rebusan tersebut. Rendamkan kaki anda selama 15 hingga 30 minit. Lakukan setiap hari selama dua seminggu. You’ll see the result!

4. Bersihkan Kaki Dengan Serbuk Kopi

Bukan sahaja teh, anda juga boleh menaburi serbuk kopi di kaki dan gosok secara perlahan-perlahan selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Di samping itu, anda boleh memasukkan serbuk kopi ke dalam plastik atau kertas tisu dan letakkan pada dalam kasut selama semalaman bagi membasmi bau busuk berkenaan.

5. Pakai Sarung Kaki Yang Bersih

Lastly, tips untuk mencegah bau kaki adalah dengan memakai sarung kaki atau stokin yang kering dan bersih. Anda disarankan memilih sarung kaki jenis kain cotton kerana sangat berguna dalam menyerah peluh anda secara maksimal. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menukar sarung kaki setiap hari.

azlan-150x150 Masalah Kaki Berbau? Ini Cara Mudah Boleh Anda Cuba!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Atasi Masalah Kaki Berbau Busuk #Cara Menghilangkan Bau Kaki dan Mencegahnya #cara menghilangkan bau kaki dengan garam #Masalah Kaki Berbau #Mempunyai Masalah Kaki Berbau #Nak Hilangkan Bau Kaki #Petua Hilangkan Bau Kaki #Petua Mengatasi Kaki Berbau Secara Semulajadi #Petua menghilangkan bau busuk pada kaki dan kasut anda #punca kaki berbau

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.